23 November 2012

Bila 1+1= 3, 1+1=8, 1+1=14...


Bila 1+1= 2, orang akan bertanya tak kan 1+1= 2 aje?? Bila agaknya 1+1= 3??

Itu soalan yang merimaskan pastinya. Kadang-kadang rasa mau melompat ke langit, bersembunyi di celah awan meninggalkan mereka yang hanya pandai bertanya itu.

Mengapa semua orang mahu jawapan 1+1= 3?? Lupa bahawa segalanya kudrat Illahi?

Itulah dilema sebuah perkahwinan. JR pernah merasainya dulu bila lepas setahun kawin, tapi 1+1 masih jadi 2. Di musim-musim banyak kenduri begini paling rimas dengan soalan yang sama bila terjumpa rakan-rakan: "Bila lagi nak dapat anak?", tanya mereka.

Sekarang adik ipar JR menghadapi masalah yang sama kerana dah berpuluh tahun kawin tapi 1+1 tetap 2, tak mahu lagi jadi 3. Akhirnya mereka terpaksa ambik anak angkat supaya 1+1= 3...

Bagi JR, syukur kerana akhirnya Allah mengurniakan 6 putra-putri untuk JR dan isteri:
1+1= 8

Ibu bapa JR lebih hebat, mereka mempunyai 12 anak:
1+1= 14

Tapi yang paling bertuah ialah lelaki bernama Ziona dari utara India yang mempunyai 181 orang anak daripada 39 orang isteri:

10 comments:

  1. Ingatkan suspen apa lagi JR nak katakan.Faham dah..ialah nawatu Kahwin memang tulah nakkan zuriat genarasi kita. Tahniah jika cepat2 jadi 3. nanti asyik 1 + 1 tetap 2 ja.masih tak usaha...Allah tu maha mengurnia. kena buat sesuatu selain doa..setuju ke JR. Tq

    ReplyDelete
  2. sory2 nawitu ( niat) bukan nawatu isk!!! sala eja lah..

    ReplyDelete
  3. ramai anak mmg bagus...tapi yg penting kualiti,..cabaran besar mendidik ank ramai zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. saya la tu..dah lama 2 je. Tapi saya jenis tak sedih2, nikmati hidup apa adanya. Kita cuma boleh usaha, Allah pemutus kata. Bahagia tu kita yg cipta.

    Duduk kat bandar ni sng, takde yg tanya. Balik kg, tu ada la sesekali sedara tanya. Tapi family sume paham...rezeki kuasa Allah. Buat apa nak tanya2 lagi kan..:)

    ReplyDelete
  5. bersyukur dgn anakku lelaki ^_^ dia la anak mompan, dia la anak lelaki, dia la bongsu dia la sulung... ^_^ tahniah JR... mesti comey2 anak2 mompan JR kan? boleh la ROMEO laut masuk meminang ha ha ha >..<

    ReplyDelete
  6. JR lapan ? prempuan seorg kan ?
    banyaknya heroooo :)
    ni kenduri tak putus2 nnt . haha

    ReplyDelete
  7. Etuza: Setuju, Allah Maha Pengurnia..

    Izan: Betul tu yg penting kualiti. Paling beruntung jika dpt ramai dan semuanya berkualiti. Paling malang semua yg ramai tu tak berkualiti..

    Ujie: Jangan putus asa, selalu berdoa di samping berikhtiar..

    PPP: Untung jadi anak tunggal..minta apa pun pasti dpt..

    Cekbolat: Anak JR 6, campur JR dan istri jadi 8...

    ReplyDelete
  8. tu lah masalah masyarakat kita....

    jenuh nak menjawab nyer

    ReplyDelete
  9. anak tak ramai pun tak per yg penting kualiti untuk berjaya...

    ReplyDelete
  10. hahahaha.,
    Metrix ke jr atau ...?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....