JR marah sangat bila membaca berita ini. Tak patut sungguh!!!
Semoga mereka yang menyebabkan kematiannya akan menerima pembalasan dari Allah.
Dia telah berkorban dengan meninggalkan keluarganya, keluar dari agamanya untuk memeluk Islam dan tinggal dengan keluarga angkat yang boleh membimbingnya.
Tapi itulah pembalasan yang diterima oleh gadis mualaf bernama Nur Salina Abdullah itu: baru memeluk Islam 10 bulan yang lalu, dia akhirnya didera hingga mati. Pihak Hospital Langkawi menemui begitu banyak kesan lebam di seluruh tubuhnya akibat didera.
Pihak polis kini masih menahan pasangan keluarga angkat Nur Salina yang dipercayai terlibat dalam penderaan ini.
(Berita penuh di sini...)
Memang tak semua orang Melayu yang sanggup melakukan kekejaman itu. Itu betul. Tapi bagi orang-orang yang tak faham, mungkin akan membuat tanggapan bahawa orang Melayu memang tidak melayan baik saudara-saudara yang baru memeluk Islam. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit..
Walaupun ayah Nur Salina, Nai Koi See menyatakan dia redha dengan kematian anaknya dan meminta pihak berwajib menyempurnakan mayat anaknya secara Islam, tapi berapa ramai orang bukan Islam yang boleh menerimanya?
Bayangkan jika terdapat gadis Melayu yang menukar agama dari Islam ke agama lain, tinggal dengan keluarga angkat bukan Islam, kemudian keluarga angkatnya mendera gadis Melayu itu hingga mati. Apa agaknya yang terjadi selepas itu? Pasti heboh satu Malaysia, hari-hari berita kematiannya diulang tayang di TV dan banyaklah NGO yang tak ada kerja akan buat laporan polis beramai-ramai. Ada pula yang mungkin beramai-ramai akan buat demonstrasi meminta keadilan.
Tapi untuk kes Nur Salina?
Nur Salina Abdullah
Al-fatihah untuk Nur Salina Abdullah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...
Al Fatihah . Geram jugak nih , patutnya bimbing dia bkn dera -,-
ReplyDeletemana pergi sifat kemanusiaan . hm
bkn bayi ja kena dera ya...
ReplyDeletetp kenapa dia tak melarikan diri atau melapor pihak berkuasa sbb dah lama dia didera..
Minta maaf, tapi support group utk revert muslim di negara kita sgt mengecewakan....Ramai revert yg bermasalah tidak tahu kemana hendak dituju...
ReplyDeleteAl-fatihah , memang jahat mereka tu , semoga mereka mendapat pembalasan yg setimpal.
ReplyDeleteKalau dah tak suka tu kenapa nak amik Allahyarham sebagai anak angkat? Ada sesape paksa ke? Tak baik betul buat macam tu.
ReplyDeletealfatihah.. sedihnya cikda baca kisah nih...
ReplyDeletekecewanya rasa..
Alfatihah..
ReplyDeleteatas dasar apa mereka mendera nursalina nie..dahlah dia nie masih muda lagi..mmg tk patut btul..takder sifat kemanusian langsung ..patutnya dididik n ditunjukkan contoh yg baik..ini didera
Astaghfirullahalazim...sanggup tu..apalah salah budak tu..
ReplyDeleteMoga arwah ditempatkan bersama2 hambaNya yg soleh.....al Fatihah....