21 December 2012

Memang Wanita Suka Membelit??


Pasti ada wanita yang marah bila baca tajuk entri JR ni. Tapi usah marah dulu. Simpan dulu kemarahan korang dalam laci meja, dompet, beg tangan atau dalam bra bawah kerusi...

Sebenarnya bukan JR yang berkata macam tu.  Tajuk entri JR  ni berdasarkan apa yang JR baca dalam sebuah artikel SH hari ni yang bagi JR sangat menarik. Ia boleh dijadikan forum perbahasan tentang kedudukan wanita pada pandangan lelaki (penulis artikel ni lelaki). 

Apapun baca dulu apa kata penulis dalam artikelnya tu:

Dua hari lepas, saya lontar dalam FB satu tajuk: Berurusan dengan orang perempuan dalam apa juga bidang – sosial, peribadi atau kerjaya – selalunya lebih rumit berbanding lelaki.Bincangkan

Ketika menaip tajuk itu, saya jangka akan diserang hebat wanita namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maklum balas memang banyak – seperti yang dijangka – tetapi yang tidak dijangka ialah begitu ramai wanita yang bersetuju dengan saya.


Dalam banyak keadaan, saya boleh akui wanita sebenarnya lebih cekap memerangkap lelaki. Ini kerana wanita sememangnya bijak mengeksploitasi apa yang ada pada diri mereka, termasuk cerita mengenai kelemahan dan air mata untuk mendapat apa yang dihajati.

Jika boleh dikatakan persamaan, ramai wanita ada kebolehan dan kemahuan yang kuat untuk melindungi diri apabila berada dalam situasi tersepit. Jarang wanita yang mudah mahu mengaku bersalah atau meminta maaf. Barangkali ini kerana keadaan diri mereka yang mempunyai aset kekuatan dalam kelembutan, mereka tahu akhirnya lelaki akan mengalah juga.


Inilah rumitnya berurusan dengan wanita. Meskipun pada hakikatnya mereka bersalah tetapi mereka seboleh mungkin akan berusaha melindungi kesalahan itu dengan berbagai-bagai jenis belitan – seperti belitan fesyen tudung terkini – yang akhirnya membuatkan lelaki sendiri rasa bersalah.

Korang bersetuju tak dengan apa yang penulis di atas katakan? Bersetujukah korang bahwa:- 

- wanita sebenarnya lebih cekap memerangkap lelaki
- wanita sememangnya bijak mengeksploitasi apa yang ada pada diri mereka, termasuk cerita mengenai kelemahan dan air mata untuk mendapat apa yang dihajati.
- Jarang wanita mahu mengaku bersalah atau meminta maaf kerana mereka tahu akhirnya lelaki akan mengalah juga
- Pada hakikatnya walaupun bersalah tetapi wanita seboleh mungkin akan berusaha melindungi kesalahan itu dengan berbagai-bagai jenis belitanseperti belitan fesyen tudung terkini..

Kata penulis tu berdasarkan komen dalam facebooknya ramai wanita bersetuju dengan apa yang dikatakannya di atas, termasuk...wanita suka membelit?

Korang pulak, setuju tak? Kalau korang tak tau hujung pangkal isu ni korang boleh baca keseluruhan artikel tu dalam SH.

JR setuju tak? JR tak mau jawab sekarang, JR akan jawab dalam satu entri khas mengenai hal ini di masa depan....

6 comments:

  1. Setuju sangat, memang pun.

    ReplyDelete
  2. hahahaa saya suka isu ni...

    kalau tanya saya..
    saya setujuuuu hihihiiii

    ReplyDelete
  3. jgn pandang ku sebelah mata,hanya kerana ku wanita...:)

    ReplyDelete
  4. harap ramai wanita sana kena terima hakikatnya..apapun terpulang pada wanita itu, siapa mereka, rasanya yang terdidik dengan akidah yang baik tinggi budi pekerti takkan belit kaum adam kala tersepitkan..bahaya tu.

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat2, memang pun....hihihi

    ReplyDelete
  6. ingat ular ker nak belit2....hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....