31 December 2012

Tahun Baru 2013...Mengapa Orang Sambut Errkk??



JR selalu tak ambil kisah tentang tahun baru, apa lagi menyambutnya. Jadi minta maaflah jika JR terlupa nak ucap selamat tahun baru 2013 kepada korang. Lagipun sambutan atau mengagung-agungkan kedatangan tahun baru ni bukan budaya kita. Mengikut sejarah 1 Januari mula disambut sebagai perayaan tahun baru apabila Ketua Gereja Kristian Dunia, Pope Gregorius XIII meminta penganut Kristian Rome merayakannya pada 1 Januari 1582 dan hingga kini seluruh dunia merayakan sambutan tahun baru pada tarikh tersebut. 

Bila sebut saja tahun baru sudah tentu malam ni ramai yang akan sambut countdown. Ada artis pula yang terhinggut-hinggut menyanyi di pentas   dan yang paling menghairankan ialah pesta membakar duit (membakar bunga api)... Kalau duit yang dibakar bernilai beratus ribu ringgit tu disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur lagi baik kan?

Tapi sebagai orang Islam bolehkah kita menyambut tahun baru masihi ketika ramai orang Islam sendiri sudah lupa tentang tahun Islam (tahun hijrah)?

Mengikut Dr Zaharruddin Abdul Rahman, Pensyarah Kanan UIA, hukum menyambut tahun baru adalah HARUS secara bersyarat, iaitu:

1.  Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.

2.  Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat

3.  Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.

4.  Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
 
Agak-agak korang bagaimana dengan sambutan tahun baru di Malaysia.. adakah menepati syarat itu? Tiada acara hiburan? Tiada artis terlolong-lolong?  Tiada percampuran lelaki perempuan? Yang ada cuma majlis ilmu?  

Apa pun yang JR kasihan ialah orang-orang Dewan Bandaraya yang pagi-pagi esok terpaksa mengutip sampah yang berlambak termasuk botol arak dan kondom di celah-celah tempat terlindung...Juga kasihan kepada ibu bapa yang 10 bulan lagi terpaksa jadi datuk dan nenek kepada cucu-cucu luar nikah hasil pesta sambutan tahun baru...

Yang bestnya kat Kedah negeri tempat JR tinggal ni esok murid-murid memulakan persekolahan, esok pejabat dibuka seperti biasa....
                                                                                                                               

4 comments:

  1. oh..kedah tak cuti esok ya..

    saya pun takde buat entri/wish, sbb tak de perasaan psl thn baru ni. Mcm hari2 biasa. Yg best cuma sbb suami cuti.

    ReplyDelete
  2. mlm tahun baru saya dok d rumah ja...
    x minat nk bersesak sambut tahun baru heheheee

    ReplyDelete
  3. Mlm tadi ada majlis ilmu UAI (Ustaz Azhar Idrus) di Shah Alam....memang memukau!!

    ReplyDelete
  4. Dah besar ni memang dah takda dah nak sambut tahun baru ni. Saya duduk rumah je. Hehe.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....