30 December 2013

Mentaliti Kelas Tiga Orang Malaysia


Pagi tadi ketika sedang beratur untuk membayar harga makanan di sebuah gerai di Jalan Datuk Kumbar, seorang wanita berusia 30an berjalan dari depan menghampiri JR. Di depan JR ada seorang pelanggan sedang menjelas bayaran, manakala di belakang  ada 4-5 orang, semuanya lelaki sedang berbaris menunggu  queue untuk membayar harga makanan.

Ketika JR menghulur wang, wanita di depan JR yang memotong  queue itu juga turut menghulur wang. Tapi kakak jaga gerai mengambil wang JR kerana mungkin dia perasan JR yang lebih dulu berada di situ.

Ketka JR nak beredar kakak jaga gerai mengambil wang wanita si-pemotong queue itu...

"Amboi, amboi, amboi, mudahnya dia....masuk tak bagi salam, potong queue terus nak bayar. Tak nampak ka barisan di depan ni? Bukan dia saja sibuk, semua orang lain juga sibuk ada kerja, ikutlah queue.." kata lelaki berbadan sasa yang tadi berdiri di belakang JR dengan suara macho yang agak kuat, garau dan lantang. 

Tapi JR tengok wanita itu buat macam tak kisah aje. Lepas membayar, tanpa meminta maaf kepada mereka yang sedang  queue dia terus blah

Dalam hati JR berkata agaknya wanita tu pekak kot, sebab tu suara lantang lelaki berbadan sasa itu tak dihiraukannya. Dia juga mungkin ada masalah penglihatan, sebab tu dengan selamba dia potong  queue tanpa ada rasa bersalah.

JR tak pasti sama ada kakak jaga gerai tu sedar atau tidak wanita itu tak ikut queue. Mungkin matanya asyik mengira duit, tak sedar siapa pelanggan di depannya. Mungkin juga dia sedar tapi saja tak mau buat kecoh kerana nak jaga hati pelanggan yang tak ikut queue itu. Tapi jika dia nak jaga hati seorang pelanggan, bagaimana pula dengan hati 4-5 pelanggan lain yang sedang menunggu giliran?

Ini bukan pertama kali JR berhadapan dengan situasi ini. Pernah juga tengok  pelanggan yang tak ikut  queue  ditegur oleh cashier, tapi ada juga cashier seperti kakak gerai tadi yang buat tak kisah aje..

Bukan tak boleh seseorang tu potong queue atas sebab-sebab emergency yang tak dapat dielakkan, seperti nak terberak atau terkencing sangat-sangat ke, nak pergi merawat orang yang sedang nazak yang jika terlewat sesaat boleh menyebabkan orang tu mati ke atau rasa nak beranak sangat-sangat atau apa sajalah alasan tak logik lain. Yang penting minta izin orang di depan, bukan terus potong queue dengan selamba begitu saja...

Kononnya pada 2020 Malaysia akan mencapai tahap negara maju. Tapi sesetengah anggota masyarakat kita nampaknya belum bersedia lagi dari segi mental untuk menjadi manusia dari negara maju...

13 comments:

  1. Selalu jer jumpa orang macam ni. Dah menjadi budaya kita kot, even kat jalan raya pun orang lain dah beratur panjang2., dia sedap2 potong queue terus kat depan.

    ReplyDelete
  2. He...he...kononnya...memang kita makan hati dan jiwa kacau apabila kita dah dalam barisan menuju kekaunter tetiba jek ada makluk tuhan dgn selamba badak jek potong queue....dlm hati.....ahhh...sebenarnya memujuk hati...berprasangka baik kut2 hamba Allah nie nak berak kut....dah byk ali terjadi kat saya.

    ReplyDelete
  3. benda macam ni, kalau dah nama orang malaysia memang perkara biasa. tua, muda, lelaki, perempuan... semua kita pernah jumpa!

    ReplyDelete
  4. biasa juga jumpa dgn keaadaan nii....geram pun ada juga,saboo je laaa

    ReplyDelete
  5. potong "q". tak tahu macam mana nak cakap.
    potong "q" kat kaunter ke atau ket jalan raya ke, apo yang di kejar tak tahu lah.

    ReplyDelete
  6. selalu macam ni..kadang2 tu sabo ajelah..
    peniaga pula biasanya buat2 tak nampak..

    ReplyDelete
  7. geram..lebih2 lagi kalau dia buat muka selamba,mcm tak bersalah ja...

    ReplyDelete
  8. Itu bkn minda kelas ketiga..itu minda langsung takde kelas gitu...hehehe.....

    ReplyDelete
  9. perkara mcm ni memang selalu terjadi..hurm..semoga mereka sedar

    ReplyDelete
  10. Kita tak mudah nak ubah sikap buruk orang seperti juga bukan mudah nak ubah sikap buruk sendiri.

    ReplyDelete
  11. Mentaliti tu la masalahnya. Kalau dia mintak izin, rasanya akan ada jer orang yang akan bagi. Macam saya dulu, pernah je ada sorang nyonya mintak potong que sebab emergency, saya bagi je sebab dia mintak cara elok. Kalau kurang ajar, mau terduduk jugak kena karate jam-jam itu.

    ReplyDelete
  12. Part mentaliti ni yang paling payah dengan org malaysia ni JR. Bukan kat gerai makan je. kat jalanraya pun sama. Belum cerita pasal kebersihan kat toilet.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....