10 December 2012

Alat Elak Kereta Disaman AES..Berbaloi Ke?


Sekarang ramai orang sedang bercakap mengenai AES (Automated Enforcement System). AES ialah sistem pengesan kesalahan lalu lintas dengan menggunakan kamera berkuasa tinggi yang kini sedang beroperasi secara percubaan di seluruh negara.



Korang atau kawan korang pernah kena saman tak oleh kamera yang tak ada perasaan tu?? Kalau kena saman kerana memandu laju sila sediakan duit mencukupi, ehem...tak banyak maa...RM300 sajaaa!!

Tapi sepandai-pandai kerajaan yang membeli alat AES dengan harga RM223,500 seunit (di US harganya dikatakan cuma USD6,000  atau RM17,000 seunit), pandai lagi si-kaki pecut.  Sekarang sudah ada alat baru untuk menipu sistem pengesanan kamera AES yang canggih dan sangat mahal itu. Yang lawaknya alat baru ni juga bernama AES (Automated Escape System). Cara ia beroperasi seperti yang tersiar dalam the Star hari Sabtu lepas mudah saja: bila korang nampak ada kamera AES, terus tekan button dan kemudian nombor plat kereta korang (depan dan belakang) akan terlindung:

user posted image
Mula-mula nampak nombor pendaftaran, bila nampak kamera AES pemandu akan tekan punat khas dan nombor pendaftaran kereta pun hilang...(sumber foto: the star)

Mudah saja kan, tekan button...dan akhirnya nombor pendaftaran kereta akan hilang - ESCAPE!! Yang boleh dikesan oleh kamera cuma gambar kereta tanpa nombor plat...

Bila dah rasa selamat tekan button sekali lagi dan nombor plat kereta akan muncul kembali.

Alat baru Escape Sistem Automatik (AES)  baru ini kini sedang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak undang-undang trafik dan mengelakkan nombor plat mereka dirakam oleh kamera. Alat ini diimport dari  Taiwan.

Harga alat ini? Harga alat ini mengikut the Star ialah RM430 termasuk kos pemasangan dan boleh ditempah melalui akaun Facebook.

Apapun polis telah memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan Automated Escape System ini. Kalau dah kena tangkap memang tak berbaloi dengan harga alat bernilai RM430 itu, silap-silap didenda berlipat kali ganda dan dihumban masuk penjara kerana 'mempermainkan' undang-undang lalulintas.

Berani buat berani tanggung risikonya...

6 comments:

  1. salam jay ar
    Erm.. Yg penting hati hati dijalan raya.tipu kalau kata x penah spead..dan langgar arahan had laju.dah nawaitu kalau ada surat saman dtg.byar ye..ta la begitu..

    ReplyDelete
  2. Tujuan buat AES ni memang elok untuk mengurangkan kemalangan maut. Tapi dengan had laju yang ditetapkan sekrang rasanya tidak lagi praktikal.. 110km/j tu perlu diubah sedikit dengan kebanyakkan kereta pun dah canggih-canggih.

    ReplyDelete
  3. Nak beli alat tu mmg tak berbaloi la. Mahal lagi daripada saman. Org yang sanggup pasang ni mesti org yg selalu buat salah. Nanti tak pasal2 kena saman sebab pasang alat tu plak. Kan Android kan ada aplikasi AES detector?

    ReplyDelete
  4. Baru baca psl ni mlm td..lawak pun ada. cpt je diorang ni. Yg mcm lyd ckp tu, ada nampak kat android apps. tapi tak try install lagi.

    ReplyDelete
  5. ikut jer undang2..selamat..habis cerita!!

    ReplyDelete
  6. sokong gan izan...ikut jer undang2..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....