10 January 2013

Kecik-Kecik Lagi Dah Stress


Dua anak JR yang kini sedang belajar di IPTA Johor dan Melaka selalu mengadu hari-hari stress. Setiap hari cuma tidur 3-4 jam, banyak paper perlu disiapkan, exam dan test pula tak habis-habis.

JR boleh paham mengapa mereka stress, nak buat macam mana sistem pendidikan kita dah macam tu. Persaingan begitu hebat sebelum dapat sekeping ijazah dan persaingan semakin sengit untuk mendapat kerja yang sesuai dengan nilai ijazah mereka.

Cuma yang JR tak paham budak sekolah rendah pun dah stress dengan sistem pendidikan sekarang. Kecik-kecik lagi dah stress, belum lagi besar yang tentu lagi stress..!

Teringat anak bongsu JR masa di darjah 6 dulu, juga setiap hari cuma tidur lebih kurang 3-4 jam sehari, bila dah dekat-dekat exam UPSR tidur pukul 2 pagi dan bangun pukul 4 pagi perkara biasa baginya. Memang usahanya berbaloi dapat 5A, tapi bagaimana dengan kesihatannya? Sihatkah kita, apa lagi budak-budak, jika cuma tidur 2-3 jam sehari?

Dan sekarang anak bongsu JR dah berada di Tingkatan 2. Ingatkan Tingkatan 2 musim honeymoon, kerana sistem sekarang tak ada PMR lagi, tunggu 3 tahun lagi baru ada exam SPM. Tapi no way to honeymoon...hari-hari cikgu bagi berlambak kerja rumah menyebabkan dia sangat stress.

Tengoklah minggu ni. Tidurnya tak pernah cukup kerana nak habiskan kerja rumah yang berlambak tu. Minggu ni belum pernah tengok lagi anak perempuan bongsu JR tu tidur sebelum pukul 1.00 pagi. Kadang-kadang dia tidur pukul 2.00 pagi, kadang-kadang tidur pukul 3.00 pagi. Pukul 5.30 pagi dah perlu bangun. Jadi puratanya dia cuma tidur dua setengah jam atau tiga setengah jam saja sehari. Balik saja dari sekolah, dia terus mandi dan solat. Kemudian bawa beg letak dekat meja tulis, mula buka buku untuk buat kerja rumah sampai ke awal pagi esoknya.

Macam mana nak sihat jika tidur tak cukup? Nak bermain tak ada masa, nak bermasyarakat pun tak ada masa. Kerja rumah..kerja rumah..kerja rumah..Itu saja yang dia tau. Hujung minggu ajak pergi rumah saudara mara pun dia tak mau, takut cikgu marah kerana kerja rumah tak siap.

Nak salahkan cikgu bagi banyak kerja rumah kepada murid pun tak boleh juga. Jika JR kata murid stress, sebenarnya cikgu juga lagi stress. Sekarang semua sekolah melaksanakan SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang memerlukan semua murid melepasi band 1 hingga band 6 untuk semua subjek. Cikgu pula perlu menghantar data kemajuan murid mengikut sistem SPPBS ni ke Kementerian Pelajaran. Sistem SPPBS pula teruk, selalu hang, menyebabkan ramai cikgu tidur tak cukup kerana pukul 3 pagi masih perlu berada di depan laptop untuk hantar data ke Kementerian Pelajaran. Sebab tu ada cikgu yang tersangat stress telah minta Datuk Seri Najib tolong selesaikan masalah mereka:

Photo


Teringat masa JR kecik-kecik dulu.  Sistem pelajaran masa tu sangat relax. Kami budak-budak masa tu ada masa belajar dan ada masa bermain. Pukul 10 malam dah boleh tidur dan esok bangun pukul 6 pagi rasa badan sangat segar. Maklumlah setiap hari dapat tidur 8 jam seperti yang cikgu ajar dalam subjek Kesihatan.

Sekarang kalau cikgu suruh murid tidur 8 jam sehari tentu pelajar gelak kat cikgu.Kalau cikgu bagi kerja rumah bertimbun-timbun macam mana cikgu boleh suruh pelajar tidur 8 jam sehari?

Tidur tak cukup dan stress sejak zaman sekolah dan bila masuk universiti lagi stress. Bila masuk alam pekerjaan stress akan semakin bertambah. Stress..stress..stress..

Stress sepanjang masa..Jadi jangan heran bila anak cucu kita nanti umur 20an dah kena serangan jantung....

3 comments:

  1. itulah harga yg perlu dibayar utk bersaing dgn mereka yg lbh pintar skrg...anak2 makin hilang 'kehidupan sbg kanak2'...

    yg bongsu saya,darjah 1...balik sekolah jam 1.15...mandi,makan..2.30-3.30 ngaji al quran...blk buat keje rumah...8 mlm dah tertido dek kepenatan..

    ReplyDelete
  2. dulu kita tak stress mana pun. kecuali masa kat U mmglah, assignment tak siap2. dah siap kena reject, buat lagi.

    masa nak upsr dulu, cikgu mmg tak bagi kerja rumah. sbb dia tau sblh ptg kena g sekolah agama (mcm wajib kat johor)dan mlm ke tuisyen. Padat. Alhamdulillah dpt gak sume A.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Saya ingin perbetulkan sedikit tentang SPBS.Sebenarnya murid tidaklah diwajibkan mencapai band 6,pencapaian murid diiktiraf setakat mana kemampuan mereka, namun mereka sentiasa dipantau agar ada penambahbaikan dari semasa ke semasa.

    Melalui SPPBS,guru sentiasa membimbing murid supaya mereka sentiasa meningkat tahap pencapaian mereka,sebab itu dinamakan SPPBS.Sistem Pengurusan Pentaksiran 'Berasaskan Sekolah'.

    Dalam sistem ini, guru yang mengajar mempunyai kuasa penuh untuk menilai murid kerana, guru lebih mengenali murid.

    Sebenarnya untuk mencapai band 6 bukanlah kerja mudah.Band ini tahapnya sangat tinggi. Alamak,kalau seluruh pelajar di sebuah sekolah mendapat band 6,maka ramailah pegawai KPM berkampung di sekolah tersebut :)

    Sekadar respons saya sebagai salah Setiusaha PBS di peringkat sekolah. Saya juga pernah mengikuti kursus PBS-SPPBS anjuran pihak Lembaga Peperiksaan, dan disampaikan sendiri oleh penggubal PBS-SPPBS.(sekadar maklumat, tiada niat menunjuk2 :)

    Segala kekurangan mohn dimaafi,SPPBS masih baru,masih ada ke'blur'an.

    Sekian dari saya, sekadar 'silent reader' sebelum ini :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....