12 December 2012

"Saya Mau Saman Tuhan, Boleh Ka??"


Malam tadi hujan turun agak lebat di kawasan rumah JR. Seronok juga bila sesekali cuaca dingin seperti di New York, London dan Tokyo (sebenarnya taklah sesejuk New York, London dan Tokyo pun, cuma dalam 24 darjah celsius saja lebih kurang..)

Malam pekat...JR membawa kereta Hyundai hitam buatan Korea itu membelah malam hitam. 

Tapi tiba-tiba saja hari berganti siang. Eh, apa sudah jadi, baru bergerak 2-3 km tiba-tiba malam bertukar menjadi siang? Mimpikah aku...eh, cubit paha seksi, rasa sakit pula, eh, aku tak mimpi la...

Tiba-tiba ternampak ada road block polis di depan. JR mula risau, takut kena saman! Ini kerana cermin sisi tinted kereta JR ada masalah sikit. Masa mula beli dulu memang kadar ketelusan cahaya lebih dari 50% seperti yang disyaratkan oleh undang-undang jalanraya, tapi lepas 5 tahun cermin tinted tu dah jadi semakin gelap pula, macam dah lebih 70%. Faktor geografi kot? Isteri dah banyak kali nasihat untuk tukar cermin tinted baru tapi jawapan standard JR ialah: nantilah..nantilah..

"Encik, tolong parking kereta ke tepi sekejap..." tiba-tiba pegawai polis India itu memberi arahan dengan suara lembut (sapa kata polis selalu keras?)

Hati JR berdegup macam nak kena heart attack. Mampos la aku, kata hati JR, sekali ni mesti aku kena saman punya!

Polis itu mengekori kereta JR. Sebaik saja mematikan enjin, seperti yang ditakutkan polis tu mula komplen tentang cermin tinted kereta JR yang tak mengikut spesifikasi undang-undang. Panjang dia bersyarah sampai JR rasa macam nak tidur sambil berdiri!

"Tapi cermin ni jadi gelap bukan salah saya encik, ini salah cuaca! Masa saya mula beli dulu memang tak gelap sangat, tapi bila dah lama-lama kena hujan dan panas, cermin ni jadi semakin gelap. Masa bawa kereta sebelum ni tak ada pun polis nak saman, sebab masa tu ia tak segelap sekarang" jelas JR.

Pegawai polis India yang mulanya nampak baik itu tiba-tiba nampak tak puas hati dengan jawapan JR yang menyalahkan cuaca.

"Jadi salah cuaca? So encik ingat saya perlu saman sapa?" katanya bengang.

"Saman cuacalah...ini semua cuaca punya pasal!!" jawab JR separuh bengang juga.

"Saman cuaca..apa gila ka encik nak saman cuaca pulak? OK, saya nak saman juga.." katanya sambil mengeluarkan notis saman.

JR cuma perhatikan saja dia menulis sesuatu dalam notis saman: "Nah saya nak saman Tuhan, sebab Tuhan yang jadikan cuaca sampai cermin jadi macam ni!!" kata polis itu  sambil membaling notis saman ke dalam tempat duduk pemandu.

JR perhatikan surat saman itu...memang dia benar-benar mencatatkan nama TUHAN dalam notis samannya. Gila ke polis tu nak saman Tuhan??

Saman Tuhan...gila punya polis! Lebih gila dia bagi surat saman tu kat aku..weeee...aku bukan Tuhanlah, apa..bodo punya polis!!!

Tiba-tiba JR ketawa terkekeh-kekeh seperti tak boleh dikontrol. Memang kelakar polis nak saman Tuhan!! Hahahahahahahaha........

"Eh, abang..bangun-bangun..dah masuk Subuh ni. Apa yang seronok sangat tu..gelak bukan main kuat dalam tidur!! Mimpi apa agaknya tu?" tiba-tiba isteri JR menggoyang-goyangkan tubuh JR. 

Potong stim betoi...orang dok mimpi kelakar macam tu dia mai gerak pula...

8 comments:

  1. Hehehe... Macam ada yang tersirat je..

    ReplyDelete
  2. laaa...ingat kan betol2 tadi

    ReplyDelete
  3. Eh, mati-mati ingatkan betul. Kusyuk je membaca.

    ReplyDelete
  4. mmg dah agak mimpi sbb JR mesti takut nak menjawab bila disoal polis kan..dlm mimpi berani ler..hihihi..jgn marah

    ReplyDelete
  5. hahahaha . JR kelakar lah , saman Tuhan -_-

    ReplyDelete
  6. haaa... tunggu apa lagi...repair tinted keta tu skrg... :)

    ReplyDelete
  7. kikiki..mimpi rupanya...ingatkan betul...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....