10 October 2012

Tragedi Ngeri Di Kemaman: Salah Siapa???

Jiwa JR begitu tersentuh bila tengok berita kemalangan ngeri yang mengorbankan 6 jiwa di Kemaman awal pagi tadi antara sebuah kereta Produa Viva dan sebuah bas express. Kesemua yang meninggal adalah pemandu dan penumpang Produa Viva tersebut. 


Ibu yang meninggal ialah Noran Ali, 39 tahun dan tiga anak perempuannya Nursyazleen Norizan 12 tahun, Nur Syardiena 9 tahun dan Nurkhairatul Najiha  4 tahun. Dua lagi yang meninggal dalam tragedi kira-kira jam 4.30 pagi itu ialah saudara mara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta berkenaan. 


Dua lagi anak Noran iaitu Nursakinah 17 tahun, dan adiknya Nursyafura 13 tahun, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki mangsa hilang kawalan akibat muatan berlebihan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres berkenaan.



Mesti yang akan bertanya: bagaimana seramai 8 orang boleh duduk dalam kereta Viva yang cuma selesa untuk 4 orang dewasa saja itu? Jika orang tanya JR soalan itu JR pasti akan kata ia soalan yang kurang cerdik!!

Jika ada pilihan sapa yang tak nak naik kenderaan yang lebih selesa? Ada ke manusia yang sengaja suka-suka berhimpit 8 orang dalam sebuah kereta kecil begitu? Bukan saja penumpang, pemandu pun rasa tak selesa, kuasa memecut tak ada dan tayar kereta sekecil itu juga pasti sukar menampung 8 muatan manusia di dalamnya.

Kalau diberi pilihan pasti mereka akan naik kenderaan lain. Kalau dah 8 orang kenderaan yang paling selesa adalah MPV atau van. Tapi bukan semua orang mampu memiliki MPV. MPV made in Malaysia seperti Exora dan Alza berharga antara RM50,000 lebih hingga RM70,000 bukan semua rakyat Malaysia mampu  miliki. Kalau dapat miliki pun, bukan semua mampu bayar balik ansuran antara RM700 hingga lebih RM800 sebulan itu.

Jadi pilihan yang ada bagi yang berpendapatan rendah ialah memiliki Viva yang harganya cuma antara RM30,000 hingga RM40,000 lebih itu dengan bayaran ansuran antara RM300 hingga RM400 sebulan. 

Dan bila terpaksa naik hingga 8 orang begitulah jadinya. Kereta itu dibuat untuk penumpang seramai 4 orang atau 4 dewasa 1 kanak-kanak, tapi bila dah sampai 8 orang pasti berlaku ketidak seimbangan...dan itulah kesudahannya: 6 orang meninggal dunia.

Ia suatu tragedi yang menyedihkan apa lagi kebanyakan yang meninggal ialah kanak-kanak yang perjalanan hidup mereka sepatutnya lebih jauh lagi. Adalah amat menyedihkan apabila akhirnya jalan raya menjadi pusara mereka.

Apa pun, al-fatihah untuk mereka yang telah pergi dalam tragedi ini dan takziah untuk keluarga mereka....

7 comments:

  1. Kakya pun tak boleh nak bayangkan bagaimana mereka berlapan duduk berhimpit2...speechless.

    ReplyDelete
  2. Nauzubilahiminzalik...

    Ngeri tengok keadaan kereta tu.

    Al- fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  3. selalu sangat pesan kat anak bila nampak org duduk berhimpit dalam kereta mcm viva / kancil - bersyukur lah kamu dapat duduk dlm kereta yg lebih selesa... (sebab anak-anak selalu gaduh duduk dlm kereta - terutama bila ada yg tetidur...)
    al-fatihah... dan takziah untuk keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah dan takziah pada keluarga mereka.....
    ya betul tu,..bukan semua rakyat Malaysia mampu berkereta besar/ selesa....harap bank permudahkan loan beli kereta....

    ReplyDelete
  5. Al fatihah ...

    Semoga keluarga mereka tabah menghadapi kehilangan ini ....



    Mungkin kerajaan Malaysia patut review kembali harga kenderaan ni Malaysia ini ....

    ReplyDelete
  6. Yang tersiratnya kemalangan itu dan ajal yang telah ditentukan oleh Allah untuk mereka, tapi yang tersiratnya ada banyak kan JR. :) Yang tersirat tu hanya orang-orang yang memikir je akan sedar.

    ReplyDelete
  7. al-fatihah buat mereka....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....