05 January 2014

Hanya Suami PENAKUT Beristeri Satu


Semalam JR pergi makan kenduri di rumah seorang kaya di daerah kami. Tuan rumah kenduri sebenarnya bukan saja kaya dengan harta (di depan rumah banglo besarnya selalu nampak tersidai 7-8 buah kereta mewah dan sporty), tapi dia juga kaya dengan anak. Maklumlah orang berkemampuan, isteri pun lebih dari satu, tak hairanlah jika anaknya ramai. Semalam 5 orang anaknya berkahwin serentak.

12 khemah di pasang di depan rumahnya. Ketika JR sampai pukul 1.30 tengahari, waktu puncak, orang sangat ramai. Akhirnya JR dan rakan JR yang pergi bersama makan kenduri dapat juga tempat di satu meja yang diduduki semuanya lelaki. Di sebelah JR seorang lelaki 40an yang berpenampilan agak kacak dan bergaya. Dengan badan tegap, hidung agak mancung, berambut kerinting dan agak panjang, sekali pandang seperti wajah seorang penyanyi yang sangat dikenali...

Ketika sedang menyuap nasi Arab bersama lauk daging rusa, ayam piru (ayam turki) dan daging kambing, seorang lelaki di sebelah lelaki bergaya itu berkata sambil ketawa: "Weeee...hang ada satu kuota lagi, bila pula nak isi?"

Rupanya lelaki berpenampilan bergaya itu beristeri tiga (masih ada satu kuota lagi...). Patutlah rupanya kacak dan bergaya...

"Adoiii..awat hang tanya pasai kuota pulak? Hang ada adik pompuan ka nak pekenai (nak perkenal) kat aku??" tanya lelaki bergaya itu diikuti ketawa tetamu lain di meja itu. 

"Saja tanya ja..." jawab lelaki yang bertanya itu, "Kot-kot la hang ada projek baru...hehehehehe"

"Cukuplah takat tiga dulu. Allah pun dah kata kahwinlah dua, tiga dan empat, kalau TAKUT tak adil cukup kahwin dengan satu ja. Bukan mudah oooiii bini tiga, banyak cabaran. Memang betoi kata-kata Allah untuk orang-orang PENAKUT macam kebanyakan orang, cukup kahwin satu saja, hanya orang berani boleh kahwin lebih.." katanya cuba buat lawak lagi.

Sebenarnya ini bukan kali pertama JR dengar orang bercakap bahawa lelaki PENAKUT hanya berani kahwin satu. Entah kali ke berapa JR dengar kata-kata itu, kebanyakannya dari mulut suami yang beristeri lebih dari satu. Pandai-pandai saja mereka guna ayat Quran untuk membenarkan perbuatan mereka. Dan mudah-mudah saja mereka cop orang-orang seperti JR yang cuma beristeri satu ini sebagai PENAKUT, kononnya Allah yang berkata begitu!

"Kahwinlah kamu dua,tiga dan empat jika kamu TAKUT tidak akan  berlaku adil memadailah (kahwin) satu sahaja." (Surah Al-Nisa': Ayat 3)

15 comments:

  1. kawen anak 5 sekali gus yg keluar kat paper tu ker ?...
    bab kawen byk no komen... minta dijauhkan....

    ReplyDelete
  2. IM pun takut nak kahwin lebih dari 1. hat satu ni pun dah letih...he..he..

    ReplyDelete
  3. Berani dan yakin nampaknya mereka boleh berlaku adil & menegakkan hukum Allah...semua tuh akan ditanya nanti..cakap atas dunia mmg lah senang nak kawen byk2..

    ReplyDelete
  4. Mentang-mentanglah dia MAMPU dan BERANI noo..

    ReplyDelete
  5. sapa org kaya tu JR? Kaya betul....

    memandai tafsir ayat Quran, utk kepentingan sendiri..

    ReplyDelete
  6. Amboih, dasat kenduri 12 khemah. Lauk pon daging rusa, turkey dgn kambing. Kalo saya gi kenduri ni, mesti saya mati kutu nak makan apa.
    JR penakut mcm suami saya juga la kot. Doa saya agar terus la dia jadi penakut. Huhu.

    ReplyDelete
  7. kawen satu je sbb TAKUT pd Allah... takut nak menjawab kat sana nnt... banyak tu tanggungjawab pd isteri-isteri... pada anak-anak... berkait lagi dgn jiran2...ahli keluarga yg lain lagi nnt... bukan lelaki PENAKUT... skrg bole la ckp besar... esok2 nnt... ;)

    ReplyDelete
  8. eh, ni kenduri kahwin yang masuk paper tu ke? heheheee...

    ReplyDelete
  9. Angkut betul kenyataan dia. Huhu

    ReplyDelete
  10. Biasa lah.... orang lelaki kalau berasa terlebih duit akan pula terlebih feelingnya....seram tak rela dimadu.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya saya takut kaya dgn duit...berkali2 dia pesan cari duit tu bersederhana sudah...nampak tu mamaD juga takut mcm saya..sesama takut sebenarnya. :)

    ReplyDelete
  12. org lelaki tk fikir yg perempuan nk diorg sbb duit bkn sbb diri diorgkan...?kenapa org lelaki yg berduit lebih tu x fikir mcm tu.,?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....