24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H



Di kesempatan ini JR dan famili ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul   untuk semua pembaca blog ini. 


Sempena hari lahir junjungan kita itu, ingin JR berkongsi sedikit akhlak terpuji Rasullullah s.a.w yang patut dijadikan teladan dan ikutan kita ummahnya:

- Pemaaf, sabar dan tidak berburuk sangka terhadap sikap buruk orang lain. 

-Adil, suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

-Sangat penyabar dalam perjuangan memperjuangkan agama Allah (sanggup berhijrah ke Habshah dan Madimah dan menunggu selama 8 tahun sebelum pulang semula ke Mekah untuk mengislamkan orang-orang kafir Quraish)

-Menolak kejahatan dengan baik. (Rasulullah amat menjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya dan akhirnya tersedar dengan kesilapannya)

-Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t

-Mengawal kemarahan ketika menghadapi provokasi musuh.

-Menunaikan hak sesama muslim dan tidak menafikan hak orang bukan muslim. 

-Mencintai sesama muslim seperti diri sendiri
-Sentiasa berbuat baik kepada jiran
-Sentiasa bersedekah walaupun dalam keadaan diri sendiri lebih memerlukannya

-Membantu meringankan beban orang lain

-Menutup aib orang

Ada banyak lagi akhlak terpuji Rasulallah. Kita mungkin tak mampu mengikut kesemuanya, tapi bukan sesuatu yang mustahil untuk cuba mencapai sebahagian besarnya...

5 comments:

  1. :) thanks info papa JR !

    salam maulidur rasul :)

    ReplyDelete
  2. salam maulidur rasaul..


    moga kita semua mencotohi keperibadian rasulullah..

    ReplyDelete
  3. salam maulid buat jay ar dari tirana aduka

    Terima kasih jay ar sudi lapangkan masa di tempat TA.

    P/s nak alamat jay ar.surat myurat..saguhati tempoh hari.

    tiranaaduka@gmail.com

    ReplyDelete
  4. salam maulidurrasul..
    semoga Allah merahmati kita sekalipun selawat ke atas nabi junjungan...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....