01 February 2014

Fenomena Melayu Minta Sedekah Di Tokong Cina


Bila baca berita ini dalam SH tadi, hati JR berkata wartawan yang tulis berita ni mesti wartawan baru dan dia bukan orang Alor Setar. Kalau dia orang Alor Setar dia tak akan terkejut melihat ramai orang (kebanyakannya Melayu) beratur untuk mendapatkan angpau dari tokong Cina di Simpang Kuala, Alor Setar. Bila wartawan itu terkejut ramai orang kebanyakannya Melayu berkumpul untuk mendapatkan angpau di Tokong Cina, JR yakin dia bukan orang tempatan.

Sebagai orang Alor Setar, JR tak terkejut dengan berita orang Melayu dapat bantuan dari pihak tokong Cina. Ini kerana ia fenomena biasa yang bukan pertama kali berlaku di tokong itu. Sejak dulu pihak tokong Cina Simpang Kuala sering memberi angpow kepada orang miskin tanpa mengira kaum. Tokong Cina di tempat lain termasuk Tokong Sayur di Jalan Gangsa juga kabarnya beri bantuan yang sama juga.

Tiap-tiap tahun bila tiba Tahun Baru Cina ramai orang dari berbilang kaum berkumpul untuk mendapatkan angpow dari pihak tokong. Mereka berkumpul sejak malam lagi bagi memastikan mereka akan mendapat habuan pada pagi esoknya bila pengurusan tokong dibantu oleh tok sami mengagih-agihkan angpow kepada mereka yang memerlukan.

 Pelik, rumah ibadat penuh
Mereka beratur sejak malam...(sumber foto: SH)

Tidak hairan jika kebanyakan penerima angpow adalah orang Melayu kerana angpow itu adalah untuk golongan miskin. Secara kebetulan orang Melayu adalah kaum yang paling miskin di negara ini (walaupun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang adalah orang Melayu) dan kerana itu orang Melayulah yang paling layak menerima angpow dari pihak tokong..

Sebenarnya tokong Cina di Simpang Kuala memang terkenal dengan kemurahan hatinya. Mereka memberi bantuan tanpa mengira kaum dan agama. Pada setiap Jumaat ada pemberirian sayur percuma (tak pasti sama ada kangkong juga diberi percuma!). Pada setiap bulan pula orang-orang miskin akan diberi bantuan barang makanan asas termasuk beras dan gula. Syarat untuk dapat bantuan perlu mendaftar dengan pihak tokong. Asalkan mengaku miskin tanpa kira bangsa boleh dapat bantuan. Itulah apa yang JR dengar sejak dulu.

Mungkin ada yang berkata apa hukum orang Islam menerima bantuan daripada pihak tokong? Bagaimana dengan sumber bantuan? Tidakkah orang yang menerima bantuan ini terfikir sumber bantuan mungkin datang dari poket taukeh judi, taukeh arak, taukeh gerai daging babi atau taukeh ladang babi?

Masalahnya dengan orang-orang yang terdesak mereka sanggup melakukan apa saja asalkan diri mereka dapat makan dan pakai. Sekurang-kurangnya mereka tak susahkan orang lain dengan merompak, menyamun dan meragut.

JR agak kalau pihak gereja dan pihak kuil Hindu bagi bantuan, orang Melayu  pasti akan pergi serbu gereja dan kuil Hindu juga. Kalau pihak masjid bagi bantuan masjidlah yang diserbu. Tapi buat masa sekarang cuma pihak tokong Cina yang sanggup memberi bantuan mingguan, bulanan dan tahunan kepada orang miskin!

6 comments:

  1. hehee, ada lagi terselit perkataan kangkung kat sini!

    kalau tak silap, saya pernah terbaca pendapat yang mengatakan hasil daripada sumber yang haram (atau meragukan) tu halal jika disedekahkan. err, minta yang tolong betulkan. takut tersilap pulak.

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat jatuh martabat dan maruah orang melayu.....mentaliti melayu bersubsidi akan kekal hingga keakhir zaman....apakah?

    ReplyDelete
  3. boleh minta bantuan pusat zakat, tapi birokrasi skit la, macam2 borang kena isi, temuduga lagi... hurmmm

    sukar nak dipermudahkan kaedahnya sebab takut hasil zakat jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  4. jutawan melayu lbh suka berderma dgn cek yg besar bersama kamera depan mata ... tu sebab melayu miskin terpaksa meminta pada yg lain ... pusat zakat pun rm tak byk mana ...

    ReplyDelete
  5. kadang tu bila nak minta bantuan macam2 yang di tanyer mengalahkan nak minta keje....tu yang jadi macam ni

    ReplyDelete
  6. Ingatkan kat sini jer jiwa orang islam boleh dibeli ngan wang ringgit..rupanya kat tempat kita pun sama...cuma kena hati2 jugak ngan kebaikan pihak2 begini takut ade udang disbealik batu cam gereja2 kat sini..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....