29 April 2014

Gempar..MH370 Ditemui Dekat Songkhla, Thailand!!


Seorang juruterbang dari New York, Amerika Syarikat mendakwa dia telah menemui serpihan pesawat dipercayai MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Michael Hoebel, 60, berkata imej serpihan itu ditemui di lautan berhampiran pantai timur Songkhla, Thailand. Dia menemuinya selepas berjam-jam membuat penelitian terhadap gambar-gambar yang diambilnya dari TomNod.com iaitu laman web perkongsian imej satelit.

Inilah imej yang ditemui Hoebel:


Hoebel seterusnya berkata, penemuan itu hasil penelitiannya terhadap ribuan imej pelbagai setelit yang terdapat di sekitar laluan MH370. Imej berukuran 210 kaki (64 meter) itu katanya sangat sepadan dengan saiz MH370, selain dari terdapat sayap yang melekat pada badan pesawat tersebut.

Katanya dia amat terkejut dengan penemuan itu kerana seperti tak percaya  akan menemui objek itu yang dirakamkannya pada 10 Mac, iaitu 2 hari lepas pesawat itu hilang.

                                                Hoebel menunjukkan imej yang ditemuinya

Bila ditanya kemungkinan imej itu merupakan bayangan seekor ikan jerung, Hoebel menyoal,"Adakah seekor ikan jerung sepanjang 210 kaki (64 meter)? ".

Lelaki itu berkata dia sangat yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi. Hoebel juga berkata telah menghubungi NTSB (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Persekutuan) dan FBI tetapi tiada respons daripada mereka.

Kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai 'penemuan' ini boleh layari MailOnline

Cuma yang menghairankan JR ialah jika imej MH370 itu ditemui pada 10 Mac, mengapa lepas  7 minggu baru nak heboh? Mengapa tak beritau awal-awal lagi?

Pendapat peribadi JR pula imej 'MH370'  yang ditemui Hoebel itu nampaknya seperti lebih menyerupai imej ikan jerung. Tapi seperti kata Hoebel mana ada ikan jerung di dunia ini sepanjang 210 kaki (64 meter)? Mengikut rekod, jerung paling panjang pernah hidup di muka bumi ialah jerung jenis megalodon sepanjang 60 kaki yang pernah hidup 3 juta tahun dahulu tapi kini sudah pupus.

Tapi jika imej yang ditemui Hoebel itu memang betul MH370, ia akan menjadi penemuan paling kelakar dalam sejarah dunia. Mana tak kelakar, puluhan negara dengan teknologi paling canggih dengan kos ratusan juta ringgit mencari MH370 di selatan Lautan Hindi, alih-alih imejnya ditemui Hoebel di barat Songkhla. Ketika puluhan kapal dan pesawat sibuk mencari di laut tanpa menemui apa-apa, Hoebel cuma mencarinya di rumah dengan menggunakan komputer peribadinya.

Walaupun mungkin Hoebel salah, tapi apa salahnya jika penemuannya itu diberi perhatian dan disiasat oleh pasukan pencari MH370??

9 comments:

  1. Ape2 pun kita tetap tak putus2 doakan anak kapal & penumpang mh370. Moge2 semua selamat. Boleh citer balik pasal kejadian tu. Allahu..

    ReplyDelete
  2. walau apa pun sama2 la kita doakan semoga pencarian ini berakhir dengan kejayaan..

    ReplyDelete
  3. Byk benar spekulasi smpi dah tak tau nk percaya ke tak

    ReplyDelete
  4. Aik kat Songkla pulak ke..bukannya kat teluk bengal..banyak sungguh imej MH370 ni..mana satu nak percaya pun tak tau..

    ReplyDelete
  5. Tunggu dan lihat mana satu diantara speku yang benar2 sahih.

    ReplyDelete
  6. Haah baru tadi berita ckp kat teluk benggal...
    Issh! macam2 sangat spekulasi...bingung!!

    ReplyDelete
  7. kejap jumpa kat sana.. kejap jumpa kat sini.. banyak nau spekulasinya..
    namun apa-apapun moga cepatlah pesawat itu ditemui..

    ReplyDelete
  8. ye ke dak dia ni. tapi kalau betul bagus la sekurang2nya ada la ending kisah mh370 ni.

    ReplyDelete
  9. sampai kini MH370 masih menjadi misteri.. sentiasa mendoakan yg terbaik untuk krew dan penumpang..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....