Sebenarnya JR tak ada mood untuk menulis apa-apa hari ini. Satu jam lepas mendengar ucapan PM di TV malam tadi mengenai perjalanan terakhir MH370 yang terhempas di tengah Lautan Hindi, tiba-tiba tangan JR bergerak untuk menulis sebuah puisi. JR ingat nak publish puisi mengenai kesedihan itu dalam blog hari ini. Tapi kepedihan mengenangkan tragedi itu, kesedihan berkongsi saat-saat sukar yang sedang dihadapi oleh kaum keluarga penumpang dan kru MH370, menyebabkan JR tak jadi publish puisi itu. JR rasa baiklah hari ini JR berkabung tanpa menulis apa-apa, sedih sangat...
Tapi bila terbaca luahan rasa Intan Maizura Othman isteri kepada peramugara MH370 Hazrin Hasnan, niat di hati untuk berkabung dari menulis hari ini terbatal. Jika JR berada di tempat Intan Maizura, pasti kepedihan yang sama dirasakan. Intan yang mempunyai seorang anak bersama Hazrin dan kini sedang mengandung anak kedua yang bakal lahir tak lama lagi, menulis dalam instagram miliknya:
Catatan yang sungguh menyayat hati! Berat mata memandang pasti lagi berat bahu memikul.
Semoga Allah menempatkan Hazrin dan semua penumpang dan kru MH370 yang lain di kalangan mereka yang beriman. Semoga kini mereka berbahagia di sisi Yang Maha Esa. Dan semoga Intan dan semua kaum keluarga mangsa tragedi MH370 tabah selalu menerima kehilangan dan ketentuan Illahi.
Nota: Tadi JR menghadiri satu majlis kenduri tak jauh dari komuniti kami. Terdengar bisik-bisik kuat yang mempersoalkan tindakan PM mengumumkan kematian semua penumpang dan kru MH370. Kata mereka mengapa cepat sangat buat konklusi sedang belum terjumpa sebarang bahan bukti (serpihan pesawat mau pun mayat)? Ada yang memetik kata-kata Menteri Luar Australia yang menyatakan selagi serpihan pesawat tak ditemui, segalanya masih spekulasi....
sedih baca luahan hati balu tersebut (sekerat-sekerat) di blog JR (saya takde instagram). semoga dia tabah mengharungi dugaan ini.
ReplyDeletep/s whatsapp pun penuh dengan spekulasi ini. entah...hanya ALLAH saja tempat kita meminta pertolongan
Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan pada mereka yg terlibat.....pada org2 yg byk sgt buat spekulasi tu cubalah faham DS Najib infom berita kata auta...bila tak infomkata sorokkan fakta...tak faham ai.
ReplyDeleteSaya nangis bila baca ni semalam. Sedih sgt. Semoga isterinya tabah.
ReplyDelete