Waktu malam adalah waktu semua keluarga berkumpul. Kadang-kadang waktu itu JR dan isteri 'berperang kecil' cuma kerana isu siaran TV. Ya lah, di ruang tamu cuma tercegat sebuah TV 42". Di bilik dan di dapur ada juga TV, tapi cuma TV kecik ala-ala kotak yang tak ramai suka tengok...
Masalahnya cuma kerana isteri lebih minat tengok drama Melayu, sedang JR tak suka tengok drama Melayu. Anak-anak juga seperti JR, tak suka tengok drama Melayu. Tapi kadang-kadang terpaksalah juga dengan bersusah payah kami menghadamkan mata tengok cerita-cerita yang berada di depan mata yang entah apa-apa itu. Dah terpaksa...demi kerukunan rumah tangga....
Mengapa JR tak suka tengok drama Melayu?
1~ Cara berpakaian watak-watak dalam drama Melayu, kebanyakannya tak seperti pakaian majoriti orang Melayu. Walaupun watak-watak yang menjadi heroin drama Melayu namanya seperti orang Islam dan mukanya sebiji macam orang Melayu, tapi mereka tak berhijab, berpakaian skirt singkat, tak seperti majoriti orang Melayu di luar kotak TV yang menjaga aurat mereka.
2~ Mesti ada watak Datuk, Datin, Tan Sri dan Puan Sri dalam drama Melayu, seolah-olah kalau tak ada watak-watak itu syarikat produksi drama tak dapat bayaran dari pihak stesen TV. Stereotaip yang dipaksa, menjerumus minda penonton ke tahap boring!!
3~ Latar belakang kebanyakan cerita ialah tentang golongan keparat korporat Melayu yang berniaga dalam angka juta-juta. Macamlah itu realiti kehidupan orang Melayu! Kalau ramai orang Melayu jadi tokoh korporat seperti yang digambarkan dalam drama Melayu tak kan sampai sekarang lepas dah dekat 60 tahun merdeka, nak capai sasaran 30% Melayu menguasai ekonomi negara pun masih tak tercapai?? Mengapa buat drama tentang kisah-kisah mimpi, mengapa bukan tentang realiti orang Melayu yang kebanyakannya bukan golongan korporat?
4~ Pergaulan bebas bukan muhrim - berpegangan tangan, peluk penuh ghairah, bergomol atas katil dan banyak lagi bab-bab yang tak sesuai dengan Islam menjadi sebahagian dari babak-babak biasa dalam drama Melayu. Seolah-olah kalau tak berpegangan tangan, tak peluk, tak bergomol orang tak akan tengok drama Melayu. Macamlah adegan-adegan tak islamik itu menjadikan drama Melayu hebat sangat! Tengoklah filem Iran, tak ada pun adegan-adegan yang dilarang Allah itu, tapi filem mereka selalu menang anugerah antarabangsa.
5~ Jalan cerita banyak tentang perkara negatif - berebut harta, cinta tak direstui keluarga, pergaulan bebas hingga melahirkan anak luar nikah, meminta bantuan bomoh dan pembentukan watak hitam-putih (yang jahat sangat jahat, yang baik tersangat baik) hingga penonton pun dah dapat meneka bagaimana pengakhiran drama itu, menjadikan ia tak seronok lagi ditonton.
6~ Jalan cerita klise sangat - dua orang teruna dara, salah seorang mesti anak Datuk bercinta tanpa restu keluarga. Kadang-kadang kedua-dua teruna dara ini benci membenci tapi akhirnya jatuh cinta. Kemudian di tengah-tengah mereka ada watak orang ketiga si-antagonis yang sangat-sangat jahat mengalahkan perangai jin afrit yang cuba menghancurkan cinta teruna dara itu. Dan pengakhiran cerita mudah diteka: akhirnya watak jahat terima pembalasan jahat, watak baik berakhir dengan happy ending...mudahnya pengarah drama menentukan takdir manusia!!
7~ Mesti ada adegan air mata yang melampau-lampau dan tak masuk akal. Apakah watak orang Melayu selemah itu, sikit-sikit menangis sikit-sikit menangis?
6~ Jalan cerita klise sangat - dua orang teruna dara, salah seorang mesti anak Datuk bercinta tanpa restu keluarga. Kadang-kadang kedua-dua teruna dara ini benci membenci tapi akhirnya jatuh cinta. Kemudian di tengah-tengah mereka ada watak orang ketiga si-antagonis yang sangat-sangat jahat mengalahkan perangai jin afrit yang cuba menghancurkan cinta teruna dara itu. Dan pengakhiran cerita mudah diteka: akhirnya watak jahat terima pembalasan jahat, watak baik berakhir dengan happy ending...mudahnya pengarah drama menentukan takdir manusia!!
7~ Mesti ada adegan air mata yang melampau-lampau dan tak masuk akal. Apakah watak orang Melayu selemah itu, sikit-sikit menangis sikit-sikit menangis?
Sebenarnya banyak lagi perkara yang JR tak suka tentang drama Melayu ni, tapi kalau tulis semua nanti korang terlelap pula...
saya pulak kadang2 menyampah dengan orang yang minat dengan drama melayu mendayu-dayu meleret-leret. jadi, saya nak teruskan kempen `mari menonton filem tamil' kat sini. hehehee...
ReplyDeletejom layan Sivaji The Boss.. wkwkwk...
Deletesaya dan suami ada 'penyakit kronik'..iaitu takleh dengar..apatah agi tgk drama melayu dan indon...
ReplyDeletetp sbb ada budak kecik yg suka tgk citer melayu...mak ayah melarikan diri kedalam bilik haha..
Sama la. Saya pun tak suka tengok drama Melayu. Balik-balik kisah yang sama juga. Setuju sangat la apa yang JR tulis atas tu. Bak kata DaddyZiyyad, lebih rela menonton ulangan Oggy & The Cockroach tu berulang kali. Hahaha.
ReplyDeleteAku xtau kenapa aku x suka tgk cite kapcai ayah di tv9 ari tu...cite tu bgus sbb bagi iktibar sbb jgn buat jahat pd ibubapa..tpi drama tu x rasional..xmasuk akal...dh tau anak tu kaya kenapa x blikan motor baru untuk bapanya...kdg2 cite melayu ni menyempitkan otak org melayu...xpasal2 penonton plak gaduh bertekak komen cite x masuk akal
Deletesetuju. citer melayu cliche jer. byk pasal cinta, sampai buatkan org terpengaruh nak bercinta termasuk budak2.
ReplyDeletesampai ada juga tanya saya.. ada awek ke??? saya jawab tak ade.. lepas tu kawan ckp ko kena layan cerita cinta yg melayu.. ee nyampah la saya
Deletekalau ada chanel berbayar boleh tonton pelbagai siaran..bukan tertakluk kpd yg ada saja...; tapi itulah ada juga keburukannya...sampai pening nak tengok yg mana satu...alih2 terbiar mcm tu saja ; nak ajak masuk tidur ..anak2 kata apalah abah dan mama tidur awal. ; tapi akhir2 ini kami semua sangat bagus...dengar zikir / selawat dan ayat2 suci tapi masing2 buat kerja (homework) ..alhamdulillah; ..adakalanya membosankan seperti yg JR sebutkan..saya pon sama tak suka drama melayu.
ReplyDeleteSyukur Alhamdullilah, kami suami isteri mmg anti drama Melayu. Orang nak kata kami poyo pun, kami tak kisah...tapi kami benci drama Melayu sebab:
ReplyDelete- mcm JR tulis tu la...cerita mesti nak korporat...minum fresh oren utk sarapan kat rumah!
- jakun dgn kereta mewah. Mesti sibuk tayang kereta depan belakang kiri kanan.
- cerita meleret leret...asyik sedihhhhh aja....menangis aja....
- jalan cerita, dan endingnya boleh di agak.
- cerita anak datuk, cinta dgn perempuan miskin...vice versa..sangat sangat tipikal
dan banyak lagi...
hahaha..
lebih2 lagi hero heroin mesti guna iphone.. tambahan pula ringtone mcm ntah pape.. drama melayu akan datang heronya mesti guna phone dan ringtone yg sama juga.. amat membosankan
DeleteDrama melayu dah sama tahap dengan drama indon....haprak sangat.
ReplyDeletesokong.. setuju.. meleweh je drama/cerita melayu sekarang ni..
ReplyDeleteAnak2 lebih suka layan channel cartoon..
En. Suami.. eemm.. orang lelaki.. channel sukanlah..
Saya.. layan cite kat AXN.. Hawaii 5-0, Blacklist.. CSI Miami/NY.. lagi apa ek.. eemm.. lebih suka yang ganas2.. hehehe.. tak minat cerita yang banyak main airmata..
sy dah lama tinggal tengok tv nie..kami dok umah lebih byk ms lg tuk anak2 keran tak terikat ngan tv..laki bini pun tak berebut channel..hehe
ReplyDeleteBetul sesangat.family saya memang tak layan drama melayu ni,kami lebih suka download cerita bukan melayu sebab kekadang tu cerita bukan melayu ada message yg boleh kita dapat dr cerita,olahan cerita dan perkembangan watak lebih mantap,bukan macm cerita melayu ,marah tak tentu pasal,lagi satu naik muak mendengor mummy & daddy memanjang ...siapa yang membentuk cerita melayu begitu,pengarahnya kah? penulis skrip kah? pelakon kah? penerbit kah? atau penonton yg mahukan begitu...??
ReplyDeletePun tak minat! baik layan katun Larva tu... uhuhu
ReplyDeleteSaya suka tengok upin dan ipin dan kartun Saladin....sambil gosok baju....
ReplyDeletesaya suka.saya suka.meme.iye la tu.atuk.upin ipin!ha nak pegi mana tuu?kak ros.tak baik,depan rezeki tu.opah.dua singgit,dua singgit.mail.
DeleteSaya jarang tengok TV, sebab selalu balik lambat, keluar rumah pula awal... huhuhu...
ReplyDeletetry la nengok drama jepun..mmg best sbb jalan cite dye byk bagi semangat kt kite dan byk unsur2 positif.. drama melayu yg paling best bagi awok pn tanah kubur sbb berbeza dgn drama melayu yg lain dn paling penting xde unsur2 korperat hahaha
ReplyDeletegenre2 drama jepun pelbagai... walaupun drama2 jepun ada zang kurang best.. tapi mesej moral of the story tetap merasainya
Deletedrama melayu 90% cam drama indon
ReplyDeletedan
aku benci drama indon
Tema cerita melayu x lari dengan hasad dengki, kalau kaya sombong, kalau miskin kena hina, klau dok di kampung x lari dgn crita hantu dan bomoh, org x siuman pun disangka hantu, rebut harta bla bla bla... Aduih... Baik aq tgk national geography
ReplyDeletesamalah. saya pun dah kurang tengok drama melayu. Saya lagi minat citer korea
ReplyDeleteDrama Melayu adalab drama yang paling bodoh pernah aq tengok....drama Korea lagi best la jalan cerita pon macam2
ReplyDeleteSaya memang benci dan meluat dgn drama melayu. Masa kerja kat shah alam dulu duduk sendiri memang teramat jarang bukak tv. Sekarang ni dah balik kampung duduk dgn mak lepas ayah meninggal, so terpaksalah hadap drama2 melayu merapu yg mak tgk kat tv. Walaupun kita tak duduk depan tv, lalu lalang pun still dengar dialog2 bodoh kat tv tu. Tak tgk pun dah tau camne jalan cerita dia, semua sama je, semua melemahkan minda.
ReplyDeleteBila kita kata kita tak tgk drama melayu nanti ada org kata kita "sombong" atau "tak support drama bangsa sendiri". Tapi kalau dah drama semua sama je jln cerita, dgn dialog yg ala ala bangang, camne kita nak support, ye tak? Memang jgn haraplah.
X suka tengok drama melayu.buka tv hanya UTK tengok berita sahaja
ReplyDelete