04 February 2014

Hari Hijab Sedunia - Di Mana Malaysia??


Korang blogger Muslimah tentu tau kan 1 Februari lepas ialah World Hijab Day (WHD). Mengikut maklumat rasmi, 2014 adalah tahun kedua WHD disambut sebagai perayaan oleh wanita-wanita seluruh dunia dengan pelbagai aktiviti bagi menyuburkan budaya berhijab. Di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Belgium, Belanda, Brunei, India dan Lubnan WHD turut disertai oleh wanita-wanita bukan Islam yang turut memakai hijab sebagai sokongan kepada rakan-rakan Islam mereka yang berhijab.

 

Mengikut apa yang JR baca dalam beberapa sumber (jika silap sila betulkan), WHD adalah cetusan idea Nazma Khan, seorang wanita New York  kelahiran  Bangladesh (orang Bangla Malaysia tentu bangga dengan informasi ini). Nazma Khan yang semasa kecilnya sering dihina oleh rakan sekelas berkulit putih kerana berhijab bertekad apabila dewasa akan memupuk sikap toleransi beragama termasuk pemahaman terhadap hijab di kalangan bukan Islam. 

Pada awal 2013, Nazma telah mengutarakan idea untuk merayakan WHD  dalam facebook yang akhirnya mendapat sokongan 11,600 peminat dalam masa sebulan, termasuk wanita bukan Islam. Dari situlah WHD mula dirayakan pada 1 Februari 2013 yang bukan saja menarik perhatian wanita Islam tapi juga wanita bukan Islam yang turut sama berhijab buat pertama kali pada hari itu.

Tapi JR ada baca dari satu sumber lain idea untuk merayakan WHD ini telah timbul sejak 2009 lagi. Ia dirayakan sempena kematian Marwa Al-Sherbini, seorang wanita Jerman berusia 32 tahun yang ditikam hingga mati pada 1 Julai 2009 oleh seorang pemuda rasis dari Russia yang amat benci melihat wanita berhijab. Sejak itu timbul idea untuk menjadikan 1 Julai setiap tahun sebagai WHD bagi memperingati kematian Marwa di samping memupuk semangat toleransi beragama kepada mereka yang bukan Islam.
 
Marwa
Marwa Al-Sherbini bersama suami dan anak ketika hidup.

Siapapun pengasas WHD, apa yang penting ia kini telah mula menjadi fenomena yang dirayakan oleh ramai wanita termasuk yang bukan Islam pada 1 Februari setiap tahun. Seruan supaya semua wanita berhijab pada hari itu semakin popular di seluruh dunia:

Apa yang menarik, ada wanita bukan Islam yang selepas memakai hijab sempena WHD pada 1 Februari, akhirnya diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam. Jessica Rhodes, 21 tahun, seorang pelajar dari Norwich, UK adalah salah seorang darinya. 
 
Kata Jessica, dia mula memakai hijab pada 1 Februari 2013 dan merasa sangat selesa dan bercadang untuk menerus pemakaian hijab selama sebulan. Dalam tempoh sebulan itu, tiba-tiba hatinya begitu meruntun untuk mendalami Islam. Dia mula membaca buku-buku mengenai Islam dan belajar membaca al-Quran. Dan tiga bulan selepas itu dia terus memeluk Islam walaupun pada mulanya dihalang oleh keluarganya, alhamdulillah....
 Jessica: Dulu dan sekarang

Cuma yang JR agak heran ialah mengapa ketika seluruh dunia menyambut WHD tapi di Malaysia seperti sunyi sepi? Tiada sambutan WHD...atau JR yang tidak mengetahuinya? Siapa yang ada dengar tentang WHD di Malaysia mungkin boleh berkongsi informasi...

Sebagai negara Islam elok sangat jika Malaysia juga menyambut WHD. Wanita-wanita yang mengaku beragama Islam tapi tak berpakaian seperti wanita Islam bolehlah mencuba memakai hijab pada hari itu, mana tahu Allah akan memberi hidayah untuk mereka memakai hijab selamanya selepas itu. Begitu juga wanita bukan Islam yang tidak memahami Islam boleh cuba memakainya, mana tahu akan lahir seorang, 10 orang atau 100 orang Jessica Rhodes selepas ini di Malaysia.

Kalau WHD disambut di Malaysia, orang yang paling sesuai merasmikan WHD Malaysia pastilah Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor. Betapa cantiknya dia jika berhijab pada hari itu....

9 comments:

  1. kalau tak baca N3 ni,saya tak tau pun wujudnya hari berhijab..

    ReplyDelete
  2. Btul kata kak kamsiah..sy pun baru tahu jugak...agaknya kat m'sia mrk merasakan tidak perlu kot..
    bkn setakat rosmah, siti hasmah pun patut dijemput jugak..:)

    ReplyDelete
  3. Waw...ayat2 diakhir kalam MR . Jr. Tu yang begitu mendalam maksud yang tersirat dan tersurat........tq sebab info ni baru jek tau.

    ReplyDelete
  4. Tahu tapi tak nampak..he..he..

    Apapun, terima kasih kerana sudi menyinggahi blog IM...

    ReplyDelete
  5. Baru mengetahui tentang hari hijab ni melalui blog rakan2...

    ReplyDelete
  6. Bunda pun pernah terbaca juga sumber berkenaan WHD ni...kalu tak silap dalam tv pun ada...

    Betul la... ramai kita yang tak sedar adanya hari ni... sebab kurang dedahan..

    ReplyDelete
  7. ayat last...hurmm...smgo terbuka hti..

    ReplyDelete
  8. Ada sambutan hari hijab sedunia ni. Kalau kat Lembah Klang ni, haritu diorg buat kat tasik titiwangsa oleh group Mizan (NGO). boleh check instagram wardina. Tp.. tu lah, tak diberi dedahan sgt. Yg dtg pun mungkin ramai yg dah berhijab sempurna (dr apa yg saya tgk kt fb page Mizan)...

    ReplyDelete
  9. Baru tahu, thanks, kita sambut meriah yea lawan valentine yang juga bualan feb. ni, kalai yang tu semua orang tau kan..sedih..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....