07 January 2014

Nostalgia Roti Tahi Kucing


Tadi ketika singgah di sebuah kedai runcit tak jauh dari rumah JR untuk top-up maxis, ternampak biskut yang dah lama juga JR tak pernah jumpa.

JR agak kesal kerana tadi cuma pandang biskut tu tanpa terdetik perasaan nak membelinya. Kalau beli boleh juga diberi kepada anak-anak sambil beritau mereka, "Inilah biskut faveret abah masa kecik-kecik dulu.."

Balik rumah, search google, akhirnya dapat juga gambar biskut tu. Inilah rupa biskut tu:


Korang pernah tengok biskut tu? Bentuknya panjang dan sedikit melingkung, rasanya rapuh dan disalut dengan gula masak. Memang sedap! 

Apa orang tempat korang panggil biskut rapuh berbentuk panjang melingkung dan disalut gula itu?

Masa JR kecil-kecil di kampung dulu, biskut ni dipanggil roti tahi kucing

Untuk makluman korang yang bukan orang Utara, di Utara roti itu maksudnya biskut. Misalnya di Utara biskut marie dipanggil roti marie, biskut empat segi dipanggil roti empat segi..Jadi roti tahi kucing itu maksudnya biskut tahi kucinglah...

Mengapa ia dipanggil roti tahi kucing? Agaknya sebab rupanya kot kerana  memang saiz dan bentuknya seperti tahi kucing. Walaupun namanya sangat tak sopan, tapi fakta yang tak dapat disangkal ialah roti tahi kucing itu memang sedap rasanya. Tapi kalau untuk orang yang ada kencing manis tak boleh makan banyak-banyak roti tahi kucing nanti bacaan gula dalam darah meningkat pula..

JR tak pasti di tempat lain apa yang dipanggil biskut ini, tahi kucing juga ke..?

7 comments:

  1. Hu....hu..ditempat saya ni lah biskut tahi kucing...memang namanya agak tak menyelerakan tetapi rasanya nya enak.

    ReplyDelete
  2. saya tak penah makan. namanya pun first time ni saya dengar. hihihi~

    ReplyDelete
  3. tak ponah nampak bang. kalo roti kering biasa jumpa..yg ni xpenah plak jumpa jaman kecik2 dulu

    ReplyDelete
  4. hehe..entri kita hari ni mengenai kucing ya...saya tak pernah jumpa biskut tahi kucing tu...

    ReplyDelete
  5. Laa....tahi kucing ke namanya...sy biasa la dgn roti ni tp tak perna tau namanya...sekarang ni bagaikan dh tkde lagi roti ni...

    ReplyDelete
  6. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  7. If biskut org utara panggil roti,roti angpa panggil apa plak?just asking ;)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....