Korang sedang mengandung atau isteri sedang mengandung? Baca entri di bawah ini, ia pasti sangat bermanfaat dan membantu:
Pelbagai usaha untuk
menjadikan anak yang bakal dilahirkan seorang insan yang cerdas sejak
dalam kandungan lagi. Menurut
kajian Barat, salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan anak sejak
dalam kandungan adalah dengan memperdengarkan muzik classic seperti
muzik Mozart kepada janin yang sedang berada di dalam perut ibu.
Dalam agama islam, bayi
adalah makhluk ciptaan Allah yang masih suci. Mengenai hal ini, tentunya
bacaan Al-Quran adalah sebaik-baik bunyi yang harus diperdengarkan oleh
janin. Sehingga Habib Munzir pun menyarankan isteri yang sedang hamil
lebih baik banyak membaca Al-Quran untuk membawa kemuliaan di dalam
rahim. Utamakanlah membaca surah Muhammad, dengan harapan agar
mendapatkan rahmat Allah sebagaimana lahirnya Nabi Muhammad saw ke muka
bumi ini dengan membawa segala rahmat-Nya.
Saranan Habib Munzir
tersebut disokong oleh hasil eksperimen beberapa doktor. Ketika seorang
ibu hamil sedang melakukan ultrasound, dibacakan surah
Al-fatihah dan Al-Baqarah. Apa yang terjadi? Subhanallah, janin tersebut
terdiam dan mengambil posisi seperti sedang bersujud seolah-olah dia
kenal dengan ayat-ayat yang sedang dibacakan.
Di samping itu, Dr.
Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil kajian mengenai pengaruh
bacaan Al-Quran terhadap peningkatan IQ bayi yang baru lahir. Dalam
seminar kaunseling dan psikoterapi islam sekitar lapan tahun yang lalu,
bayi yang baru berusia 48 jam saja akan terus memperlihatkan reaksi
wajah ceria dan sikap yang lebih tenang.
Untuk itu, kepada
ibu-ibu yang sedang mengandung buah hatinya, perbanyaklah membaca
Al-Quran. Kerana, jika Al-Quran diperdengarkan secara tepat dan benar
(tajwid dan makhrajnya) maka Al-Quran mampu merangsang saraf-saraf otak
pada si kecil. Wallahu'alam
(sumber: Detik Islam)
Subhanallah...sebaiknya begitulah, amalkan bacaan alquran semasa hamil...janin bolih mendengar melalui ibunya sendiri..
ReplyDeleteSemoga zuriat yang bakal lahir nanti menjadi insan mulia disisi NYA...
InsyaAllah...
disaming tu,ibu2 yg mengandung kena jaga 'perangai'..tutur kata biarlah yg baik2 aja...jgn cepat marah,melenting...
ReplyDeleteya, setuju dengan komen mereka berdua di atas tu
ReplyDeleteMenantu kakcik sedang mengandung hampir 8 bulan. Baru2 ni dia pergi buat scan, bayinya dalam keadaan sujud. Dipujuk2 barulah bayi itu menunjukkan muka. SubhanAllah.
ReplyDeletesama le dgn luth dulu masa dlm kandungan, pernah tgk posisi bersujud. waktu check up tu waktu zohor. solat zohor kot dia masa tu. keke.
ReplyDeleteAllahuakbar..betapa sucinya makhluk Allah dikala blum lahir kedunia..sy dl ms ngandungkan Arissa,selalu jugak letakkan mp3 quran dkt perut..kalau dia diam sblm tuh, bila letak quran mesti akan bergerak..mencari2 bunyi bacaan...
ReplyDeleteAina selama mengandung sesibuk mana pun pastikan khatam sekali Al-Quran.
ReplyDeleteSgt benar JR..
ReplyDeleteDan yang lagi penting..kena istiqomah membaca, bukan hanya ketika pregnant/susah/sakit
Rupanya, masih banyak lagi rahsia Quran yang tidak diterokai...
ReplyDeleteMaaf JR. IM perasan, yang komen tulisan kita kebanyakannya kaum Hawa.
ReplyDelete