17 January 2013

Pelajar Diharamkan Memakai Tudung Ke Sekolah Mulai Bulan Depan


Berdasarkan maklumat yang JR terima dari satu sumber, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi telah mengedarkan pekeliling kepada semua IPTA dan IPTS yang mengharamkan pemakaian tudung untuk semua pelajar IPTA dan IPTS di semua kampus universiti dan kolej di negara ini. Mengikut sumber itu lagi satu pekeliling juga sedang disiapkan supaya pelajar-pelajar dari Darjah Satu hingga Tingkatan Enam di semua sekolah bantuan Kerajaan juga tak dibenarkan memakai tudung.


Mengikut Pekeliling itu antara jenis-jenis tudung yang diharamkan pemakaiannya di kampus universiti, kolej  dan sekolah ialah:

i)   Tudung saji
ii)  Tudung periuk
iii) Tudung meja
iv) Tudung tingkap
v)  Tudung tin

Maaf, hari ni JR memang benar-benar tak ada mood untuk menulis, jadi terpaksalah hidangkan lawak bodoh ni...harap-harap tak sesiapa yang akan tergelak...

14 comments:

  1. kang ada jugak yg kena kang...

    ReplyDelete
  2. sentap jugak bila baca tajuk, dari hujung dahi sampai hujung ibu jari kaki. nasib baik cuma lawak serius.

    tapi bila difikir secara terbalik pulak, alangkah baiknya kalau pemakaian tudung ni diwajibkan untuk semua pelajar muslim.

    alangkah indahnya...

    *seronok jugak tonton pocoyo ni!

    ReplyDelete
  3. Nasib baik IM bacasampai habis. kalau IM baca tajuk je, IM tumpang sama sebarkan khabar tidak benar nih!

    Berat tuh!

    ReplyDelete
  4. hahahahha...mula2 ingat betol lah..sekali tipah tertipu

    ReplyDelete
  5. Starting very serius, lepas tu tergelak..macam2 juga jenis tudung, lawak ni JR

    ReplyDelete
  6. Starting very serius, lepas tu tergelak..macam2 juga jenis tudung, lawak ni JR

    ReplyDelete
  7. hahahahaha nak gelakk je bace entry ni =D

    ReplyDelete
  8. ei, jr ni. Baru je nak naik hangin.

    ReplyDelete
  9. kesabaran teruji ni..cubit nak?!

    ReplyDelete
  10. pandai gak jr melawak yer

    ReplyDelete
  11. hahahahaha... lawak betul JR.. ingat betul2 tadi.... ^^

    ReplyDelete
  12. beria kita baca...rupa-rupanya....cis!!! hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....