16 November 2012

Joging Bersama Resepi Pulut Inti


Pagi tadi seperti hari-hari lain, JR berjoging sejauh 6 km di Taman Rimba, Aloq Staq. Cuma pagi ni entah mengapa rasa macam 'tak ada angin', kaki rasa lenguh semacam dan nafas rasa tak fit 110% seperti biasa. Memang situasi rasa kurang cergas seperti ini kadang-kadang berlaku. Ia berlaku seperti tanpa sebab. Biasanya lepas 2 km  'pick-up' mula datang balik perlahan-lahan, kemudian baru boleh bergerak laju memotong adik-adik remaja yang tengah gagah perkasa tu. 

Tapi pagi ni lepas 4 km masih rasa nafas kurang sempurna..macam sedikt semput. Awat dah 4 km masih rasa tak dak pick-up? What happened to you Jay, bentak hati JR.  Malu jugak bila tengok ada apek kepala botak potong selamba aje kita...rasa diri tua sangat, apek pun boleh kalahkan aku!!

Tiba-tiba lepas 5 km baru rasa ada pick-up balik. Nafas dah kembali teratur dan rasa lenguh kaki hilang sepenuhnya. Sayangnya pick-up kembali datang setelah lepas 5 km, sedang JR nak habiskan joging pada jarak 6 km saja. Ada 1 km saja lagi!! Lalu kerana pick-up dah ada, JR tambah lagi joging 2 km....jadi pagi ni JR joging 8 km...hari ini dalam sejarah!!!

Tapi mengapa pagi tadi pick-up tiba-tiba tak ada erkk? Adakah sebab pemakanan? JR tak makan yang pelik-pelik pun. Malam tadi pun, seperti kebanyakan malam-malam lain JR tak jamah nasi. Cuma kerana anak-anak nak makan nasi kandar (ibu mereka masih di Pangkor) dan kebetulan di luar restoran nasi kandar tu ada jual kuih, JR pun pergilah beli sebungkus pulut inti. Tak kan kerana makan pulut inti, pagi tadi tak ada pick-up?


Ini bukan pulut inti yg JR makan malam tadi..ini pulut inti dari sumber makcik google..

Korang suka makan pulut inti tak? JR jarang-jarang makan pulut inti, tapi malam tadi bila tengok, teringin sangat nak makan. Lalu makanlah sebungkus...memang sedap!! (Kalau makan dua bungkus mungkin dah tak sedap?)

Jika korang nak buat pulut inti resepinya ada di blog ni. Mengikut blogger Hairul.Com ini adalah resepi pulut inti PALING SEDAP!!  Hmmm...iklan pun dah bagus...PALING SEDAP...apa lagi, cubalah petang nanti!!!

6 comments:

  1. Kata orang, makan pulut boleh membutakan badan jadi lemah dan 'berangin'. Wallahhuaklam. :)

    ReplyDelete
  2. sukaaaaaaaaaaa
    eee terus Na teringin nak mkn tuu ;/

    ReplyDelete
  3. betol kata kakcik tuu..makan pulut badan jadi lemah dan berangin....jaarang makan pulut walau sedap

    ReplyDelete
  4. Konfirm ah tu sbb makan pulut badan jadi berat kekekeke... Arwah mak saya suka pulut inti. Saya pun suka gak skit2..

    ReplyDelete
  5. ita plok kalau makan pulut cepat sangat mengantuk..

    ReplyDelete
  6. cr tak boleh makan pulut...rasa badan cam lemah dan pening...mungkin angin...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....