04 April 2014

Poligami Dan Payung Emas: Fakta Atau Auta??


Sejak muda-muda ketika suatu masa hampir-hampir berpoligami hingga usia dah masuk waktu asar sekarang, JR selalu dengar ungkapan isteri yang mengizinkan suaminya bermadu akan diberi ganjaran payung emas di syurga nanti. Kononnya ada hadis sahih mengenainya.

Tapi benarkah ada hadis sahih mengenai ganjaran payung emas itu. Fakta atau auta, realiti atau fantasi??

Dengar penjelasan Ustaz Naim mengenai isu payung emas ini:

SOALAN
Assalamualaikum!
Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?

JAWAPAN
Wa'alaikumussalam..Alhamdulillah.
Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-

إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه‌
"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-

ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb. WA.

Sekian, wassalam.
 
(Sumber: http://ustaznaim.blogspot.com)

11 comments:

  1. ada jugak suara2 nakal si isteri yg saya dengar...kat syurga tu segalanya dah sempurna..dah tak perlukan payung emasa dah..:)

    ReplyDelete
  2. tah ..buat apa nak payung mas lagi..cam kata kak kamsiah tuh..
    memanglah brmadu tuh berat ujiannya & hanya wanita terpilih jer sanggup..:)

    ReplyDelete
  3. setuju setuju gak dgn komen kak kamsiah... ^_~

    ReplyDelete
  4. Tak rela aii dimadu....

    ReplyDelete
  5. mungkin kah info payung emas ni dari hadis palsu kot JR

    ReplyDelete
  6. Auta...ianya hadis palsu kalau tak silap saya. Sengaja direka utk menenangkan hati wanita supaya terima poligami.

    ReplyDelete
  7. rata-rata macam tu lah saya dengar.. eemm.. sanggup dengan idak je..

    ReplyDelete
  8. bagi yang bukan islam seperti saya, ni banyak membantu saya untuk lebih memahami. :)
    apa khabar JR?lama xbertanyakan khabar. moga sihat-sihat sekeluarga.

    ReplyDelete
  9. Dalam 1000 mungkin ada satu kot yang sanggup...
    wallahu'alam

    ReplyDelete
  10. asalkan taat suami je. kalau tak berpoligami pun kalau isteri taat dpt jugak balasan syurga. sape la yg reka hadis payung emas tu ye. kat syurga nak buat apa berpayung lagi. dah tentu tak panas dan tak hujan. lagipun kat syurga nak apa semua dpt. nnt mintak je la payung emas kalau dah masuk syurga.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....