25 February 2014

Gajah Putih Dalam Tandas!!


Sapa tak terkejut bila dalam tandas nampak gajah. Dengan wajah ganas gajah putih itu berada di pintu, belalainya membelit mangga tak membenarkan orang masuk tandas.

Gajah putih dalam tandas!!

Ini tandas awam. Maknanya ia dibina untuk kegunaan orang ramai. Ia bukan tandas awam untuk perhiasan, dibina cantik sebagai bahan pameran. Mengapa tandas awam ini dikunci dengan mangga sebesar penumbuk lepas kontaraktor siap buat kerja pembaikan? Jangan jadikan tandas awam sebagai gajah putih, bukalah mangganya, ramai yang nak menggunakannya!

Dah dua minggu lebih Tandas Awam Taman Rimba (Taman Jubli Perak), Alor Setar dikunci dengan mangga oleh seseorang. Dah dua minggu lebih tandas awam yang baru dibaiki ini menjadi gajah putih. Dah dua minggu lebih juga sesiapa yang beriadah di Taman Rimba tak dapat menggunakan tandas yang berkunci itu. Kalau tandas ada dua atau tiga tak apalah juga. Ini tandas cuma ada satu, kemudian satu-satunya yang ada itu dikunci pula. Jika ada yang terkencing dan terberak di luar tandas awam itu bagaimana?

Awat la depa kunci...gatai tangan betoi!!

Bagi JR yang hampir setiap hari beriadah di Taman Rimba, JR sangat memahami masalah yang berlaku. Pernah tengok dua orang wanita Cina lari tergesa-gesa nak masuk tandas. Kemudian mereka berpatah balik dengan kecewa, seorang darinya dengan muka bekerut dan tangan memegang sesuatu di celah paha...agaknya dah tak tertahan nak kencing!

Akhir tahun lepas masa tandas Taman Rimba itu kotor kerana berbulan-bulan terbiar tanpa dicuci oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, JR naik angin lalu melaporkannya kepada wartawan Sinar Harian. Lepas masuk akhbar baru MBAS mencuci tandas itu sehari dua kali. Terima kasih wartawan Sinar Harian, Nurul yang memasukkan berita itu dalam akhbar.

Tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kini lepas masalah tandas kotor selesai, timbul pula masalah tandas berkunci.

Petang kelmarin JR dah telefon Nurul, wartawan Sinar Harian. Katanya dia akan datang pagi ini untuk menyiasat dan kemudian akan memaparkan berita mengenai tandas awam itu dalam akhbar.

Kepada MBAS, minta maaf jika berita tandas awam Taman Jubli Perak masuk akhbar lagi esok atau lusa. Kami yang hari-hari beriadah di sini dah 2 minggu bersabar. Masuk akhbar bukan untuk memburuk-burukkan MBAS, tapi demi rakyat (ewahhh...bunyi cakap macam pemimpin!), itu saja pilihan yang ada ....

9 comments:

  1. hahahaa..kasik masuk paper lagi JR...

    ReplyDelete
  2. kena buat report lagi la tu..baru ada action

    ReplyDelete
  3. Sakit mental agaknya orang yang mengunci tandas tu..bukan dia tak tau akan kepentingannya......ish...ish tak faham saya.

    ReplyDelete
  4. Apa pula yg dipikirkan orang tu sampai tandas pun nak dikunci...huhu

    ReplyDelete
  5. Huhu..ingt apa la tadi. Kasi terperanjat saja gajah putih tu..
    Kenapa kunci ye? Hmm...

    ReplyDelete
  6. Pergh. Terbaik la bro JR. Terus report paper je terus.

    ReplyDelete
  7. Awat tak repot kat MBAS dulu? Agaknya, tandas tu belum boleh guna sepenuhnya.

    Tapi, kekadang, report kat akhbar lagi cepat dan pantas hasilnya...

    ReplyDelete
  8. Saja jer kot dia orang nak GLAMER kan MBAS dan TANDAS AWAM tu selalu masuk akhbar...

    ReplyDelete
  9. seksa jiwa raga kalau nak gi membuang tandas plak terkunci. dah tu apa tujuan toilet tu dibina. kalau toilet tu ada air, dan pam tandasnya ok insyaAllah takkan kotornya. malas sangat nak cuci la tu sbb tu kunci.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....