16 February 2014

Ini Tak Adil!!!


Mood seseorang untuk menulis tu dipengaruhi oleh idea kan..? Kalau dah tak ada idea, tak ada yang menarik untuk dikongsi, maka merudumlah mood..

Semalam dalam entri blog selekeh ni, JR ada kata dalam beberapa hari ni (sejak Khamis) JR betul-betul tak ada mood untuk menulis. Kebetulan sejak Khamis tak ada sesuatu yang menarik di sekitar JR untuk diceritakan.

Tapi malam tadi ada sesuatu yang berlaku yang membuat JR agak bengang. Bukan bengang banyak pun, bengang sikit saja, tapi bengang jugalah ketika itu (sekarang tak bengang lagi..)

Ceritanya begini:

Malam tadi JR hantar anak lelaki nombor 3 ke Stesen Bas Sahab Perdana, Alor Setar. Anak JR nak ke Melaka kerana mulai Isnin dia akan memulakan kuliah semester 4 di UTeM.

JR sebenarnya dah beli tiket bas untuknya sejak 2 minggu lepas lagi. JR memang suka beli tiket bas awal-awal bagi memastikan anak JR menaiki bas yang selesa sepanjang perjalanan kira-kira 8 jam ke Melaka itu. Lagi pun bila beli tiket awal kita boleh tentukan di mana nak duduk berbanding pergi lewat semuanya bergantung kepada kerani tiket.

Demi keselesaan dan privacy anak, JR dah beli tiket tempat duduk single seat untuknya di barisan tengah. Sebenarnya semua anak JR yang nak menaiki bas perjalanan jarak jauh, JR akan beli tiket single seat untuk mereka. Tempat duduk pula mesti di barisan tengah untuk memudahkan mereka turun dan naik bila bas berhenti. Cuma jika kebetulan anak-anak JR menaiki bas bersama kawan, baru JR beli tiket double seat di sebelah kawan mereka.

Malam tadi JR tiba di stesen bas pukul 11.15 malam, 15 minit sebelum bas bertolak pada pukul 11.30 malam. Selepas pergi ke kaunter tiket untuk pengesahan tiket dan beli sedikit minuman dan makanan ringan untuk anak masih ada 10 minit sebelum bas bertolak. Anak JR terus menaiki bas. Harap dia selesa berada di tempat duduk single seat di barisan tengah.

Tepat pukul 11.35 malam bas yang dinaiki anak JR bergerak meninggalkan terminal bas. Ketika bas bergerak, JR nampak anak JR duduk di tempat duduk double seat bersama seorang lelaki di barisan belakang. Hairan juga JR mengapa dia tak duduk di tempat duduk single seat yang telah dua minggu ditempah??

Bila JR SMS anak, dia beritahu tempat duduknya telah diduduki oleh seorang perempuan. Bila anak JR tunjukkan nombor tiket bas kepada pemandu bas, pemandu itu kata: "Biarlah perempuan itu duduk di situ...semua tempat duduk sama aje dik!!"

Eh, begitu pula jawapannya: "semua tempat duduk sama aje"?? Mana pula semua tempat duduk sama..kalau sama mengapa dalam bas disediakan single seat dan double seat, mengapa bukan semuanya double seat? Mana sama, wahai encik driver!! Sama ke tempat duduk di belakang yang penumpang rasa seperti melambung-lambung dengan tempat duduk di tengah yang lebih smooth? JR yang pernah bertahun-tahun naik bas setiap minggu akibat perkahwinan jarak jauh dulu, sangat faham semuanya itu tak sama!!

JR faham mengapa perempuan itu 'merampas' seat anak JR. JR faham mengapa perempuan itu tinggalkan tempat duduk double seat yang dibelinya dan kemudian pergi duduk di tempat duduk single seat yang sepatutnya diduduki anak JR. Sebagai perempuan, dia pasti tak selesa kerana akan duduk selama 8 jam di sebelah seorang lelaki. Kerana dia datang awal, nampak ada single seat kosong, dia terus melabuh punggung tanpa pikir panjang. Tak peduli perasaan orang lain yang menempah tempat duduk itu sejak 2 minggu lepas!

Sepatutnya jika dia rasa tak selesa duduk di sebelah lelaki, jangan gelojoh sangat nak pindah ke tempat duduk orang lain yang menempahnya lebih awal. Tunggu sampai anak JR sampai, kemudian buat rundingan pertukaran tempat duduk suka sama suka dengan anak JR. JR pasti anak JR bukan jenis manusia yang sangat kejam, dia pasti akan sedia bertukar tempat duduknya jika diminta oleh wanita itu. Tapi mintalah kebenaran pemilik asal dulu, jangan duduk tempat orang tanpa kebenaran, duduk dengan wajah selamba buat-buat tak nampak bila pemilik asal tempat duduk tercari-cari tempat duduk lain. Ia sesuatu yang sungguh kurang sopan dan tak adil!!

Mujur SMS dari anak JR baca ketika bas dah bertolak meninggalkan stesen bas Sahab Perdana. Jika JR tau perkara itu ketika JR masih berdiri di stesen bas, JR pasti tak akan berdiam diri. 

Apapun JR tak akan benarkan mana-mana anak JR menaiki bas itu lagi. Bas lain yang menepati janji banyak lagi!!

6 comments:

  1. .ye kan, sepatutnya selepas perundingan dan persetujuan barulah bertindak..., emm nasib baik JR tak sempat mangamok !

    ReplyDelete
  2. Kalau aku kat tempat JR pun mmg tak puas hati sebab kita dah tempah awal2. Yg pompuan tu cubalah minta cara baik....ini tak main duduk jak...huhu

    ReplyDelete
  3. Susah bang, ramai penumpang ni jenis pentingkan diri. Driver pulak ramai yang tak peduli, asalkan semuq dapat seat dah cukup. Patutnya diorang kena la utamakan pembeli yang dah tempah awal2, bukan main rembat je. Perempuan pulak tu...

    -berbeza dengan kita (lelaki) masa muda dulu, selalu berharap akan ada marka duduk kat sebelah! Hehehee...

    ReplyDelete
  4. 1. Syukur jika tak berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. malah sepatutnya gitu.
    2. jika seat itu bernombor, sahlah wanita itu mementingkan dirinya sendiri. atau mungkin juga wanita itu perasan dan rasa bersalah kerana dudk di kerusi yang bukan haknya bilamana melihat baru tahu pemilik seat itu adalah perempuan juga, tapi malu nak berpatah semula.
    3. pemandu itu sepatutnya lebih tahu dan lebih adil terhadap penumpangnya. mengembalikan hak kerusi kepada pemilik rasanya tak susah mana.

    ReplyDelete
  5. Memang tidak adil.....jika saya pun saya protes cuma Mr. Jr. Tak berkesempatankan....

    ReplyDelete
  6. Selamat le bas tu dah jalan. Kalo tidak keluar dalam metro la "seorang bapa mengamuk di dalam bas XX". Heheh...

    Komen untuk entry Sayangi Orang tua kat atas tu "Cerita tu buat saya sedih dan rindu sangat pada arwah mak".

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....