27 January 2014

Cikgu Dulu Dan Cikgu Sekarang


Masa zaman persekolahan JR di tahun 1970an dulu, cikgu-cikgu masa tu sangat garang. JR yang tak nakal sangat ni pun (ewah..puji diri sendiri), banyak kali juga kena denda. Yang nakal peringkat ekstrim macam kawan JR yang bernama Latip Boroi tu apa tah lagi, boleh dikatakan hari-hari kena denda.

Denda yang cikgu bagi zaman dulu pula bukan macam denda zaman sekarang. Setakat disuruh makan kertas pada muka surat yang jawapannya salah kira hukuman yang sangat-sangat OK lah. Makan kertas bukan sakit pun!

Yang paling tak tahan bila cikgu rotan setiap kali salah walaupun cuma satu jawapan. Kalau matematik 10 soalan misalnya, setiap satu kesalahan akan kena satu rotan, kalau salah semua 10 soalan siaplah belakang berwarna jalur gemilang merah lepas kena 10 rotan. Kadang-kadang cikgu hukum untuk satu jawapan yang salah, cikgu denda dengan berlari keliling padang sekolah satu pusingan sambil menjunjung kerusi. Bayangkan jika 10 jawapan yang salah, dengan badan kecik seusia 10 tahun macam nak tercabut nyawa kena lari keliling padang 10 pusingan sambil menjunjung kerusi.

Pernah juga kami diikat pada satu tiang di luar sekolah dan kemudian dirotan macam banduan kerana tak buat kerja rumah yang dibagi cikgu.

Yang paling tak tahan bila kena kurung dalam stor di bawah tangga sekolah. Ini cara hukuman cikgu seni jika tak bawa barang untuk subjek seni. Dengan suasana stor yang gelap gelita, berabuk lagi, rasa macam nak pengsan kerana tak dapat ruang udara yang cukup terkurung di dalamnya. Bukan 1 minit kena kurung, bukan 10 minit, tapi 40 minit kena kurung dalam bilik gelap. Bila dilepaskan cikgu, rasa mata macam blur sekejap, badan pula habis basah berpeluh.

Walaupun kena pukul cikgu, kena tampar, kena rotan, dimasukkan dalam bilik gelap yang kotor dan berabuk, budak-budak zaman itu bila balik ke rumah tak pernah mengadu kepada ibu bapa mereka. Kalau mengadu kepada ibu bapa bahawa cikgu pukul di sekolah, bapa JR yang garang itu akan tambah beberapa pukulan lagi di rumah. Kalau mengadu cikgu kurung dalam bilik gelap 40 minit, bapa akan kurung dalam bekas simpan padi di luar rumah selama 40 minit lagi. Sebab itu kami tak berani mengadu kepada ibu bapa. Pada pandangan ibu bapa zaman dulu, teacher is always right!

Betapa beruntungnya murid-murid zaman sekarang:



Terima kasih cikgu kerana layanan tegas dan keras kamu telah menjadikan kami manusia yang berani dan tabah dalam menghadapi dunia yang kejam ini...

9 comments:

  1. saya bkn rasis...tp...kenapa yg dua org lg tu tak kena denda..:P

    ReplyDelete
  2. saya nak komen lebih2 bab ni pun tak berani sgt jr. sbb anak saya kecik lagi. mana la tau bila anak saya dah masuk skolah nnt saya pun sentap takleh terima kalau cikgu denda anak saya ke. nauzubillah. insyaAllah harapannya agar anak saya jenis yang tak perlu didenda utk jadi cemerlang.

    mcmn ye mentaliti ayah2 zaman dulu. kenapa berbeza dgn zaman skrg ye. saya tahu mereka sygkan anak. tapi, kagum betul dengan hati kering mereka yang tak manjakan anak. pendapat peribadi saya la kan.... zaman dulu, ibu bapanya humble. mereka tahu mereka tak pandai. cikgu disanjung tinggi. jadi, apa yang cikgu lakukan demi utk mendidik anak mereka, mereka akan sokong. tapi zaman sekarang ibubapa ramai yg kerjanya hebat2 jauh lagi bagus daripada profession cikgu tu sendiri, jadi mungkin ego menebal bila anak mereka yang mereka rasakan cerdik dan sempurna tu dimarah org yang lebih 'low class' drpd mereka yg tak pernah marahkan anak mereka pun.

    amboii... panjangnya komen aku.

    ReplyDelete
  3. Agak saya isu ini jadi besar sebab guru itu Cina dan murid itu Melayu (India Muslim).Kalau guru Cina hukum murid Cina tak akan jadi isu.Macam bulan puasa dulu ada guru Melayu minta murid bukan Melayu makan dalam tandas ia jadi isu tapi kalau guru Melayu suruh budak Melayu makan dalam tandas tentu ia tak jadi isu.

    ReplyDelete
  4. Agak2nya zaman ini murid terlalu manja kot......bila didenda sikitbalik mengadu dengan parents tapi kepada guru sekoah pun bla nak beridenda pun kena hati2 dan ikut peredaran zaman......saya puntak berani nak komen lebih2 sebab ada anak yang masih disekolah rendah.

    ReplyDelete
  5. Yg sedihnya anak cina yg sama kesalahannya tidak pulak didenda.klau guru SMK buat begitu pada bangsa mereka anda semua fikir apa tindakan mereka....

    ReplyDelete
  6. zaman dulu cikgu denda takde lah macam ni...
    kalau dulu paling takut bile cikgu cubit perut..azab..

    ReplyDelete
  7. Bacs tulisan Dr Ridhwan Tee..mungkin ada keinsafan untuk kita orng melayu islam..

    ReplyDelete
  8. Dulu selalu jugak kena marah gan cikgu tapi tak pernah mengadu huhuhu takut kena marah balik...kikiki

    ReplyDelete
  9. Hehehe..rs nak tergelak tringat zaman2 kena denda dulu..tp biasanya sbb bercakap dlm kelaslah...
    tp kalau diikut dalam islam bolehlah mendenda teruk2 sewaktu mengajar?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....