25 December 2013

Bukan Tsunami, Tapi Inilah Puncanya Ikan Lari


Kelmarin banyak laman sosial bercakap tentang ikan tamban yang tiba-tiba beramai-ramai mendarat di pantai Lahad Datu. Ada mengaitkannya dengan kejadian beberapa hari sebelum tsunami pada 2004, di mana banyak ikan lari ke pantai kerana terkejut dengan getaran kerak bumi di tengah laut.

Tapi mengikut kenyataan Jabatan Meteorolgi Malaysia hari ini, pihaknya tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu yang boleh menyebabkan ikan-ikan lari ke pantai.

Jadi jika bukan kerana petanda getaran kerak bumi dan tsunami, mengapa ikan-ikan di tengah laut lari ke pantai?

Tadi tengok TV, ada teori yang mengatakan ikan-ikan itu terdampar ke pantai bagi melarikan diri dari mangsa ikan jerung dan lumba-lumba di tengah laut. 

Kalau tanya JR, JR pun boleh buat teori juga: JR akan kata mungkin ikan-ikan tu saja buat rombongan melawat pantai kot?? Maklumlah bulan Disember, bulan orang bercuti, ikan-ikan pun nak bercuti juga. Asyik menyelam di tengah laut aje, mesti boring...sesekali ikan-ikan tu nak juga main-main di pantai kan??

Dalam kita berteori tentang fenomena pelik tanpa jawapan konkrit, kita seperti  terlupa satu fakta: apa pun yang berlaku di dunia ini adalah dengan keizinan Allah jua.

Kadang-kadang kita terlupa Allah menggunakan bahasa alam untuk berbicara dengan kita, untuk mengingatkan kita yang sering alpa ini tentang kebesaranNya...Allah dah berkata 'kun fayakun': bila Aku kata jadi, maka jadilah. 

Bila Dia mengutuskan ikan ke darat bagi menunjukkan kekuasaanNya, bertempiaranlah ikan ke darat, walaupun tanpa getaran kerak bumi dan tanpa dikejar ikan pemangsa...

8 comments:

  1. apa pun sbb n alasan , segalanya atas asbab kuasa Allah .

    ReplyDelete
  2. kalau tiada jawapan cakaplah tiada jawapan.. "kami masih bingung dengan fenomena semalam. Subhanallah"

    Jawapan bodoh macam ni siapa pun tak percaya. Mana pergi orang cerdik di Malaysia ni...

    ReplyDelete
  3. Kita sebagai hamba Allah , bersama2lah renung2kan .....benar kata JR bila Allah kata kun fayakun ....maka jadilah....

    ReplyDelete
  4. ramai yg mengunakan medium sosial utk menimbulkan suasana panik..

    ReplyDelete
  5. Bila jadi kejadian pelik macam ni baru la manusia ni nak sedar diri. Kalau tak semuanya lalai je.

    ReplyDelete
  6. kejadian mcm tu buat kita rasa berdebar. Maklum saje la... Hari ni pon dah 26hb 12. Biasanya bencana dtg pada tarikh ni. Huhu...

    ReplyDelete
  7. Ironinya masyarakat kita ni JR....bila timbul perkara pelik..baru nak kagum dengan kekuasan Allah...sedangkan hari2 kita patut kagum& tunjukkan rasa kagum itu dgn bersyukur padaNYA..tubuh badan kita ini sendiri, sebagai tanda kekuasaanNYA

    ReplyDelete
  8. Setuju..kun fayakun...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....