"Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Sayangkan anak tangan-tangankan"
Peribahasa ni dah sinonim dengan JR sejak di sekolah rendah lagi. Tapi sejak sekolah rendah juga JR selalu berkata peribahasa ni sangatlah tak lengkap. Mengapa hanya isteri dan anak yang disebut dalam peribahasa ni, apa hal pula dengan suami?? Kalau nak lengkapkan peribahasa ni perlu juga disebut: "sayang suami.........".
Dan itulah masalahnya..apa perlu dibuat oleh isteri bagi menunjukkan dia sayangkan suaminya? Tinggal-tinggalkan sudah tentu tak boleh, tangan-tangankan lagilah tak boleh!
Mungkin sayang suami masak-masakkan supaya suami yang masa bujang slim-mlim jadi boyot-moyot kerana selalu makan makanan yang sedap-medap?? Atau jika tanya isteri JR dia akan kata sayang suami hadiahkan anak banyak-banyak supaya suami tak ada masa keluar rumah kerana hanya asyik melayan anak-anak yang ramai di rumah?? (Isteri JR hadiahkan 6 anak untuk JR...)
Tapi hari ni JR menemui jawapannya dalam sebuah berita akhbar apa perlu dibuat bagi menunjukkan sayang kepada suami:
Kes dera: Bapa Zana dijel 10 bulan
28 Disember 2012
JOHOR BAHRU – “Saya mengaku bersalah, tetapi tujuan saya bertindak demikian adalah untuk mendidik anak-anak saya kerana mereka terlalu nakal dan sering keluar pada waktu malam.
“Malah jiran saya juga pernah mengambil anak-anak tanpa pengetahuan saya, saya bimbang berlaku perkara tidak diingini kepada anak-anak perempuan saya kerana jiran mempunyai anak lelaki."
Itu pengakuan Nordi Adi, 57, ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap tiga anaknya, namun meminta hukuman diringankan berikutan faktor usia dan pendapatan yang tidak menentu.
Nordi iaitu bapa kepada kanak-kanak yang dilarikan ibu tirinya ke Lampong, Indonesia, dikenakan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tiga tuduhan mendera tiga anaknya.
Nordi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dituduh menganiaya tiga anaknya Nurul Safiza Fitri, 11; Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyieta Amiera, 8, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada 21 Disember lalu kira-kira jam 6 pagi hingga 6 petang bertempat
di Flat Taman Kempas, Kempas, di sini.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Mohd Ali dan Goh Sze Han mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Nah...itulah jawapannya:
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan suami penjara-penjarakan...
Mula-mula si-suami (Nordi) tinggalkan isterinya untuk kawin dengan wanita lain (wanita Indonesia), lepas tu wanita Indonesia tu pula tinggalkannya dan mungkin kerana tertekan, Nordi selalu tangan-tangankan anak-anaknya hingga akhirnya dia dipenjarakjan...
Sebenarnya JR kesian dengan nasib anak-anak Nordi. Dulu ibu kandung mereka tinggalkan mereka, kemudian ibu tiri mereka (wanita Indonesia) tinggalkan mereka dan sekarang ayah mereka pula tinggalkan mereka kerana terpaksa menjalani hidup di penjara. Mereka masih kecil (usia antara 8 hingga 11 tahun), mungkin mereka akan ditempatkan di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan, tapi kasih sayang staf rumah perlindungan kanak-kanak pasti tak sama dengan kasih seorang ayah dan ibu kandung sendiri...
Harap sepanjang ketiadaan ibu bapa kandung di sisi mereka, masih ada insan yang menyayangi 3 kanak-kanak tu dan janganlah mereka dipisahkan dalam kediaman yang berbeza. Kasihanilah mereka....
:| top tahu nak ckp apa dah...
ReplyDeletekalau orang dulu nak lengkapkan peribahasa ni mungkin akan jadi, "sayang suami di-rumah-pasung-kan". heheee...
ReplyDeleteigt senang ke nak jaga anak tanpa isteri disisi hehe...
ReplyDeletemenjadik betul peribahasa tuh ek JR ??
ReplyDeleteHarap tidak terjadi di dalam keluarga IM!
ReplyDeleteCerita keluarga yg kompleks..
ReplyDeleteUjung2 bdk2 jd mangsa.