19 November 2013

Nasib Baik Hantu Nabila Tak Saman Mereka


Akhirnya misteri Villa Nabila, Johor Bahru yang heboh di media sosial semalam berakhir. Akhirnya remaja 16 tahun bernama  Mohamad Izzat Izzudin Hussin yang dikatakan hilang disembunyikan 'hantu' itu ditemui semula awal pagi tadi. Yang lawaknya dia hilang bukan kerana disorok hantu di dalam Villa Nabila, tapi dia sebenarnya berada di rumah rakan bersama teman wanitanya di Flat Desa Mutiara 4, Johor Bahru. Seperti yang dilaporkan mStar, Izzat memberitahu dia terlupa memberitahu ibunya di mana dia berada..

Norhayati Mohamad, 38, memeluk anaknya Mohamad Izzat Izzuddin Hussin, 16, yang ditemui selamat di sebuah rumah seorang rakannya di Taman Desa Mutiara, Johor Baru.
(foto: mStar)

Jadi begitulah ceritanya, ditemui bersama teman wanita. 'Terlupa' pula beritau ibu bapa di mana berada. Mengapa sampai terlupa? Menyusahkan ibu bapa, menyusahkan polis saja....

Kesian kepada 'hantu' di Villa Nabila itu. Tak pasal-pasal 'hantu-hantu' itu difitnah menyembunyikan remaja itu. Kalau 'hantu-hantu' itu cerdik sedikit, mereka akan cari peguam untuk mendakwa pemilik-pemilik media sosial di mahkamah atas tuduhan memfitnah hantu

Nasib baiklah hantu iblis tak secerdik manusia, jika tidak, ada le pemilik media sosial yang kena saman, kena bayar gantirugi saman fitnah berjuta-juta ringgit kepada 'hantu-hantu' itu....hahahaha.

Soalan cepu emas: Siapa yang sebenarnya menjadi 'hantu' dalam insiden di Villa Nabila itu? Iblis yang memang wujud di dunia ini atau remaja-remaja yang berada di luar rumah bercampur lelaki perempuan di tengah gelap gelita di malam buta????

Nota Kaki: Dah terjah ke blog ni ke?:


http://fashiontrendzshop.blogspot.com/
                                            

16 comments:

  1. Hahaha, agak la.

    Budak-budak ni bikin kontroversi jer. Orang yang sebarkan berita palsu ni pun masalah jugak.

    ReplyDelete
  2. gempak satu malaya..
    macam2 lah bebudak ni..
    kawan2 lari lintang pukang dek histeria, dia ke tempat lain pulak..

    ReplyDelete
  3. dah tiba masa hantu2 semua keluar untuk bergaul dengan masyarakat manusia yang lebih hantu daripada mereka. kalau dapat berkawan dengan lawyer pun bagus. filem2 sekarang banyak pakai nama mereka. dapat jugak royalti. hehehee...

    ReplyDelete
  4. Ntah bagaimanalah perasaan seorang emak dalam berhadapan dengan kemelut ini...

    . anak hilang
    . dah jumpa rupanya berkesedudukan dengan anak dara orang
    . heboh pula dalam media

    IM tak boleh bayangkan bagaimana emaknya akan berdepan dengan masyarakat

    Masyarakat hanya tahu bercakap simpati tanpa empati...

    ReplyDelete
  5. kepoh hilang satu negara buat malu satu keluarga bila dijumpai dok ngan gelfren, dahla tuh tak bg tau mak mana pegi..kalau sy jd hantu nabila tuh mau dtg cekik budak tuh sbb free2 kena fitnah dahlah buat maksiat..huhuhu

    ReplyDelete
  6. huh..buang masa saja ...
    apa daa... tak pasal pasal glamer nama nabila seminggu

    ReplyDelete
  7. silap2 mak dia plak naik hantu lepas ni bila tau anak dia buat perangai gitu.

    ReplyDelete
  8. bila manusia bertukar menjadi hantu...hantu betul pun terpaksa resign!

    ReplyDelete
  9. mesti ramai yang marah kat adik ni .. entah lah siapa yg hantu ha3 .. panas satu Malaya isu ni ..

    ReplyDelete
  10. BUDAK NI YG HANTU..

    ReplyDelete
  11. Budak ni OKU, mungkin bila kwn2 ajak dia ikut aje dan terlupa nak telefon ibunya.

    ReplyDelete
  12. kesian hantu..x pasal2 kna fitnah

    ReplyDelete
  13. okeh apa.. glamor sikijap.. hahah kalau tak org tak tahu pun..

    ReplyDelete
  14. Masa st bc page o media tentang cerita ni..sy ketawa sorg2 dok baca beratus2 komen dr post di page tu...hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....