Petang semalam ketika di pasar malam, JR membeli beberapa barang keperluan termasuk fast dinner. Budak-budak memang suka burger, walaupun tak baik untuk kesihatan tetapi sesekali bila ada pesanan kena beli juga. Yang bagusnya budak-budak yang sedang meningkat umur ni makannya sangat berselera, yang lelaki sebiji burger tak cukup, kena dua biji. Kadang-kadang perli mereka, "Perut hanpa ni ada dua bilik kot???"
Dan ketika seluk poket untuk bayar harga burger petang semalam, kak comel tu bagitau harganya, "RM10 saja...."
Hmmm..RM10 saja, memang murah. Lalu JR hulurkan wang RM10 dan lepas tu tergesa-gesa berlalu pergi meninggalkan kak comel. Nak kejar waktu Maghrib!!
Ketika nak buka pintu kereta seorang kanak-kanak perempuan bertudung biru dan berwajah comel datang berlari-lari anak kepada JR, "Pakcik...(bila orang panggil pakcik baru sedar diri tak muda lagi!!!)..ni duit pakcik" katanya sambil menghulur duit merah RM10.
"Duit apa pula ni?" tanya JR terpinga-pinga. Amboi baik hatinya budak ni, nak sedekah RM10 kat kita pula...alhamdulillah..
"Duit beli burger tadi la.." jawab budak perempuan comel tu.
"Tadi pakcik dah bayar RM10...habis nak bagi burger ni free kat pakcik ka??" tanya JR masih tak paham.
"Tadi kan pakcik bagi RM20, burger tu cuma RM10...ini bakinya RM10"
Aduuuuhhhh...terkena lagi aku dengan duit RM20 ni, kata JR dalam hati. Kenapa Bank Negara buat duit RM20 lebih kurang sama saiz dan lebih kurang sama warna dengan duit RM10? Dalam banyak-banyak warna di dunia ini mengapa warna merah keemasan yang Bank Negara pilih. Wang RM10 warna merah keunguan, wang RM20 pula warna merah keemasan..sekali tengok macam sama saja, saiz pun hampir sama. Mengapa tak buat duit RM20 warna kuning air ke, warna putih ke, warna kelabu atau hitam ke??..Buat orang keliru aje..
Hari Sabtu lepas bila pergi market pun macam tu juga, beli barang RM12, kemudian JR hulur RM22 kerana menyangka RM12. Nasib baik juga amoi tu panggil nama JR ketika JR dah berpusing untuk meninggalkan gerainya.
Keliru, keliru sungguh!! Minggu ni saja dua kali dah terkena, hari-hari sebelum tu pun pernah terkena juga. Tapi nasib baik masih ada yang sayang yang mengembalikan wang RM10 kepada JR. Jika ada yang tak mengembalikannya, itu rezeki merekalah...
Alahaiii JR...
ReplyDeleteNampak sangat dah tak muda lagi ye .. Hihi..
IM pun tak minat dengan warna duit 20 ni. tak menyerlah.
ReplyDeletekalau ada kat kocek IM, cepat cepat IM tukar.
nak kena pi kedai cermin mata la tu hehe
ReplyDeleteKalau dah rezeki..Saya pun selalu cam ni..takes time nak biasakan benda baru ni.
ReplyDeleteSetuju dengan warna duit tu. AB juga pernah kena. Tapi Cashier tu yang kena, tak sempat bagi dia dah perasan. Kalo tidak dah rezeki AB hehehe.. takdelah, kita kena sayang orang yang ada, baru masih ada sayang dengan kita.
ReplyDeleteheheheh..lepas ni sebelum hulur duit kena belek betul2 dulu..ihik.
ReplyDeletetapi kalau itu memang rezeki kita tidak akan kemana juga kan :)
saya lak keliru nak bezakan 20 sen ngan 50 sen waktu nak bayar tol..tambah2 kalau malam..adoi..sama jer saiznyer...kalau 20ringgit belom lagi...depa dok buat kajian dulu ker sebelum keluarkan duit tuu..huhuu..
ReplyDeletehihihi jr kena pakai spek mata...tapi memang betul rm 20.00 sama saiz gan rm 10.00...
ReplyDelete