18 April 2014

Allah Tak Adil Kepada Orang Islam??


Kadang-kadang JR yang jahil tentang agama ini terkeliru dengan pandangan orang-orang yang berilmu dan pandai dalam bab agama:


Maknanya hukum memotong tangan kepada orang Islam itu tidak adil? 


Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah s.w.t. Dan Allah s.w.t. Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Maidah: 38)

Kalau melihat keadilan hanya kerana orang Islam dan bukan Islam hidup mengikut 2 set kehidupan yang berbeza, ia telah lama berlaku di negara ini. Kalau nak membandingkan adil atau tak adil, selama ini kita telah lama menerima perbezaan itu:

~ Orang Islam mati dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam, orang bukan Islam mati dikebumi di tanah perkuburan bukan Islam - adil atau tidak adil?
~ Jasad orang Islam dikebumikan di dalam tanah, jasad orang bukan Islam (sebahagiannya) dibakar - adil atau tidak adil?
~ Orang Islam kahwin di depan Kadhi, orang bukan Islam kahwin di depan Pendaftar Perkahwinan - adil atau tidak adil?
~ Orang Islam bercerai di Mahkamah Syariah, orang bukan Islam bercerai di Mahkamah Sivil - adil atau tidak adil?
~ Orang Islam bersunat, orang bukan Islam tak perlu bersunat - adil atau tidak adil?
~ Orang Islam makan makanan di premis halal, orang bukan Islam boleh makan di premis halal atau tidak halal - adil atau tidak adil?
~ Orang Islam boleh dihukum oleh Mahkamah Syariah jika minum arak, tidak berpuasa dan lain-lain perilaku yang terdapat dalam undang-undang syariah, orang bukan Islam tidak dihukum jika melakukan kesalahan itu - adil atau tidak adil?
~ Orang Islam dihukum jika berkhalwat dan berzina, orang bukan Islam tidak dihukum jika melakukannya - adil atau tidak adil?

Banyak lagi sebenarnya 2 set hukuman yang berbeza antara orang Islam dan bukan Islam yang sudah lama terpakai di negara ini, tapi tak siapa mempertikaikan sama ada ia adil atau tak adil. Kerana kita dengan agama kita dan mereka dengan agama mereka:


"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (surah Al-Kafirun:6).


Maaf sekali lagi JR sebenarnya sangat jahil tentang agama. Jika kekesalan JR atas ucapan sesetengah mereka berilmu itu mengandungi kata-kata yang tidak tepat, sila betulkan hamba Allah yang lemah ini....

10 comments:

  1. Brunei dah laksanakan...:)
    kenapa jenayah menjadi2 dinegara kita...sbbnya mereka tak takut pada undang2 yg 'ringan hukumannya',..

    ReplyDelete
  2. adil yang disalahtafsir, memang la macam gitu rupanya. sama macam lelaki/perempuan. tak adil la suruh perempuan pakai tudung (tutup aurat), sedangkan lelaki bersolat tak pakai songkok pun takpe.

    hehehee...

    *agak2, kalau negara ni cukup `makmur', wujud ke pencuri? ini nak beli susu anak pun tak mampu sampai terpaksa mencuri kat pasaraya. (setahu saya, pesalah macam ni tak kena potong tangan. dan bukannya semudah makan kacang goreng kalau nak jatuhkan hukuman dalam hudud ni)

    ReplyDelete
  3. heran kan...maksud ADIL tu bkn kau dpt satu , aku dpt satu. Tapi adil tu adalah meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Heran sbb dia seorang yg cerdik, saya anggap dia khilaf pada saat cakap begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan akak, dia khilaf waktu tu.

      Delete
  4. Islam itu memang adil. Tidak ada kompromi tentangnya.
    Kecuali kalau kita guna pakai Islam separuh-separuh.Tu yg tunggang-langgang jadinya..

    ReplyDelete
  5. Bagi saya, kategori orang yang pendidikan agamanya sangat rendah, nak buat seribu daya. Tak nak buat seribu dalih. Tapi saya memang sokong hukum ini dilaksanakan di Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Maknanya jika seseorang Islam yg nak sangat ADIL setaraf dengan orang bukan Islam, masa kahwin dia kena daftarkan perkahwinannya di mahkamah sivil, begitu juga jika bercerai pergi mahkamah sivil. Dia juga kena wasiatkan bila mati mayatnya dibakar dan lepas itu dikuburkan di tanah perkuburan bukan Islam. Adillah tu dilayan setaraf dengan orang bukan lslam dari hidup sampai mati.

    ReplyDelete
  7. sekurang - kurangnya hudud itu akan menjadikan umat islam patuh hukum aka tak berani buat dosa dan pemimpin yg laksanakan hukum hudud itu tak perlu bersoal jawab dgn malaikat di akhirat nanti ...

    ReplyDelete
  8. Dia sebenarnya kalau tanak buat tu seribu dalih la. Kalau betul2 dia nak buat, mesti akan cari cara untuk selesaikan persoalan dia tu. Pasti ada jawapannya.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....