15 December 2013

Tol Naik: Ada Aku Kisah???


Kononnya harga tol akan naik pada tahun depan. Itu kata Menteri, jika Menteri bohong, bohonglah JR:
 

Kalau tol naik, korang marah tak?
Aku tidak marah, tidak sama sekali!!

Kenapa aku mesti marah kerana kata Menteri kenaikan itu tak membebankan rakyat.
Kenapa aku mesti marah kerana kata Menteri tol dinaikkan sebagai tanda kerajaan bersikap adil kepada rakyat.


Kenapa aku mesti marah tol naik
yang naikkan tol itu kerajaan yang aku pilih dalam pilihanraya lepas
jadi mengapa aku mesti marah dengan pilihanku sendiri?

Sekarang semuanya naik
minyak naik
gula naik
tarif letrik naik
gaji YB-YB mungkin naik
semuanya naik
jadi mengapa aku kisah jika tol juga naik??

Jangan marah bila tol naik
nanti Menteri kata: 
siapa tak nak bayar tol
ikut jalan lama
atau naiklah basikal
jika nak nampak unik naiklah kereta lembu
jika nak nampak stylo naiklah kapcai
jika nak nampak gagah jalan kaki saja
pilihan di tangan anda
mengapa degil nak naik kereta juga?

Aku tak kisah minyak, gula, letrik dan tol naik
aku tak kisah semua barang naik
aku kena belajar kurangkan makan
mereka kata barang naik baik untuk kesihatan
gula naik kurangkan kencing manis
letrik naik kurangkan kes renjatan letrik
biarlah semuanya naik
pasti nanti perut aku makin susut dan slim
tapi tolong doakan perut aku tidak kembung
kerana lebih banyak sedut angin dari makan nasi.

Nota: ramalan kawan JR minggu lepas tepat, dia kata mesti ada benda besar lagi yang akan naik, sebab itulah hari-hari TV buka cerita tentang Syiah, Syiah dan Syiah, supaya rakyat beri tumpuan kepada Syiah dan dapat lupakan isu lain yang lebih besar di depan mata. 

Rupanya tol nak naik...patutlah!!!

8 comments:

  1. Kalau boleh, Karpal Singh tu pun nak dikata org Syiah..hahaha

    ReplyDelete
  2. Kata thun dpn smua naik..... ujan jek turun

    ReplyDelete
  3. Hmm..nak marah pun yg lebih bersalah adalh golongan2 yg me memilih kerajaan nie...they should the lesson..kalau pilih lg in the next PRU mmglah rakyat kita tak kesah dengan penindasan begini...
    syiah tuh dah berkurun kenapa br skrang nak perbesarkan..

    ReplyDelete
  4. klu pembangkang yg memerintah , ada guarantee ke semua tuh tak naik ? Bagi saya , sapa pun yg memerintah , perkara seperti tu mmg x dpt nak elak . lbh mudah rakyat fikirkan alternatif lain . Guna motor tak yah byr tol dan jimat minyak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kat sini tak boleh bg guarantee tapi bapak2 menteri mesti boleh bg guarantee punya. Dulu sebelum PRU 13, dalam akhbar tersohor negara ada sebut "SiPolan jamin harga minyak tidak akan naik selepas PRU". Siapa kata perkara itu tak dapat dielak? Mesti boleh elak punya..mesti ada cara untuk tidak membebankan rakyat. Ada orang kata Kelantan negeri miskin tapi menterinya tak takut pon untuk mansuhkan tol. Saya juga dapat merasai air percuma sebanyak 20 meter padu di negeri Selangor, tiap-tiap bulan bil datang RM0.00. Alternatif apakah yang paling berkesan untuk rakyat? terutamanya yang berpendapatan rendah yang hidup dibandar besar seperti di KL?

      Delete
  5. Jay Ar...naik motor tk kena tol ye jar ar...kalau anak jay ar ada lima...nak bawa mcmana?isteri lagi...adoiiiiii..........ini yg buat saya rasa nak naik ni...naik angin...haahaha......

    ReplyDelete
  6. kat kita takde tol lagi....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....