21 March 2014

Hukum Tengok Filem/Drama Dedah Aurat Wanita


Buka saja TV, terpacul keluar cerita Melayu. Biasanya cerita dalam bentuk drama, kadang-kadang filem. Kalau bukan cerita Melayu, cerita Inggeris, Cina, Hindustan, Tamil, Filipina, Thailand, Latin dan lain-lain..

Tapi semua cerita-cerita itu dalam medium bahasa apa pun, ada satu persamaan - kebanyakan wanita dalam cerita-cerita itu memakai pakaian seksi-meksi. Yang namanya pelakon Melayu, yang mengaku beragama Islam yang selalu sebut dalam facebook dan twitternya #pray for MH370 pun dua kali lima juga berpakaian seksi-meksi.

Kadang-kadang JR sebagai lelaki berfikir dalam hati - apa hukumnya menonton drama/filem yang memperagakan wanita yang bukan saja tak menutup aurat tapi hampir menelanjangkan semua auratnya? 

Dan ini jawapannya:




Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:
Hukum tengok aurat wanita haram. Jadi, apakah hukumnya jika saya menyimpan koleksi filem dalam dan luar negara. Hal ini kerana dalam setiap filem yang ada sekarang ini semuanya mendedahkan aurat wanita. Apakah hukum menonton filem tersebut?
Jawapan:
Hukumnya ialah haram menyimpan dan menonton filem tersebut. Apa yang membimbangkan kita ialah perkara seumpama ini sudah tidak menjadi kerisauan kepada kita. Justeru, marilah kita berdoa bersama-sama agar Allah menjadikan kita kembali risau dengan agama kita.

Mungkin ada yang bertanya: tapi apa pilihan yang ada jika itu saja yang mampu ditayang oleh TV kita? Jangan tengok TV, pergi dapur cuci pinggan, kemas rumah, tidur...? 

Sebenarnya banyak pilihannya. Tepuk dada tanya dosa....

14 comments:

  1. "saya berlakon ikut skrip..berkemban pun sbb menghayati watak..."

    ReplyDelete
  2. kadang2 tgk rancangan lain yg tak melibatkan aurat ni kat tv. COntohnya chef wan memasak. Tengah tgh tetibe iklan terus kuar iklan promo America's Next Top Model. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Tuk mengelak drp menambah dosa terlihat atau melihat benda haram kenalah jauhkan sumber dosa tuh..tak tengok tv baru aman sket..kurang sket dosa2 mata..:)

    ReplyDelete
  4. saya nak syorkan kawan2 semua pelanggan asstro, tengok history channel atau seangkatan dengannya (senang sikit nak tapis sendiri). kegemaran saya tu. kadang2 layan jugak thangatirai.

    ReplyDelete
  5. "saya tahu saya isteri orang dia pulak suami orang....tapi walaupun kami melakonkan watak ranjang..peluk2..bercumbu2...tapi itu hanya dalam lakonan...ramai krew2 dan cameraman depan kami...kami cuma ikut watak dalam skrip .."

    ReplyDelete
  6. Senang jek...buka astro ceria citer kanak2

    ReplyDelete
  7. Salam ukhuwah JR,

    Tersenyum sendiri bila baca ayat akhir entri ini "tutup TV pergi cuci pinggan didapur"

    Buka TV Al Hijrah tengok 30 Minit Ustaz Don :)

    ReplyDelete
  8. weekday selamat jugaklah mata ni.. hujung minggu..?

    ReplyDelete
  9. saya pun sependapat dengan JR. payah nak jaga mata kalau tengok rancangan TV . agaknya pasal tu kita ni payah nak hafal ayat quran walaupun ayat pendek2 sebab banyak buat dosa mata..

    ReplyDelete
  10. makanya terpulang kpd diri sendiri . nak jaga iman atau nak berseronok !

    ReplyDelete
  11. Satu cabaran yg maha besar dlm menjaga iman..

    ReplyDelete
  12. Satu cabaran yg maha besar dlm menjaga iman..

    ReplyDelete
  13. Itu yang d panggil bukan senang mau jadi senang...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....