17 April 2014

Patutkah Raikan Kematian Karpal??

 
Berita  paling hangat hari ini pastilah tentang kematian Karpal Singh, peguam terkenal yang juga bekas Pengerusi DAP itu. Dia meninggal dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi di lebuhraya PLUS berdekatan Gua Tempurung, Kapar selepas MPV yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori yang dipandu oleh seorang pemandu yang positif dadah.

Memang Karpal sebagai peguam dan ahli politik sangat terkenal, bermulut celupar dan seperti Dr Mahathir, dia penentang hudud nombor satu.
 
Tapi patutkah kita sebagai orang Islam meraikan kematian penentang hudud itu?


Mungkin respons Khairy terhadap tweet Zulkifli Noordin lebih sesuai:


Walaupun Karpal penentang hukum hudud, tapi negara tak boleh lupakan satu kes pada tahun 1986 berkaitan dengan kes pakaian seorang wanita Islam yang melibatkan nama Karpal:

Halimatusaadiah Kamaruddin ialah seorang kerani di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak. Setiap hari dia pergi kerja dengan memakai purdah yang tidak disenangi oleh ketua jabatannya. Pada 6 Ogos  1986, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memutuskan Halimatusaadiah bersalah kerana memakai purdah dan dia telah dibuang kerja.
 
KERATAN AKHBAR THE STAR 1985.

Halimatusaadiah yang tak berpuashati kerana dibuang kerja telah menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Kerana tidak ada peguam Islam ketika itu yang mahu mengambil kesnya, Halimatusaadiah telah mendapatkan khidmat Karpal Singh untuk membelanya. 
 
Ketika itu banyak pihak yang mempertikaikan tindakan JPA itu. Maklumlah berpakaian seksi dan mendedah aurat ketika bekerja dalam agensi kerajaan tak salah, tapi menutup aurat pula salah, walaupun berpurdah itu tak diwajibkan dalam Islam.

JR tak ingat kesudahan kes itu, maklumlah ketika itu masih muda, tak berapa ambil kisah kes-kes mahkamah. Tapi jika tak silap JR (jika silap, sila betulkan!) Halimatusaadiah telah menang dalam kesnya..
 
Bila membaca berita kematian Karpal Singh ini, tentu Halimatusaadiah akan teringat kes pada tahun 1986 itu....

6 comments:

  1. walau siapapun dia,tak baik utk kita 'meraikan' kematiannya...bg penyokong2nya...dia adalah pejuang...bg yg menentangnya...dia adalah petualang..

    ReplyDelete
  2. Oo..tak tau psl kes pakai purdah tu.

    Karpal menentang...dia bkn muslim. Tak jadi hal besar. Yg masalahnya bila Muslim yang tak mau menjayakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kenapa kita sibuk pada non-Muslim yang sememangnya secara terang menentang, tapi kita tak sibuk pada Muslim yang tak menyokong?

      Delete
  3. Pendapat peribadi saya, siapa kita nak judge dia? Kita manusia. Dia pun manusia juga. So apa hak manusia untuk judge manusia yang lain. Are we better than him? Who could tell that we are better than him?

    So stop being judgmental to each other. Hanya Dia yang boleh judge kita.

    ReplyDelete
  4. Rasa saya bagus juga adenya yg lantang seperti dia terutamanya diparlimen ..yang akan menegur dan mengkiritik apa yg tidak wajar dilakukan oleh pihak pentabdir..
    meraikan itutidaklah..cuma bila ade kematian hormatlah..dan ingat..alangkah ruginya mati sebagai seorang kafir..wpun dikenang disanjung didunia..diakhirah nanti menjadi kayu api dan didunia nie pun dah awal2 dibakar ms pengkebumian..

    ReplyDelete
  5. Daripada kita fokus tentang perkara negatif tentang si mati, lagi banyak pahalanya kalau kita ingat kebaikan dia. Salah satu lagi yg saya baca tentang mendiang karpal singh ni beliau pernah jadi lawyer dalam kes seumpama yg JR kongsi kat atas ni juga kat singapore tentang isu pakai tudung. Kes tu pun memang.

    *Bomoh crocodile kata kemalangan tu berpunca drpd puaka gua tempurung. Hahahah.. gelak golek2.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....