15 November 2013

Nasi Ganja/Nasi Shabu Di Tengahari Jumaat


Hari Jumaat datang lagi. Alhamdulillah, bertambah umur seminggu lagi berbanding Jumaat lepas. Alhamdulillah, berkurang seminggu lagi sebelum satu hari yang ditentukan untuk menemuiNya...

Entah mengapa, tengahari Jumaat ni teringat pula JR kepada nasi ganja Perlis. JR pernah kerja di Perlis lebih lima tahun lalu. Lepas ofis berehat dua setengah jam untuk solat Jumaat, kerapkali kawan rapat JR bernama S mengajak makan nasi ganja. Kadang-kadang kami makan di satu kedai nasi ganja jalan Kangar-Arau (dah tak ingat nama kedai tu). Kadang-kadang makan di kedai dekat pasar besar Kangar.

Korang pernah makan nasi ganja? Nasi ganja berwarna agak kekuningan. Cukup makan dengan seketul ayam goreng + kacang bendi bersama kuah campur. Atau jika jemu dengan ayam boleh gantikan dengan ikan goreng atau daging masak hitam. Masa tu harga nasi ganja sekitar RM3++ saja sepinggan. Tapi kalau hujung bulan dapat gaji tambah udang besar atau sotong caj lebih sikit la.

Di tempat lain, termasuk tempat tinggal JR di Alor Setar ni, nasi ganja dipanggil nasi kandar atau kadang-kadang kami panggil nasi mamak. Tapi di Perlis nasi kandar dipanggil nasi ganja...

Foto nasi ganja diciplak dari google

Mengapa di Perlis nasi kandar dipanggil nasi ganja? Bukan kerana ganja aka marijuana dijadikan perencah masakannya, tapi kerana ramai orang ketagih nasi itu macam ketagih ganja. Ada kedai macam yang di jalan Kangar-Arau tu, orang sentiasa beratur panjang kerana masakannya bukan saja sedap, tapi harga berpatutan. Sebab tu ramai yang ketagih untuk pekena nasi ganja yang tinggi kaborhaidrat dan kalori itu.

Tapi zaman sekarang penagih dadah tak berapa suka lagi hisap ganja. Ramai yang beralih kepada shabu. Oleh itu JR pernah sarankan kepada seorang kawan supaya nama nasi ganja ditukar kepada nasi shabu bagi menggambarkan tahap ketagihan peminat-peminatnya...

Kepada orang Perlis yang kini sedang bersantap nasi ganja (nasi shabu?), selamat mengisi perut....
 

12 comments:

  1. kat bangsar ada jual nasi beringin. rupa lebih kurang macam ni.

    ReplyDelete
  2. haha..'nasi ganja' kat Ipoh diarah tutup sbb kotor...Vanggey punya nama kedai..::)

    ReplyDelete
  3. Isshh!..ingat tadi betul lah 'nasi ganja' yang ada ramuan ganja....

    ReplyDelete
  4. Ingat kat penang dkt USM ade satu nasi kandar yg memang ketagih jugak..orng beratur panjang tak putus2..
    rsnya nasi kandar dorang taruk poppy seeds mcm ganja jgklah tuh yg jd ketagih tuh..

    ReplyDelete
  5. Nasi ganja ada jual di ipoh klau di perak ni....itu je tmpt yg sy tau....

    ReplyDelete
  6. Kat Ipoh, Restoran nasi ganja di arah tutup sebab tidak menepati tahap kebersihan...

    ReplyDelete
  7. saya pun diberitahu tentang nasi ganja oleh seseorang..belum kesempatan nak mencuba. tiba2 nama nasi ganja ni popular di akhbar.. ada hikmahnya tak jumpa..hee

    ReplyDelete
  8. Dulu masa study kat Penang, tiap2 hari makan nasi kandar. Sedap sedap sedap

    ReplyDelete
  9. mati mati lh ingt nasi tu masak dgn ganja...

    tak pernah lg mncuba ni

    ReplyDelete
  10. Mmg sedap ns ganja ni, lebey2 lg kalau d bulan puasa...:)

    ReplyDelete
  11. pernah mkn nasi ganja kangar( tepi jalan dr arau ke kangar). Sedap sangat..mmg hari2 mau..murah plak tu rm2 je.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....