Setiap hari sekarang bila tonton TV dipenuhi dengan cerita kesengsaraan rakyat Gaza. Rumah, hospital, bangunan kerajaan, stesen TV semuanya tak selamat di Gaza, dibom bertalu-talu oleh tentera Israel. Ramai yang mati: orang dewasa, kanak-kanak wanita. Memang betul peluru tak kenal usia dan jantina.
Dan di Malaysia inilah antara senarionya:
SENARIO 1: Di Sebuah Restoran Mc Donald
Beberapa orang lelaki sedang menjamah makanan menu Mc D yang tersangatlah sedap itu. Ada yang mulut penuh dengan burger, ayam goreng atau sedang menghirup minuman. Semuanya berselera makan, malah tahap lahap!
"Aku marah betul dengan Israel ni...ada ke patut mereka mengamuk di Gaza; perempuan, kanak-kanak, orang tua semua dia bantai. Geramnya aku!! Kalau di tangan aku ni ada bom dah aku serang pejabat Perdana Menteri Israel tu!!" kata lelaki berbaju belang biru-putih dengan penuh semangat. Tangannya menggenggam erat sekeping Mc D beef burger dan mengacah-ngacah ke udara seperti nak membaling bom.
Kalaulah meja tempat lelaki-lelaki itu menjamu selera boleh bercakap, meja itu akan ketawa terbahak-bahak hingga patah kaki sambil berkata: "Bangangnya hang! Hang benci Israel tapi hang tau tak syarikat Mc D ni kepunyaan Yahudi dan dah 30 tahun menyokong Israel hingga mendapat anugerah 'Friends of Israel' dari kerajaan Israel? Hang tau tak Mc D adalah rakan utama Jewish United Fund, penyumbang utama dana kepada kerajaan Israel? Dan hang tau tak di dunia ini ada beribu-ribu francais Mc D, termasuk di Malaysia yang menyumbang 5% royalti kepada syarikat induknya di Amerika? Syarikat induk itu pula menderma sebahagaian keuntungannya kepada Israel yang kemudian digunakan untuk membeli pealatan senjata membunuh orang Palestin? Hang tau tak hang dah jadi salah seorang penyokong Israel yang hang benci tu?"
SENARIO 2: Di sebuah rumah teres
Seorang ayah sedang menonton siaran TV. Wajahnya kelihatan serius dan tiba-tiba air matanya menitik melihat video amatur yang menunjukkan seorang ayah di Gaza sedang menggendong mayat anak perempuannya berusia 5 tahun yang dipenuhi darah dengan mukanya yang separuh hancur.
"Celaka punya Israel, budak tak berdosa pun dia bunuh? Kita tak boleh buat apa ke untuk bantu orang Gaza?" kata lelaki itu kepada isterinya yang juga kelihatan sedang menatap TV dengan wajah penuh simpati.
Tiba-tiba anak gadis kepada lelaki yang sedang marah kepada Israel itu muncul, "Minum ayah...Ni Coke yang ayah baru beli di Giant semalam..."
Si-ayah meneguk air Coca-Cola itu dengan penuh bernafsu...
Kalau gelas Coca-Cola itu boleh bercakap tentu dia akan berkata: "Kamu tak tau ke Coca Cola telah menjadi penyokong kuat Israel sejak 1966? Tak tau ke korang pada Oktober 2005, Coca-Cola telah meningkatkan pelaburannya di Israel dengan membeli 51% dari pegangan saham Syarikat Tavor Minery yang berpusat di sebuah pekan milik Arab yang kemudiannya dirampas oleh Israel?"
SENARIO 3: Di Parlimen Malaysia Pagi Tadi
Dewan rakyat pagi tadi telah meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel tehadap Gaza. Usul mengecam Israel itu telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kalaulah siling Dewan Rakyat tu boleh bercakap tentulah dia akan ketawa kuat hingga boleh meranapkan keseluruhan tempat wakil-wakil rakyat kita itu bersidang. Manakan tidak, banyak bukti mereka di Parlimen tu bercakap tak serupa bikin:
- Malaysia adalah salah sebuah negara rakan niaga Israel. Pada tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US pada tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US. Keuntungan dari perniagaan dengan Malaysia itu sebahagiannya digunakan Israel untuk membeli senjata api membunuh rakyat Palestin.
- Pada 20 Februari 2012, Jabatan Kastam Malaysia mengesahkan pada 16 Februari 2012 kapal Zim Atlantic dari Israel telah berlabuh di Pelabuhan Klang. Kapal ini datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel untuk berjual beli dengan rakan niaganya di Malaysia. Secara tak langsung, keuntungan dari perniagaan dengan Malaysia itu sebahagiannya digunakan untuk membeli senjata api untuk askar Israel.
- Pada 21 Februari 2012, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberitahu Parlimen bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara rakyat Malaysia dengan ahli-ahli perniagaan Israel. Kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan.
- Laporan berita TV Israel dan AFP menyatakan pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Perdana Menteri Turki, Erdogan, pernah melabelkan Peres yang ditemui oleh Dr Mahathir itu sebagai "Pembunuh Gaza".
- Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Ehud Barak adalah antara Perdana menteri Israel yang paling kejam dalam rekod pembunuhan rakyat Palestin. Ehud Barak juga pernah menyamar menjadi wanita pada 1973 dalam satu misi pembunuhan seorang pemimpin Palestin, Abu Jihad.
- Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dan berbincang dengan Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Apa yang dibincangkan oleh Menteri Pertahanan kita dengan pemimpin Israel tu: meningkatkan kerjasama pertahanan??
Seperti kata rakan blogger JR, Romeo Laut, boikot kita terhadap barangan Israel, kutukan kita, demonstrasi kita dan lain-lain cemuhan kita terhadap Israel cuma bersifat bermusim dan sementara. Percayalah, minggu depan bila semuanya dah reda tak siapa lagi yang akan marah kepada Mc D, Coca-cola dan kerajaan Malaysia...Seperti kata Dr Mahathir: orang Melayu mudah lupa.
Sori, jika entri JR kali ini agak panjang dan sangat memboringkan....
memang bermusim pun...
ReplyDeletemasa ni je diorang bising pahtu balik asal lah balik...
kat warkop tepi masjid tempat IM suka singgah minum juga bukan main pak lebai marah kat israel. tapi dalam masa yang sama depa tak henti-henti hisap puntung rokok...
ReplyDeleteAs-Salam,
ReplyDeletesangat menarik hujah yang diberikan...banyak fakta yang concrete ..tapi di ruangan FB orang masih bertekak nak boikot ke tak nak boikot McD ...huhu
izinkan akak kongsi maklumat di sini, akak akan berikan link ke entri ini...mudah-mudahan mereka yang masih sangsi akan terbuka hati untuk sama-sama mempertahankan maruah orang Islam ..
Kak Azzah
(sorry..terguna akaun anak pulak ...)
http://www.nurazzah8.blogspot.com
eita dan IM: Begitulah org kita (termasuk JR), kemarahan kita cuma bermusim..
ReplyDeleteh@n@h@sl@n: Dipersilakan utk berkongsi dan terima kasih kerana sudi link ke blog ini...
yg ni mmg betul bang....mmg bermusim...dh byk contoh boleh nampk...time mcm ni sume marah2...tp kang bila dh reda....hmmm cam x dak apa2 yg berlaku ja....nk ckp apa pun tak tau dh huhuhuuuu
ReplyDeletemmg namapk bermusim..dulu pun ada gak sessi boikot nih...pastu..senyap jer..sekarang mai lagi...mmg tak ada pendirian....bila kita nak sedar yer...ish..renungan untuk diri sendiri...juga
ReplyDeleteselalu ada macam tue...tapi tengok still lagi makan mcd kikiki
ReplyDelete