Kadang-kadang JR mengaku JR ada sifat-sifat tak baik. Memang orang selalu puji JR kerana kononnya baik dan sangat humble, hingga pernah bila kena tukar ke tempat lain staf buat petition, sign ramai-ramai minta pengurusan kekalkan JR di tempat kerja lama kerana mereka suka dengan gaya humble JR.
Tapi dalam humble-humble tu, kadang-kadang JR ada sifat ego. Yang lebih teruk kadang-kadang ada sifat riak!. Contohnya bila berjoging JR suka nak tunjuk JRlah antara yang terkuat atas trek. Cuba potong seramai mungkin orang sebab nak tunjuk aku antara yang terkuat atas trek joging. Rasa bangga bila dapat memotong mereka yang lebih muda dari JR yang dah ada anak penuh satu gerabak ni. Rasa geram bila mereka yang seusia atau lebih muda memotong dan JR cuba potong mereka balik!
Dan bila akhirnya dapat potong mereka balik rasa hati sangat bangga!! Walaupun rasa bangga tu tak pernah dicerita kepada orang (kecuali isteri) tapi Tuhan tahu hati JR yang kadang-kadang riak itu. Bukankah Dia Tuhan yang tak pernah tidur dan malaikatNya sentiasa mencatat dosa pahala kita?
Dan hari ini JR bangun dengan kaki kiri yang rasanya sangat sakit. Nak jalan tercapik-capik kerana bila dipijak lantai rasa macam terpijak paku!
JR tau apa sakitnya kerana pernah mengalaminya satu masa dulu. Bone spurs!!!
Korang tau apa itu penyakit bone spurs? Bone spurs atau tumbuhan tulang baru atau keretakan tulang boleh berlaku bersekali dengan pertambahan usia di mana tulang menjadi semakin rapuh. Ia juga boleh berlaku kepada mereka yang belum di peringkat lanjut usia yang bersenam secara melampau meyebabkan kerosakan tulang kaki, lalu tulang menjadi retak dan menikam kaki. Dalam kes JR, JR tak pasti ia berlaku kerana usia semakin bertambah atau aktiviti joging yang selalu dimarahi isteri kerana katanya terlalu berlebih-lebih.
Apapun faktor penyebab bone spurs ni, yang pasti ia sangat menyakitkan!! Kalau duduk tanpa kaki memijak bumi memang tak rasa apa-apa. Tapi bila bangun nak berjalan rasa seperti ada pisau yang menikam tapak kaki. Sakittttttt....
Agaknya itulah balasan Tuhan kepada JR yang kadang-kadang riak dengan ketangkasan berjoging. Sekarang bila Tuhan cabut nikmat sihat, lalu berjalan terhencut-hencut seperti si-Tempang barulah kau sedar semua nikmat kekuatan dan kemegahan hanyalah anugerah Allah yang bersifat sementara saja. Padan muka ko JR!!
Apa pun JR dah makan paint-killer, semoga pagi esok boleh joging balik tanpa nak berlagak dan ada riak di hati lagi...
seolah sedih pula baca n3 JR ni, kurang sihat. Banyakkan rehat, makan minum mkena jaga jg. Kalau joging tu sedaya termampu, harap esok sihat. Doalah padaNya.Pada saya Jr tak ada unsur riak, tu mencuba ja..bukan nak tunjukkan pada siapa2, kebetulan ja tu Jr kawan2 lari2 anak ja, kejap henti, so JR maintain ja larian maka ke hadapanlah JR..bukan begitu ke....)
ReplyDeletebanyakkan bersabar...
ReplyDeletesatu lagi jangan riak dengan ilmu yg kita ada kan JR :)
ReplyDeleteriak bertempat takpe. tu dinamakan menunjuk ajar orang lain dengan menggunakan kepandaian sendiri. dibolehkan...
ReplyDeletejaga tulang tu..nak pakai lama lagi...heheh~
ReplyDeletejar ar
ReplyDeleteKita semua sama shj jay ar..terkadang terlepas bicara dan tingkah laku..
Kalaulah jay ar paham bhasa jawa..kan best.kesemua post tirana aduka ada maksud tersurat.
kikiki....sabar jerlah jr...mungkin ujian Allah....nanti dah sihat jangan jogging lebih2 ya...
ReplyDelete