18 October 2012

Terminum Kopi Tahi Gajah....


Korang suka minum kopi atau teh atau suka kedua-duanya? Atau tak suka kedua-duanya?? JR suka minum teh, tapi kalau malam suka minum kopi. Milo tersangatlah kurengggg...kecuali kes emergency. Tapi banyak mana pun teh atau kopi, JR lebih suka membanyakkan minum air kosong. 

Bercakap tentang kopi, korang pernah dengar kopi luwak tak?? Kopi luwak ialah kopi yang diambil dari tahi musang, ia kopi yang sangat terkenal di Indonesia dengan harga yang sangat mahal. Kopi ini diambil dari tahi musang yang memakan biji kopi, kemudian biji kopi itu dibersihkan dengan membuang semua kotoran najis yang melekat di luarnya. Kalau korang nak tau, musang memang binatang yang semulajadi mengeluarkan bauan wangi, sebab itu bahan perfume juga dikatakan mengambil wangian dari musang untuk menambah keharumannya. Kerana musang itu sendiri sifatnya wangi jadi tak hairanlah biji kopi yang terperam di dalam perut musang itu apabila dikeluarkan  berbau begitu harum, begitulah kononnya.... 


Kopi luwak, berasal dari tahi musang...

Dan kerana bau kopinya yang harum itu menyebabkan harga kopi luwak  sangat mahal, kira-kira RM2,000 sekilo. Malah bagi kopi luwak kelas 1 mengikut majalah Forbes dijual pada harga USD1,300 sekilo atau RM3,940 sekilo!! Harga secawan kopi luwak yang dijual di beberapa cafe di London dan bandar-bandar besar Amerika pula mencecah hingga RM300 secawan.

Kalau JR lah yang bukan orang kaya ni, dari beli sekilo kopi luwak yang harganya beribu-ribu tu lebih baik beli benda lain, misalnya laptop ke, henset ke, atau smart TV LED ke.

Apa hukumnya minum kopi luwak?? Mengikut fatwa Majlis Ulama  Indonesia (MUI), kopi luwak halal diminum selepas melalui proses penyucian. Tapi di Malaysia kalau tak silap tahun lepas JR dengar ada ulamak berkata hukumnya haram kerana ada unsur najis. Tapi fatwa terbaru Majlis Fatwa pada Februari lepas menyatakan kopi luwak boleh diminum dengan syarat ia dibersihkan dan mendapat sijil halal JAKIM.

Masa isteri JR pergi ke Bali tahun lepas bersama rakan-rakan ofisnya (JR tak ikut kerana perlu jaga budak-budak...alahai... bapa misali kata kan!!!!), dia ada beli beberapa peket kopi luwak ni. Kerana ketika itu tiada fatwa yang jelas dan JR sendiri tak boleh membayangkan bagaimana nak menghindarkan otak dari memikirkan soal tahi ketika meminumnya, jadi peket kopi luwak itu tak pernah dibuka...cuma disimpan sebagai souvinir. Tapi baru-baru ni ketika sedang mengemas dapur teringat pula kepada kopi luwak tu. Tapi cari punya cari tak jumpa pula. Bukan cari untuk diminum pun, cuma untuk menyedapkan hati agar tak ada orang lain yang minum kerana seingat JR peket kopi yang dibeli di Bali tu tak ada pengesahaan halal pun...

Baru-baru ni JR dengar Thai pula telah keluarkan kopi yang diambil dari tahi juga...kali ini bukan dari tahi musang, tapi biji kopi dari tahi gajah!! 


idegue-network.blogspot.com - Contek Kopi Luwak, Thailand Bikin Kopi Gajah

Kopi tahi gajah ini juga boleh tahan harganya, USD 1,100 atau RM3,335 sekilogram. Jika harga secawan kopi luwak yang dijual di beberapa cafe di London dan bandar-bandar besar Amerika ialah sekitar RM300 secawan, tak disebut pula berapa harga secawan kopi tahi gajah ni... mungkin ratus-ratus ringgit juga kot..

Pikir punya pikir kadang-kadang terpikir bodoh juga manusia ni kan...benda yang keluar dari lubang jubur usus musang dan gajah pun boleh dijual mahal. 

Asal jangan ada orang Malaysia (yang suka meniru tu) lepas ni dapat idea nak buat kopi tahi kambing, kopi tahi lembu atau lebih istimewa kopi tahi manusia sudahlah.....

10 comments:

  1. Hahahah.. Kopi yang dah bercampur najis pun jadi nak minum. Memanglah dah basuh. Ish. Payah. Canggih sangat akalnya.

    Ada satu lagi produk yang diperbuat dari najis. Guna najis manusia. Batu bata dari najis. Dikatakan teknologi itu lebih kuat dan murah. Entahlah.....

    ReplyDelete
  2. Huhuhu..

    Sungguhpun saya hantu kopi.. Xpernah minum kopi Tahi musang Dan gajah ni.. Lagipun tak terteguk kot, satu sbb mahal, kedua sebab dah jadi najis.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. tapi saya suka makan tahi minyak..
    yg ni tak dikeluarkan oleh mana2 usus...masuk usus ada....

    ReplyDelete
  4. pernah dengar juga ttg kopi ni.. err.. minum kopi kajong je la..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. kalau ita lah..rela tak minum...

    sama macam jr..terbayang t**i

    ReplyDelete
  6. Hahaha..mahal giler kopi tahi musang tu,apa yg spesel sangat sampai beribu sekilo.

    Dia bagi free dgn saya pun saya taknak minum..sama cam JR gak terbayang je tahi tu terapung hahaha...

    Adoila pemikiran manusia ni,nak kata terlalu cangih pun payah...hehehe.

    ReplyDelete
  7. hoho...kopi kat oldtown rm4.50,dua kali teguk tu pun bg saya dah cukup mahal....

    ReplyDelete
  8. erkkk . tahii -.- *pengsan*

    ReplyDelete
  9. saya suka juga minum kopi...kopi cap kapal api.

    kopi tahi musang tu saya pernah dengar...tp kopi tahi gajah belum pernah dengar lgi....

    ReplyDelete
  10. nasib baik tak minat kopi huhuhu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....