22 January 2013

Fenomena Baru Yang Mengalahkan Gangnam Style


Nak tergelak JR ketika keluar dari masjid Akar Peluru, Alor Setar lepas solat Jumaat 4 hari lepas.

"Listen, listen,listen, listen" kata seorang anak muda 20an kepada rakannya yang berdekah-dekah ketawa mendengar kalimah "listen, listen, listen" yang dah jadi fenomena baru di Malaysia tu. 

Listen, listen, listen telah menjadi satu fenomena yang mengikut satu sumber telah mengalahkan fenomena Gangnam Style yang dicetuskan oleh PSY.

Fenomena listen, listen, listen (11 kali) di forum mahasiswa di UUM yang tersebar kira-kira seminggu lalu di Youtube (kini dah dekat 1 juta menontonnya dalam masa seminggu) dan media sosial lain nampaknya masih popular hingga hari ini. Tiba-tiba saja watak garang dan diktator  Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin ketika menjawab soalan student bernama Bawani menjadi bahan lawak yang mencuit hati ramai orang.


Yang menarik perhatian JR ialah fenomena listen, listen, listen ini telah mencetuskan idea-idea kreatif dari banyak pihak. Semuanya dibuat atas tajuk 'listen, listen, listen'. Ada yang menggubahnya menjadi lagu Listen  (berdasarkan lagu Najwa Latif: Kosong), ada yang buat lagu tarian remix 'Listen When I Speak' (kini dah 1.2 juta menontonnya), ada yang buat ceramah jenaka dan macam-macam lagi, semuanya menggunakan tajuk listen, listen, listen.

Tapi antara semua tu yang paling menarik perhatian JR ialah video jenaka parodi daripada Mat Luthfi yang telah ditonton hampir 1 juta orang (dah lama JR minat dengan video student Malaysia yang sedang belajar di Australia ni yang selalu muncul di Youtube..): 


Apapun isu listen, listen listen ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya belajar menghormati dan jangan menghina orang lain hanya kerana kita menganggap kita ada kuasa. Dan akhirnya kita yang tidak menghormati pandangan orang lain dijadikan bahan lawak jenaka 1Malaysia...
Malam ini ada satu forum mengenai listen, listen, listen di Shah Alam. Awalnya dikatakan Sharifah Listen Listen Listen dan Bawani akan hadir dalam debat yang pasti hangat itu. Bawani telah bersetuju untuk hadir, tapi di saat akhir Sharifah Listen Listen Listen menarik diri. Mungkin ramai yang dah agak mengapa dia menarik diri....

11 comments:

  1. Mat luthfi ni memang bagus dia punya karya. Dah lama jugak follow dia kat youtube.

    Benda berkaitan politik, kalau nampak macam terlalu bodoh, orang lebih suka buat bahan lawak atau troll. Hahaaa!

    ReplyDelete
  2. alahai..tak tahu langsung pasal ni...

    ni tengah duk tengok video...

    ReplyDelete
  3. salam jay ar
    Memang ta tak tau langsung..gang nam pun tau.pasai anak ta blik sekolah dia nyayi lagu pelik gak bunyinya.
    Terima kasih jay ar dtg awal kt tempat saya.
    Terlambt sikit ta.

    ReplyDelete
  4. tidak hadir untuk mengelakkan perkara yang lebih tidak baik berlaku.

    agaknya lah...

    ReplyDelete
  5. listen listen....


    salam maulidur rasul JR

    ReplyDelete
  6. betullah..dh jd fenomena baru pulak.
    saya dgn suami pun selalu guna..jadi bhn lawak.

    mcm2 jenis lawak (vid, gambar, ayat) yg terhasil dari LISTEN ni kat fb.

    ReplyDelete
  7. Lagu listen versi kosong najwa tu terngiang2 di telinga skrg.

    Video mat lutpi tu saya pun suka. Dia ada point la pasal bright student stay oversea tu kan?

    Bagi saya, walau apapun yang org tu kata walaupun tak sependapat dengan kita, tapi sekurang2nya biar la dia habiskan dulu ayat dia. Pastu baru la nak bagi hujah lembu kambing ikan jerung pun.

    ReplyDelete
  8. mat luthfi mmg terbaikkk!!! hihi:)

    ReplyDelete
  9. Wah bebat pelajar ni..dia manfaatkan diri di rantau orang

    ReplyDelete
  10. sokong dengan pelajar india tue....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....