28 October 2012

Risiko Banyak Makan Daging Korban


Selama tiga hari Raya Korban ni dah berapa kilo agaknya daging memasuki perut korang? JR sendiri tak pasti berapa gram atau berapa kilo daging lembu segar bertukar menjadi lemak, kemudian berkumpul di lapisan kulit perut, paha dan lengan JR. Dan paling menakutkan dah berapa gram lemak berkumpul di saluran jantung selama tiga hari ni??

Bukan tak boleh makan, tapi awas dik, jaga-jaga kawan-kawan, jangan makan berlebihan daging lembu kerana banyak risiko dari pengambilan berlebihan daging lembu. Kajian mendapati risiko mendapat barah kolorektal meningkat sebanyak 12 peratus hingga 17 peratus melalui pengambilan sebanyak 100 gram daging merah.

Sempena Raya Korban ni JR nak kongsikan artikel mengenai pengambilan daging untuk makluman korang:



Oleh Dr. NORSUHANA A.H.

Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Tahukah anda perbezaan antara daging merah dengan daging putih?

Kedua-dua daging ini dibezakan berdasarkan kandungan mioglobin. Kandungan mioglobin daging putih seperti ayam adalah kurang daripada 0.05 miligram, manakala daging merah mengandungi mioglobin dalam kuantiti yang lebih tinggi.

Kajian mendapati bahawa pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing, dan biri-biri pada kadar yang berlebihan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Penyakit barah, diabetes jenis dua, dan kardiovaskular merupakan antara penyakit berisiko yang bakal dihidapi sekiranya mengambil daging merah dalam jumlah dan kekerapan yang tinggi.

Barah kolorektum, pankreas, dan payudara antara penyakit barah yang sering dikaitkan dengan pengambilan daging merah. Banyak kajian epidemiologi menunjukkan bahawa perkaitan antara pengambilan daging merah dengan penyakit barah.

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh seorang saintis Barat, Ferguson (2010), mendapati bahawa risiko mendapat barah kolorektal meningkat sebanyak 12 peratus hingga 17 peratus melalui pengambilan sebanyak 100 gram daging merah.

(Petikan Dewan Masyarakat Oktober 2010)

8 comments:

  1. berapa orang dah melawat hospital....beringat sebelum kena,..dah kena,..cpt2 dapatkan rawatan....tak sll mkan daging,..sebulan mungkin hanya sekali..

    jr,
    nak try rempah yg saya jual tuu,..bg alamat pada saya,..free sbb saja nak bg try..

    ReplyDelete
  2. info yang baik :)

    tapi saya tak makan lagi daging sejak raya ni.sebab duk rumah je,tak gi memana.hehehe.

    ReplyDelete
  3. tak suka makan daging byk2 . lekat dekat gigi nanti .

    ReplyDelete
  4. nice entry good sharing ;D
    jadi beringat laa kpada yg suka makan daging hehehe :)

    ReplyDelete
  5. IM tak suka makan daging tapi suka makan lemang. Apa risikonya?

    ReplyDelete
  6. ita baru sempat merasa tulang lembu je..
    sebab pagi tadi buat sup..anak sedara nakbawak balik kat KL...

    ReplyDelete
  7. saya pun jarang2 makan daging ni :)

    ReplyDelete
  8. daging qurban punyai keajaiban tersendiri,tiada kajian lagi dapat membuktikan risiko memakan daging qurban,lainlah cara barat,yg penuh dengan kezaliman dan kekufuran

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....