Tajuk yang sungguh lucah di musim mengawan (musim orang kawin)?
Jangan tuduh melulu...baca sampai habis, kemudian baru tau lucah atau tak lucah.
Otak jangan terarah sangat kepada seks. Banyak lagi urusan selain dari seks untuk suami isteri lakukan. Antaranya makan. Semua pasangan yang dah kawin tak kira baru kawin atau dah lama kawin perlu makan...kan..kan..kan..? (aleh...budak kecik pun makan juga, kalau tak makan langsung pergi ke batu nisan lah jawabnya...)
Topik yang nak JR sampaikan di petang pening hening ni ialah mengenai adab makan bagi orang Islam. Salah satu adab makan ialah selepas selesai makan, sebelum basuh tangan, kena jilat jari dulu. Jilat jari lepas makan ialah sunnah Rasul.
Ikut sunnah Nabi kan dapat pahala? Tapi ramai juga yang malu-malu nak jilat jari apa lagi ketika makan di tempat awam. Nampak macam orang kebulur, kata mereka. Mengapa malu, sedang ia sunnah Rasul?
Ikut sunnah Nabi kan dapat pahala? Tapi ramai juga yang malu-malu nak jilat jari apa lagi ketika makan di tempat awam. Nampak macam orang kebulur, kata mereka. Mengapa malu, sedang ia sunnah Rasul?
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila kamu telah selesai makan, jangan dibersihkan jari-jari kamu sebelum kamu menjilatnya”. (Hadis riwayat Muslim)
foto jilat diciplak dari Auntie Google..
Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh kajian saintis yang mengesahkan celahan antara jari dan kuku kita mempunyai sejenis asid dan enzim yang memudahkan proses pencernaan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit. Malah enzim yang terkumpul di jejari menari sebenarnya 10 kali lebih banyak dari air liur yang juga berfungsi untuk memudahkan penghadaman makanan.
Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebab tu lah masa kecil ibu bapa kita marah jika kita ambik makanan berkuah dengan menggunakan tangan kerana ia akan cepat basi. Mengapa makanan berkuah yang diambil dengan tangan cepat basi? Ia cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita ke atas makanan itu.
Sebab sekarang musim mengawan (musim orang kawin), setiap pasangan pengantin baru perlu mengingatkan pasangan masing-masing supaya jangan lupa menjilat...maksudnya menjilat jari, lepas makan..Ia sunnah Rasul yang sangat baik untuk kesihatan.

anak cr suka jilat tangan selepas makan...
ReplyDeletesetuju..ikut sunah Rasulullah SAW
ReplyDeleteita selamba je jilat jari....
ReplyDeletetapi kan zaman sekarang ni bila nampak je orang jilat jari diorang mesti kata tak senonoh...
sedangkan itu sunnah Rasulullah
sunah nabi memang membawa keberkatan dan pahala. Dia lah ikon ikutan terbaik..semoga kita mampu mengikuti sunah2 nabi..
ReplyDeletesalam jr
ReplyDeleteIkut sunah.
Amaran dilarang jilat hingga ke siku.!
sekadar jilat ikut sunnah jangan over
ReplyDelete