24 December 2012

Zizan Raja Lawak Turut Boikot TV3, Kecam Mazidul


Semalam kira-kira 300 penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun di depan Bangunan Sri Pentas Media Prima Berhad untuk menghantar memorandum menggesa TV3 dan Mazidul Akmal Sidek memohon maaf susulan rakaman video "Pelesit Jalanan" di TV3 yang didakwa hanya lakonan bagi memburukkan golongan penunggang motorsikal.


Para penunggang motorsikal berkuasa besar bergambar dan menunjukkan kertas bertulis "boikot TV3, kami bukan pelesit" dan "Tolak AES". Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan pelesit" dan "Get out Mazidul".



biker protest sri pentas tv3 231212

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan Media Prima, Alwi Husni Yahya.


"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'," katanya.

biker protest sri pentas tv3 231212

Bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.


Antara yang turut kelihatan di celah-celah penunggang motor berkuasa tinggi itu ialah pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Maharaja Lawak yang turut dilihat membawa dan menunjukkan sekeping kertas membantah AES bersama-sama penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang lain.





JR juga meminati Mazidul, sebab tu blognya turut ada dalam bloglist JR. Cuma JR kadang-kadang tak selesa dengan gaya bahasa terlampaunya ketika dia mengendali rancangan 360 di TV3 dulu.

Benar kata orang - kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

Mengenai kehadiran Zizan Maharaja Lawak dalam perhimpunan anti-TV3 dan anti-Mazidul itu, mungkin ada komennya di rancangan Melodi TV3 nanti....

(Sumber Berita: Malaysiakini & Busuk.Org)

9 comments:

  1. Betul tue...waktu tue...masa majalah tv3 tayang siaran tue...cr pun tgk...

    ReplyDelete
  2. palesit jalanan ? moto moto tu beribu nak beli . bukan calang calang orang pakai . majidul takmampu beli itu yang die jeles . hahaha .

    ReplyDelete
  3. Gaya bahasa ikut sedap hati je nak bagi gelaran dekat orang. Ingat diri tu bagus sangat agaknya. Kan dah makan tuan.

    ReplyDelete
  4. hihihi..no komen...sensitif sangat..cepat melatah..cool lah bro....tu pun nak boikot

    ReplyDelete
  5. Masa IM balik kampung baru ni, sekumpulan motor cc besar lalu di lane 2 dan 3 dengan bunyinya yang menikuskan IM. IM Sesekali fikir mereka ini juga adalah pengganggu ketenangan pemanduan IM.

    Biasalah.. siapa suka dikecam.

    Akan tetapi betul juga istilah 'sebab pulut santan binasa'.

    Mazidul terlalu mahu mengikut kehendak konsep skrip program itu hingga tidak memikirkan natijahnya.

    Apa agaknya komen dia jika dia juga ahli bikers dan diistilahkan sebagai pelesit jalanan?

    Teringat dulu... perkataan JADAH yang akhirnya menjadi perkataan biasa sekalipun oleh budak-budak..

    ReplyDelete
  6. mazidul tu macam ada list blog di Pesona blog juga agaknya. baru faham kenapa ada baikot, mana boleh macam tu...mazidul kena sedar tindakan mereka ni tanda protes habis2an

    ReplyDelete
  7. ya ada blog ni dlaman pesona..
    blog sensasi...banyak kisah masyarakat..

    ReplyDelete
  8. padan muka dye Na pun da ska dye tu..suka ckp tak guna otak..aleh2 dye yg kena tangkap sbb ambek ganja (kan ke tu ckp x serupa biki -_-"

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....