15 December 2012

Panik..Apa Salah Anak-Anak Kami???


Cuba korang lihat foto di bawah. Ia bukan permainan sorok-sorok atau jala-jala itik tau....
26 termasuk 20 murid mati ditembak di sekolah
Ia sebenarnya satu suasana panik di Newtown, Connicut, Amerika semalam apabila dua orang guru cuba menyelamatkan anak-anak murid mereka ketika seorang pembunuh gila melepaskan tembakan ke sekolah tempat mereka belajar.  Bagi korang yang suka ambik tahu hal-hal dunia tempat kita berkongsi menyedut oksigen ni dan tidak terlalu terkongkong dalam tempurung, tentu korang dah tonton di TV apa yang terjadi di Connicut tu. 
Dalam kejadian menyayat hati itu, seramai 27 orang termasuk 20 kanak-kanak sekolah dibunuh oleh seorang pembunuh gila dan kejam. Kanak-kanak yang mati itu berusia antara 5 hingga 10 tahun. Turut mati dibunuh ialah Pengetua Sekolah dan pakar psikologi yang cuba menenangkan pembunuh gila itu..
Suspek, seorang lelaki bernama Adam Lanza, 20, ditemui mati di kawasan Sandy Hook Elementary School, dipercayai membunuh diri selepas menembak mangsa-mangsanya.
Adam juga dipercayai menembak ibunya sebelum menyerang sekolah tersebut.
Dia dilaporkan menembak mangsa menggunakan dua pistol 9mm. 
Jurucakap polis Connecticut, Lt Paul Vance menyifatkan insiden ini sebagai sesuatu yang "tragis...sangat tragis"
"Sukar untuk digambarkan," kata Vance kepada CNN.
Angka korban kali ini adalah yang paling tinggi sejak 32 orang terbunuh di Virginia Tech pada 2007. Kejadian menembak di Columbine High School in Littleton, Colorado pada 1999 pula meragut 13 nyawa manakala 24 yang lain cedera.
Apa yang korang rasa selepas menonton TV atau membaca berita ini? Simpati? Sedih? Atau kerana kurang deria kemanusiaan tak pun rasa apa-apa?

Mungkin ada yang berkata: oh, nasib baik ia berlaku di Amerika!! Nasib baik ia tak berlaku di Malaysia. Nasib baik Malaysia negara aman damai..

Sapa kata Malaysia negara aman damai? Sapa kata jenayah di Malaysia tak tinggi? Tengoklah sekarang, hampir setiap masa ada kes tembak menembak di Malaysia - ada yang ditembak ketika makan di restoran, ada yang ditembak ketika baru ambil duit di bank, ada yang ditembak ketika berhenti di lampu isyarat, ada yang ditembak ketika nak buka pintu pagar rumah. Itu belum campur kes parang dan tikam orang, rogol anak bini orang, bom orang (macam kes Altantuya wanita Monggolia) dan lain-lain.

Hingga kadang-kadang rasa tak selamat lagi tinggal di Malaysia, dah banyak  sangat kes pembunuhan macam dalam cerita koboi..

Jika tiada kawalan pemilikan senjata api oleh pihak Kerajaan, satu masa nanti mungkin anak-anak kita juga akan mati katak ditembak di sekolah seperti yang sering berlaku di Amerika itu. Sapa boleh jamin Malaysia tak akan jadi macam Amerika?

Seperti kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan  tahap kes  jenayah di Malaysia kini berada di tahap sangat membimbangkan. Tak sapa boleh kata dia selamat kerana ketika kita sedang syok berblogging, ketika kita sedang hanyut berchating dalam FB, siapa boleh jamin tak ada penyamun di luar pintu pagar rumah kita??

Apa yang penting bagi kita rakyat marhaen ini ialah kita mahu tinggal di sebuah negara yang keselamatannya terjamin. Kita mau anak cucu kita  selamat dan sekolah-sekolah kita selamat. Kita tak mau apa yang berlaku di Amerika akan berlaku di Malaysia walaupun tanda-tanda ia mungkin berlaku semakin jelas dengan kadar jenayah pembunuhan, menyerang, menyamun dan lain-lain yang semakin kerap berlaku.

Kepada 27 mangsa pembunuhan kejam di Amerika, kita cuma boleh mengucapkan takziah. Kepada ibu bapa yang menangisi kepergian anak-anak kecil mereka sambil meratap, "Apa salah anak-anak kami dibunuh begitu?" harap mereka bersabar dengan ketentuan Tuhan...



5 comments:

  1. Belum pernah IM hadapi situasi panik begini...

    ReplyDelete
  2. mintalah pada Allah, doalah di setiap detik, semoga Allah selamatkan Bumi Malaysia. Kematian itu pasti dan itulah takdir asbab dan musabab sahaja. Namun amat trgis, ngeri. Takziah kepada keluarga itu.

    ReplyDelete
  3. Jenayah ada je dimana-mana.. Mohon kita berhati-hati kerana malang itu tak pernah berbau melainkan kalau kita sendiri yg memilih utk masuk dalam mulut buaya..
    Takziah utk mereka,

    ReplyDelete
  4. Kesiannya..ramai pulak yg jd mangsa.

    Yelah JR, kita pun walau nampak aman tapi jenayah tetap ada. kena sntiasa berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  5. seram pulak baca...kesian budak2...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....