Sejujurnya korang pernah tak meniru dalam peperiksaan? Tak kiralah sama ada ketika peperiksaan di peringkat PMR, SPM, Diploma atau Ijazah?
Kalau tak pernah, korang memang jenis manusia berhati jujur yang dirahmati Allah.
Sebenarnya meniru dalam peperiksaan adalah perkara biasa yang berlaku di semua negara. Teknik meniru pula macam-macam, sesetengahnya sangat unik, pelik dan kelakar, ada pula yang nampak macam kerja orang yang kurang cerdik dan cari nahas...
Jom tengok beberapa teknik unik meniru yang JR kumpul dari beberapa sumber google:
1. Tulis Di Tapak Kasut
Mereka bekerjasama dengan kawan sebelah dengan melekatkan jawapan di kasut masing-masing. Hang tiru nota di kasut aku, aku tiru nota di kasut hang...Bayangkan jika kasut tu dah terpijak benda kotor di luar dewan peperiksaan, macam mana kawan sebelah nak meniru?
Mereka bekerjasama dengan kawan sebelah dengan melekatkan jawapan di kasut masing-masing. Hang tiru nota di kasut aku, aku tiru nota di kasut hang...Bayangkan jika kasut tu dah terpijak benda kotor di luar dewan peperiksaan, macam mana kawan sebelah nak meniru?
2. Tulis Di Jari Kuku
Tulisan kena kecil-kecil dan ringkas. Silap-silap apa yang ditulis tu, penulisnya sendiri pun tak paham..
3. Bawa Nota Ke Dewan Peperiksan
Ini teknik yang paling popular. Cuma yang susahnya cara ini mudah di kesan pengawas peperiksaan. Kalau dah tertangkap reduplah masa depan...
4. Pakai Baju Ahli Silap Mata
Ini cara menipu yang agak susah. Perlu buat baju lengan panjang khas macam ahli silap mata yang di dijahit berkembar, lengan di atas cuma untuk action, lengan tangan panjang satu lagi untuk memegang bahan nota yang ditiru..
5. Teknik Perempuan Seksi
Cara ini sesuai untuk budak perempuan seksi, nota dilekatkan di atas paha yang ditutupi skirt. Bila nak tiru selak paha untuk membaca nota. Silap-silap pengawas peperiksaan (lelaki) yang lemah iman tak ambil apa-apa tindakan kerana ketika mata si-gadis melayan nota di atas pahanya, mata pengawas peperiksaan pula asyik melayan paha si-gadis..
6. Buat Kerja Dalam Tandas
Teknik ini sama dengan teknik no.5, lekatkan catatan atas paha. Tapi si-gadis yang meniru kena masuk dalam tandas untuk melihat dan mengingati nota catatannya.
7. Teknik Tolong Kawan
Ini teknik tolong kawan macam teknik no 1 juga. Kawan kiri kanan boleh baca apa yang dia tulis atas tapak kasutnya, tapi dia sendiri tak dapat baca. Cara tolong kawan macam ni rasanya memang tak berbaloi dan tak dapat pahala sedikit pun, bala kena tangkap pengawas peperiksaan adalah...
8. Teknik Tiru Budak Sekolah Rendah
Masa sekolah rendah ramai yang gunakan teknik lapok ni: tiru nota yang diletak dalam laci meja. Tapi di sekolah menengah pun masih ada nak tiru guna cara ni. Teknik ni bahaya, mudah kena tangkap..
9. Teknik Pengawas Mata Rabun
Ini teknik paling tak masuk akal. Ada ke pula bawa laptop masuk ke dewan peperiksaan dan letak dekat kaki? Pengawas peperiksaan tu tak nampak ke? Kalau pengawas peperiksaan mata rabun bolehlah guna teknik ni...
10. Teknik Korang Meniru..Jika Ada
Cuma ada 9 teknik meniru. Yang ke-10 JR reserve untuk korang bercerita, mungkin korang ada pengalaman meniru atau tengok rakan-rakan lain meniru...
Seorang rakan JR semasa SPM dulu meniru dengan memasukkan nota kecil dalam ball pen transparen. Dia dengan bangga beritau rakan-rakan lain yang boleh dipercayainya bahwa pengawas peperiksaan tak kan perasan punya dengan caranya itu. Memang dia betul, tak ada pengawas peperiksaan yang tau hingga SPM selesai. Yang tau cuma Allah, walaupun dia dapat berderet A, tapi apa nak dibanggakan??
Ada juga seorang rakan yang menulis di lengan. Kebetulan dia pengawas sekolah yang pakai baju lengan panjang. Dia tertangkap tapi nasib baik ia berlaku ketika peperiksaan percubaan. Kalau peperiksaan betul tentu tiada maaf bagimu...
Satu contohnya bijaknya manusia yang merosakkan diri sendiri!
ReplyDeletebangga dengan A atas penipuan ? hohoh .
ReplyDeletetak berkat hidup oihhh .
cikgu penah crita tntg kwn dia Engineer tapi hidup tak tenang . sbb dia meniru . berbhong .
kreta baru beli 2 blan hilang , slalu dirompak .
ambil iktibar =D
masa form 1 dulu,cikgu math bila masuk ja...semua kena berdiri..pastu dia tanya sifir secara random...mana la nak igt..so kami pakat2 buat bahasa isyarat,bg jawapan pd member yg kena hehe
ReplyDeletemasa sekoloh rendah..tulis jawapan kat pemadam..
ReplyDeletehahahahha
hahaha..dasyat betul cara meniru2 yang jr beri ni...saya langsung tak berani buat..sebab hati jadi tidak tenang dan dlm ketakutan..silap2 jawapan semua salah,sebab risau sepanjang2 masa.hehe.
ReplyDeletepengawas tak nampak,ALLAH nampak kan? ..sia2 je,tak berkat seumur hidup...hehehe.
hahaha..ada ke terbuat ni JR..ada kawan cakap meniru tupun satu usaha nak lulus dan dia anggap rezeki, sebab dah tak mampu so menirulah katanya. Etuza nak kata pa lagi.diam jalah...ada kawan meniru kat U, kesian masuk mahkamah kecil di U, hampir2 dia kena buang study..ni pengalaman etuza kat UMS, Sabah. Kalau tak bijak bahaya meniru ni...
ReplyDeletetak berkat kalau meniru
ReplyDeletemacam2 ada cara meniru ya huhuhu
ReplyDeletewow
ReplyDelete10.Prepare nota dlm kertas kosong yg diprint atau ditulis sendiri , kemudian selitkan di celah kertas soalan dan mula meniru..
ReplyDeleteAmaran!Pastikan anda tidak lupa untuk mengambil nota itu semula, jika tertangkap ...I'm sorry...
10Q
Delete