08 January 2014

Menjadi Pelakon Lebih Mulia Dari Menjadi Doktor??


Masa JR kecik-kecik dulu, kalau ditanya cikgu apa cita-cita kami, jawapannya boleh diteka. Kalau bukan doktor, jurutera atau juruterbang, pasti nak jadi cikgu. Ada juga yang kata nak jadi ketua polis, maksud mereka OCPD kot. Yang malas nak pikir pula kata nak jadi askar.

Tapi tak pernah pula dengar kanak-kanak zaman JR kecik-kecik dulu kata  mereka nak jadi pelakon atau penyanyi!

Tapi JR agak terkejut bila dalam satu kajian baru-baru ini mendapati kerjaya pilihan kanak-kanak Malaysia adalah untuk menjadi PELAKON! Ia berbeza dengan kajian sama pada tahun 2012 yang mendapati kerjaya pilihan kanak-kanak Malaysia adalah untuk menjadi doktor.

Nampaknya kerjaya pelakon sekarang lebih mulia dari doktor!


Apa yang istimewanya kerjaya pelakon hingga ia menjadi pilihan utama kanak-kanak Malaysia? Banyak lagi kerjaya profesional di dunia, tapi mengapa pelakon? 

Agaknya kerana TV kita banyak sangat menghidangkan rancangan hiburan berbanding rancangan ilmu kot? Buka saluran 1 drama, saluran 2 telemovie, saluran 3 pertandingan menyanyi, melawak...Hiburan, hiburan, hiburan, semuanya hiburan...

Memang ada rancangan ilmu termasuk agama di TV, tapi rancangan hiburanlah yang mendominasi TV kita, termasuk hiburan berbentuk realiti. Kadang-kadang lawak pula bila ibu bapa bagi sokongan tak berbelah bagi kepada anak-anak mereka yang masuk pertandingan realiti, hingga ada yang marah-marah bila anak-anak tak terpilih ke peringkat seterusnya. 

Mungkin ada ibu bapa yang lebih suka anak mereka jadi pelakon dan penyanyi dari menjadi doktor, jurutera, peguam, pendidik atau profesyen lain. Maklumlah jadi pelakon dan penyanyi senang dapat title Datuk (bagi yang lelaki). Yang perempuan pula mudah menjadi Datin selepas menjadi isteri Datuk X, Y atau Z......

9 comments:

  1. Nampaknya skrip di salah satu babak filem ibu mertua ku sudah tidak berapa relevant lagi..."siapa Kassim Selamat??"..hehe...

    ReplyDelete
  2. Saluran asstro ceria adalah antara penyumbangnya. Hehehee..

    ReplyDelete
  3. Sekarang kat tv terlalu banyak rancangan hiburan. Tak mustahillah ramai yg nak jadi artis. Tapi saya lebih suka kerjaya yg professional. Hehe

    ReplyDelete
  4. alaa...artis2 blaja takat SPM ja..tak payah perah otak kat U...untung2..VVIP atau kerabat raja tersangkut..

    ReplyDelete
  5. Kalau setakat jadi artis sangkut dan giler glamer jek baik jangan.......buat menyemak mata..

    ReplyDelete
  6. Banyak sangat dah rancangan realiti mencari bakat baru dekat tv tu. Mana la kanak-kanak tak terpengaruhkan. Apa la nak jadi masa akan datang agaknyakan.

    ReplyDelete
  7. Trend nak lahirkan pelawak pun makin membiak....persoalannya, lawak kah mereka? Dan kalau lawak, nak sendatkan industri hiburan dgn terlalu ramai pak lawak ke? :)

    ReplyDelete
  8. Sebab.... kalau jadi pelakon, semua profession pun kita dpt jadi. Boleh jadi doktor, boleh jadi pilot, boleh jadi penjual burger. Semua boleh jadi. So, takyah belajar rajin2 pun boleh jadi semua tu kalo jadi pelakon.

    ReplyDelete
  9. Kerja berlakon tu kalau bersentuhan pelakon lelaki dn perempuan,kdg ada yg smpai atas katil,yg peluk pinggang,yg dedah aurat...mulia ke tu....?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....