24 December 2013

Berita Jamban: Terima Kasih Nurul!!


Memang JR dah tak boleh tahan lagi. Dah lebih sebulan bersabar, jika orang lain diam, biar JR yang bertidak!

Dah pesan kepada orang yang bekerja dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), bisik-bisik la sat kat boss depa supaya tengok-tengok Tandas Awam Taman Rimba (nama rasmi Taman Jubli Perak) tu. Tapi macam kata pepatah Melayu seperti telinga kuali, cakap macam mana pun tiada tindakan diambil.

Bayangkan jogger tegar macam JR yang hari-hari berjoging di Taman Rimba Alor Setar. Kadang-kadang kerana terlebih minum sebelum joging (JR memang selalu minum segelas air kosong sebelum joging), pundi-pundi kencing memang terasa cepat penuh. Apa lagi berjoging 6 km, pundi-pundi tu bergoncang selalu menahan hentakan kaki, memang kadang-kadang terasa sangat-sangat nak ke bilik air.

Tapi bila jenguk tandas awam Taman Rimba, aduhai.....tak tergamak nak masuk!

Bau hancing dan busuk tandas awam itu sungguh menusuk hidung. Buka pintu ternampak ketul-ketul emas aka najis kering bersepah di dalamnya. Plastik, sampah, botol air, daun-daun kering bertabur merata-rata. Bila nak basuh tangan, air pun tak ada! Patutlah tandas dipenuhi ketul emas kering!!

Yang herannya dalam keadaan sebusuk, sehancing dan sekotor itu masih ada yang sudi-sudikan diri masuk untuk  buang air. Tabik spring untuk mereka yang sanggup bertarung dalam kebusukan yang maha dahsyat itu bagi melepaskan hajat.

Agaknya mereka yang masuk tandas awam tu dah memang kes betul-betul emergency kelas A kot. Bagaimana mereka berak dan kencing dalam keadaan itu, agaknya mereka pakai hentam pancut dan teran saja atas najis orang lain yang bertakung di situ?

Masa sebelum pilihanraya dulu Tandas Awam Taman Rimba ini ada penjaganya. Pekerja MBAS (seorang pak cik) sentiasa mencucinya. Memang ketika itu JR selalu juga guna tandas awam tu, kalau tak pergi buang sisa-sisa yang mahu keluar dalam tubuh, pergi cuci muka dan basuh tangan lepas selesai joging. Lepas pilihanraya tandas awam ini diswastakan. Ada seorang wanita India yang kadang-kadang ditemani oleh anaknya yang membersihkan tandas awam itu dengan dikenakan bayaran 30 sen. Bagi pengguna-pengguna yang selalu ke situ, tak kisahlah dikenakan 30 sen atau 50 sen, yang penting tandas itu sentiasa bersih dan terjaga.

Tapi sekarang dah sebulan lebih tandas awam itu terbiar. Busuk, hancing dan tersangat-sangat kotor. Wanita India itu tak nampak batang hidung lagi. Tak kan dia bercuti ke India kot???

Kerana dah tak tahan dengan pihak MBAS yang nampak macam tak buat apa-apa, lepas joging pada pagi hari Ahad lepas, JR terpaksa mendail nombor telefon wartawan Sinar Harian (SH) Kota Setar bagi melaporkan kisah Tandas Awam Taman Rimba itu. Wartawan Sinar Harian bernama Nurul Hidayah berjanji akan pergi ke situ untuk menyiasat pada petang itu juga. Nurul ajak JR menunjuk tempat tandas awam tu, tapi petang Ahad JR tak senang..Wartawan SH tu kata tak pa, dia boleh pergi sorang..

Alhamdulillah,  bila buka SH pagi ini, terlihat berita mengenai tandas awam itu telah tersiar dalam SH (baca di sini...). Tak sia-sia JR telefon Nurul SH hari Ahad lepas..

Semoga selepas ini pihak MBAS akan bertindak meletakkan pekerja bagi menjaga tandas awam itu.

Terima kasih Nurul!

10 comments:

  1. Ayat yang paling tak leh blah....emergency kelas A.......he...he...he...syabas j r . Anda seorang warganegara malaysia yg sejati .

    ReplyDelete
  2. Wah..JR rupanya yg buat aduan. Mmg ada terbaca kat fb pagi tadi. Syabas! Rakyat prihatin dan proaktif.

    ReplyDelete
  3. baru semalam akak saya cakap ; " panggil Karam Singh Walia jer baru dia org nak ambil tindakan "

    ReplyDelete
  4. emmm..teruk la camtu..ish..

    ReplyDelete
  5. Nak komen dl baru baca sinar harian..heheh..
    kalau tandas seteruk tuh mmg sy pun tak berani nak masuk dekat2 takut termuntah..apsal takder pihak yg amek tanggungjawab..mungkin pompuan india tuh pun tak dibayar gaji kot yg tak dok lama situ tuh...

    ReplyDelete
  6. kalau hancing dan jijik macam yg digambarkan, mau sy termuntah atas bawah nih..haha

    ReplyDelete
  7. tahniah dan terima kasih jugak pada abang JR!

    emergency sangat tu, mungkin tuan punya badan tak masuk. tu yang hasilnya berterabur kat dalam! ceh!!! baik pergi stesen minyak terdekat daripada buat benda tak senonoh macam tu...

    ReplyDelete
  8. Belum habis baca pun dah dapat bayangkan ketul2 emas dan kehancingan yang diceritakan..

    bahkam rasa loya nak termuntah pun ada walaupun tak berada dilokasi...

    Kalu bunda bukan saja tak jadi masuk...malah takkan datang lagi ...

    ReplyDelete
  9. Masalah tandas kotor & menjijik kan ni, mmg masalah negara...hahaha...Memang memalukan, sebuah negara Islam, tapi tak amalkan kebersihan...Tandas awam di Zoo Sydney yg saya pergi, jauh lebih bersih dari tandas R&R PLUS highway kita..

    Syabas JR...kerana prihatin..
    Kalau dah keluar paper, esok lusa ada la usaha tu..
    Kalau nak lebih cepat tindakan, JR ajukan pada pihak Pembangkang di Kedah tu....Bila Pembangkang komplen, soheh BN sepantas kilat bersihkan...bahahahaha

    ReplyDelete
  10. Daddy Ziyyad , saya plak di selangor . Selangor yg dah penuh dgn sampah...tak de org ambil peduli.....tandas pun tak payah citer. So Bn ke pr ke 2 x 5 jer sb semua tu org melesia. Memang dasar pengotor!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....