Hari ni isteri JR dan anak perempuan kami mengikut rombongan pejabatnya bercuti ke Pulau Pangkor. Beberapa harilah juga mereka tak ada di rumah. Yang ada di rumah cuma JR dan anak-anak lelaki kami. Bila isteri tak ada, terpaksalah JR jadi Mr Mama - tukang masak. Biasalah, kadang-kadang seronok juga tunjuk bakat masak yang tak sesedap mana ni...
Tapi hingga sekarang dah pukul 1.00 JR belum masuk dapur lagi. Tak apalah makan lewat sikit hari ni. Lagi pun hari ni anak-anak breakfast lambat, makan tengahari pun lambatlah juga. Hari ni pukul 10.30 pagi baru breakfast, kerana pagi-pagi tadi JR ke market beli beberapa barang basah untuk dimasak.
Jadi apa nak masak untuk anak-anak bujang JR tu? JR dah plan nak masak yang mudah buat dan cepat siap aje, jimat masa. Lagi pun dah terlewat ni... Biasanya anak-anak lelaki JR cuma makan yang simple-simple aje. Yang pertama, ayam goreng wajib ada. Yang kedua, mesti ada sambal tumis, tak kiralah sambal tumis daging, ikan bilis, telur dan lain-lain. Itu sudah cukup bagi mereka. Kalau nak perlengkapkan meja makan boleh tambah telur goreng dan sambal belacan. Cukup..
Selera anak-anak lelaki JR seperti JR juga: sangat mudah. Kalau kawin nanti, mereka pasti akan jadi seperti JR yang tak pernah merungut apa isteri masak: cuma ada sedikit lauk dan kuah sudah boleh makan sampai kenyang...
Anak perempuan JR yang ikut ibunya ke Pangkor tu selera makannya lebih rencam sikit, tapi masih tak pernah menyusahkan ibu bapanya..
Minggu lepas ketika balik ke Penang, JR dihidangkan dengan satu makanan yang dah lama JR tak rasa: kerabu jantung pisang. Adik perempuan JR yang masak. Sedapnya kata orang sampai menjilat jari (menjilat jari pun sunnah Rasul...). Rasa kerabu jantung pisang yang adik perempuan JR buat tu sebiji macam masakan aruah ibu JR dulu. Itu yang menyebabkan sampai menjilat jari tu..sedap sangat.
Sayang sekali masa pergi market tadi JR lupa beli jantung pisang dan bahan-bahan untuk buat kerabu jantung pisang. Kalau beli bolehlah try buat tengahari ni.
Sebentar tadi JR tengok-tengok kat internet resepi kerabu juantung pisang. Akhirnya JR terjumpa resepi yang bagi JR paling mudah membuatnya dari blog Damai Qalbu:
KERABU JANTUNG PISANG
Bahan-bahan:(5 orang)
Bahan A:
- 1 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 1sm belacan siap dibakar
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 5 biji lada hitam
*tumbuk semua bahan A hingga lumat
Bahan B:
- 1/2 biji jantung pisang awak (saiz besar, kalau kecil guna 1 biji)|buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam bewarna cerah
- 1 biji tomato | dihiris nipis (saya buang empulurnya)
- 1/2 labu bawang besar | dihiris nipis
- 1 ekor ikan senangin/kembung/sardin | gaul garam & kunyit, goreng separa garing
(resepi asal ikan kembung direbus) | ambil isinya sahaja dan
carikkan dengan tangan
- 2 sudu besar santan pekat/ pati santan
- 1 biji limau nipis | diperah jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1.Didihkan air dalam periuk.Jantung pisang dibelah dua dan dicuci dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit.Angkat dan toskan.Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.Masukkan bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.Gaul rata, rasa masin dan manisnya.Jika cukup bolehlah dihidangkan.Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki yang belum dihidang lagi.
***tips sedap:kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tetapi bagi yang 'perut nipis' boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya.
***kerabu ini boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.
(Maaf tuan blog...pinjam resepi tanpa keizinan terlebih dulu!!!)
Permisi.....JR pergi dulu ke dapur ye, bye-bye.....
hah sedapnyer tengok gambar dah terliur nih...lama dah tak buat...nanti keluar nak belilah..NSK ada rasanya jantung pisang nih...tq kongsi resepi nih.....ada idea nak masak hujung minggu nih....hihi
ReplyDeletewlaupun Na mmg tatw ape tu Jantung Pisang..Na bole kata kan mcm sedapp jee tgk gambar yg JR publish tu ;)
ReplyDeletejantung pisang buat IM teringat masa kecil. jantung pisang dulu adalah makan orang-orang miskin macam IM....
ReplyDeletehalamak....dh lama saya tak makan nie...huhuhuu
ReplyDeleteta penah makan ! heheh
ReplyDeleteamboii JR kemainn masak . hantar le skit kat jiran ni . hewhew
eh tapikan . lelaki masak serius mmg sdap . macam abah saya . hahaha
JR superdaddy ni . tapi awat masak lambat ngatt =..=
jantung pisang jantung hati ku suatu ketika dulu..masak tumis kering pun sodap..hehehe.
ReplyDeletenmpak gambo memang sedap sangat2...
ReplyDeletekira masakan tradisional ni JR, boleh juga terliur ya....)
ReplyDeletesedapnya...jr buat ke?
ReplyDeletewahhh... rajinnya JR... sedap tgok gambar kerabu 2 Ahlam pn dah lama xmakan kerabu 2....huhuhu
ReplyDeleteOh Nyum lama tak makan kerabu jantung pisang.
ReplyDeletetanggungjawab tu JR...nanti anak2 tunjuk muka monyok arh! buka tudung saja tak ada apa2 nak dimakan, anak2 etuza sebenarnya macam anak2 JR jg tak kisah apa maknya masak..cuma yg sulung tu ada ikut sifat maknya dan ayahnya ni..suka masak kuih lenggang.
ReplyDeleteTu sebab saya suka makan masakan anak sulung...Tahniah JR ya..
Sempurna kuah tu..paptutlah jilat jari..
Ummi pun suka kerabu jantung pisang ni JR, tapi dah lama tak makan.
ReplyDeleteBestnya kerabu jantung pisang. Kesukaan saya tu..
ReplyDeleteBertuah isteri dan anak2 JR yg rajin ke dapur. Isteri nak jalan-jalanpun tak susah hati nak fikirkan soal makan anak2
kelihatan sedap tu :-)
ReplyDeletenmpak pn dah terlior..blum mkn lg..
ReplyDeleteCP kalaw tgk resepi , CP tak tgk berapa sukatan , CP tgk bahan ape , pastuh , CP memulakan kaedah pencampakan CP :P hehehe ~
ReplyDeletewahhhh cam setailo jer.nak merasa nak merasa! meh kita try ramai ramai!!!heeee~
ReplyDeleteassalamualaikum..mana pegi tuan rumah ni..lama dah tak update..
ReplyDeleteamboi JR.... sedapnyaa.... dah lama tak makan kerabu sayur2 nih.. biasanya ma deno buat kerabu biasa je, kerabu taugeh^^
ReplyDeleteIsh, menaikkan nafsu makan ni. Lama dah tak merasa kerabu jantung pisang ni.
ReplyDelete