03 December 2012

Dugaan & Godaan Sebagai Suami Hujung Minggu


Dua hari lepas JR titipkan pengalaman JR yang pernah jadi suami hujung minggu seperti di sini...

Sebenarnya kehidupan sebagai suami hujung minggu (weekend husband) ni banyak dugaan dan godaan.

Antara dugaan dan godaannya ialah:

1. Janda/anak dara orang cuba rapat-rapat dengan kita:
Mentang-mentanglah depa tau famili kita jauh di mata, ada saja  yang pasang jerat nak cuba-cuba sejauh mana iman kita: sekebal kereta kebal atau senipis kulit buah limau nipis.

2. Laki orang/duda/anak teruna cuba rapat-rapat dengan isteri kita:
Mentang-mentang depa tau suami dia jauh di mata, ada la pulak yang cuba tabur budi dengan harapan akan dapat body...

3. Anak selalu telefon siang dan malam:
Tak kira siang atau malam anak-anak selalu menelefon: siang telefon ke pejabat, malam telefon ke rumah sewa. Biasanya mereka minta telefon balik atau SMS 'Abah..telefon balik..'. Selalunya bukan ada apa-apa pun nak beritau, cuma nak dengar suara abah. Itu yang kadang-kadang tak boleh concentrate di pejabat tu, prestasi pun apa lagi, down la sikit..

4. Kredit Telefon Cepat Habis
Mana telefon tak habis kredit, kalau kita tak telefon famili, famili pula yang telefon kita dan kemudian suruh call mereka balik.. 

5. Kebajikan Anak Isteri Terabai
Kebajikan keluarga memang kerap terabai. Sepanjang suami tak ada, isteri kena jadi ketua keluarga. Dulu isteri cuma memasak, manakala kerja kemas rumah, basuh pinggan, hantar anak ke sekolah atau ke klinik (bila sakit) suami yang uruskan. Tapi bila suami tak ada semua kerja isteri kena buat. 

6. Boss Tak Paham/Buat-Buat Tak Paham Bahasa 
Kadang-kadang perlu cuti kecemasan kerana masalah keluarga, tapi boss buat  -buat macam tak paham. Kalau boss yang buat-buat tak paham tu belum kawin dan tak ada pengalaman handle keluarga masih boleh terima, tapi boss yang anak merenyut di rumah pun masih buat-buat tak paham. 

7. Kos Meningkat
Ini masalah tak boleh nak buat apa, dah la rumah sendiri kena bayar ansuran bulanan, rumah sewa di tempat kerja juga kena bayar sewanya. Begitu juga makan minum, makan minum keluarga dah wajib  kena support, makan minum sendiri di tempat orang lagi... Itu tak masuk tiket bas pergi balik tiap-tiap minggu dan kos luar jangka yang lain..

8. Risiko Atas Lebuhraya
Sebelum naik bas setiap minggu untuk balik ke tempat kerja atau balik ke rumah yang jaraknya ratusan kilometer tu, kena mengucap dua kalimah syahadat siap-siap, sebab manalah tau ini adalah bas terakhir yang dinaiki...

9. Fitnah
Ini penyakit orang Melayu yang tak dapat dihindari. Fitnah!! Apa lagi bersoraklah sang iblis bila rumah tangga dipukul badai. Perkara ini tak pernah berlaku kepada JR sepanjang menjadi suami hujung minggu, tapi rumah tangga rakan JR hampir-hampir berkecai kerana fitnah yang malangnya dari iparnya sendiri...

SERONOK PUN ADA JADI SUAMI HUJUNG MINGGU...

Tapi itu semua dugaan dan godaan. Yang seronoknya pun ada bila jadi suami atau isteri hujung minggu:

1. Isteri/suami sangat romantik bila setiap kali bertemu. Maklumlah cuma seminggu sekali berjumpa. Suami akan beri layanan yang terbaik untuk isteri dan isteri juga akan melakukan yang terbaik buat suami ...
(maaf...ini cerita atas ranjang...18 SX!! Yang belum cukup umur anggaplah tak membacanya...)

2. Suami/isteri akan jaga hati pasangan masing-masing sebaik mungkin. Maklumlah jarang bertemu, waktu terhad yang ada sangat dihargai dengan mengelakkan pertengkaran atau membangkitkan isu-isu negatif.

3. Peluang bermuhasabah bila bersendirian: Kadang-kadang kita selalu terlupakan sesuatu yang penting di sisi kita kerana menganggap ia akan kekal di sisi kita. Bila berjauhan barulah rasa kehilangan dan memahami nilai sebuah cinta. Ketika itu lagu yang paling popular dinyanyikan dalam bilik air ialah lagu Sudirman...Nilai Cintamu:-


Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu
Kurenungi gambarmu
Kubaca surat-surat mu (ganti dengan SMS mu)
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua


Semoga tiada siapa lagi yang akan menjadi suami hujung minggu atau isteri hujung minggu selepas ini....

14 comments:

  1. JR papa yang penyayang . hohoh . abah bolat pencen mama pula tak duduk diam . nk koje katanyerrr .

    babah babysitter bolat dan adek . hohohh

    ReplyDelete
  2. betul agaknya 'sayang isteri tinggal2kan..'.. err.. susah jugak isteri duduk jauh ye.. kene mcm sy yg cuma pandai masak air je.. uiiihh jam !!

    ReplyDelete
  3. itu lah dia yg dinamakan COBAAN... semoga para2 suami hujung minggu ni akan terus sabar demi mencari rezeki utk anak isteri.... dan berkorban demi kasih sayang...

    JR mcm ni jugak ke?? ha ha ha ^^

    ReplyDelete
  4. yang penting,tepuk dada,tanya iman..jgn tanya nafsu hehe...bkn apa,ada suami yg seronok berjauhan dgn isteri..

    ReplyDelete
  5. kalau kat tempat kerja Cek Ya PJJ (perkahwinan jarak jauh) agak biasa. Lebih kurang 40% pekerja kat sini alami situasi nie. Jadi masing-masing memahami situasi nie, lagi-lagi bos pun pjj gak. hehehe...Tabah je JR....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah buat masa ni belum diuji utk berjauhan lagi dgn suami melainkan dia outstation.

    Mmg dugaan la JR. Wp saya tak penah lalui, tapi ramai gak kawan2 saya yang PJJ ni. Dulu ex-housemate saya pun PJJ. Suami kat utara, dia kat KL. Tiap2 minggu balik kampung. Penat dan masa banyak terbuang dalam perjalanan je. Kesian betul. Tapi bila dapat CEO baru yang berjiwa kekeluargaan, yang mana pasangan2 yang PJJ tu, dapat bertukar. Agak ramai yg dapat bertukar. Yang penting betul la kata JR, kena tengok bos jugak memahami ke tak.

    ReplyDelete
  7. perlukan kesabaran yang tinggi ni bila berjauhan.....

    ReplyDelete
  8. saya tak suka situasi gitu..syukur setahun saja saya lalui pengalaman itu..sungguh tak best

    ReplyDelete
  9. satu catatan pengalaman yg agak lengkap!

    ReplyDelete
  10. suami isteri, kedua-duannya isteri dan suami memaikan peranan,,,,

    ReplyDelete
  11. yang x ada isteri ni yang payah bang hehehee

    ReplyDelete
  12. ranjau2 inilah yang mewarnai perjalanan sesebuah ikatan perkahwinan :)

    ReplyDelete
  13. smoga Allah jauhkan kita dari bisikan syaitan. Sebenarnya jauh atau dekat kita suami isteri asal tau tanggungjawab masing2 insyaallah Allah bersama kita...

    apapun buat kena ingat Allah sentiasa mmerhati hamba2 nya

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....