Petang tadi JR pergi menghadiri satu majlis kenduri staff isteri JR di Pendang, Kedah. Lepas pekena nasi minyak, JR pergi mencari bubur kacang.
Ketika sedang memasukkan senduk berisi bubur kacang dalam mangkuk plastik terdengar perbualan beberapa orang yang sedang makan di meja berhampiran. Mereka bercerita tentang tragedi pembunuhan 3 gadis adik beradik di Alor Semela, Alor Setar di mana dua suspek telah ditahan polis dua hari lepas:
Yang paling menarik perhatian adalah bagaimana kes ini yang dah berlaku sejak sebulan setengah yang lalu dan polis selalu berkata mereka tidak menemui apa-apa penemuan baru, tiba-tiba kes ini dibuka semula hanya kerana sebuah mimpi.
Mengikut cerita yang JR dengar tadi (JR juga ada baca cerita yang sama dalam Sinar Harian), beberapa malam lepas bapa kepada aruah ketiga-tiga gadis itu, Rusdi Rani, didatangi mimpi. Dalam mimpinya Rusdi didatangi oleh anak sulungnya Nor Syafikah Nadia, 14 tahun, yang memberitahu siapa penyebab kematian mereka. Anaknya dalam mimpi itu meminta ayah mereka segera pergi menangkap orang yang membunuh dia dan adik-adiknya.
Berdasarkan mimpi itu, si-bapa telah membuat laporan polis dan memberitahu nama lelaki yang membunuh anaknya seperti diberitahu dalam mimpinya. Berikutan itu polis telah menahan dua orang lelaki. Kelmarin polis berkata mereka telah dapat menyelesaikan kes pembunuhan tiga beradik perempuan itu berikutan
penemuan beberapa bahan bukti pada suspek.
Soalnya bolehkah kita percaya roh si-mati berkeupayaan berhubung dengan manusia di dunia dan memberitahu siapa pembunuhnya?
Mengikut Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman, roh si-mati tidak dapat kembali ke dunia untuk berhubung dengan manusia yang masih hidup:
Jadi apa maknanya petunjuk di dalam mimpi yang ditemui si-ayah hingga akhirnya dua suspek itu berjaya ditahan polis selepas hampir dua bulan polis tidak menemui sebarang bukti?
Walaupun roh si-mati tidak mungkin dapat kembali untuk memberitahu siapa pembunuhnya, tapi Allah jua yang menentukan segalanya terjadi. Seperti firmanNya 'kun fayakuun' bererti bila Dia berkata jadi, maka terjadilah ia...
Saya lbh suka menganggap bahawa allah membantu memudahkan urusannya .
ReplyDeleteSaya tak tahu sangat pasal kes ini tapi pernah dengar citer ni kat tv. Alhamdulillah suspek telah berjaya ditagkap
ReplyDeleteKeadang yang pelik itu boleh jadi reaaliti...
ReplyDeleteSaya setuju sangat dengan IM.
Deleteapa yang buatkan saya sedikit bimbang nanti adalah semasa prosiding mahkamah. takut nanti si peguambela akan bangkitkan pasal mimpi ni dan mintak diketepikan. dah banyak kes sebelum ni yang terpaksa digugurkan atas sebab teknikal.
ReplyDeleteapa pun, saya yakin kali ni pihak pendakwa dah cukup bersiap sedia. dan kita semua berdoa supaya si pesalah akan terima balasan setimpal.
Boleh jer diterima akal oleh orang islam yang percaya akan kekuasan Allah..sebab bapaknya mmg ade buat solat hajat mintak petunjuk kan..lagipun itu mimpi bukannya communication dialam nyata..byk jer mimpi yg betul2 terjadi..wallahua'lam
ReplyDeletebetull tu apa apa kehenadak tuhan tak sapa yg dpt menghalang nya
ReplyDeletemisteri ni
ReplyDeletePetunjuk dr Allah berupa dlm mimpi....sy percaya tu..bknlah maksudnya roh tu dtg berkomunikasi...
ReplyDelete