Korang dah menyorok? Pasti dah kan...dah masuk petang ni, tak kan tak menyorok lagi..
Apa yang korang menyorok pagi tadi? Nasi lemak, nasi goreng, roti canai atau cuma roti bakar?? Apa-apa sajalah, yang penting hari-hari mesti menyorok..
Sebenarnya korang paham tak masud "menyorok" dalam ayat di atas? Bukan "menyorok" bermakna bersembunyi, buat apa nak bersembunyi dengan nasi goreng, nasi lemak atau roti canai, kecualilah korang spesis tikus yang suka sorok-sorokkan makanan di celah-celah almari.
Sebenarnya ketika pergi Pasar Besar Alor Setar tadi, JR terdengar perbualan dua orang warga emas yang sedang bercakap tentang "menyorok"
Warga Emas (WE) 1: Aku bila mai market, mesti aku menyorok di sini. Makanannya sedap..
WE 2: Aku pula hari-hari menyorok di rumah. Kadang-kadang orang rumah buat nasi lemak, habeh malaih pun dia buat pek-nga*...
Jadi berdasarkan bayang-bayang kata yang JR beri di atas tu pasti korang dah tau makna perkataan menyorok kan??
Betul...menyorok dalam dailek Utara bermakna makan pagi. Malangnya perkataan "menyorok" dah jarang-jarang orang Utara gunakan. Sebab tu bila tadi dengar dua warga emas tu bercakap tentang "menyorok" JR tersenyum simpul..rupanya perkataan lama tu masih ada orang gunakan. Maklumlah sekarang orang lebih suka cakap orang putih: breakfast.
Apa pun sama ada minum pagi, breakfast atau menyorok, ia perlu dilakukan hari-hari. Mengikut pakar pemakanan orang yang suka tinggalkan menyorok akan lebih mudah menghadapi masalah obesiti berbanding mereka yang hari-hari menyorok.
Sebab tu hari-hari JR menyorok...
*pek-nga: sejenis lempeng orang Utara
Iya, kakcik tahu makna menyorok tu. :)
ReplyDeletememula dgr dulu terpinga2 jugak...jiran sebelah rumah tanya...cheq menyorok apa pg ni...ishhh...terkebil2 tak faham...:)
ReplyDeletemenyeghok mybe . haha
ReplyDeletedkat kmpung ni bolat pun dh kurang dgr prkataan tu . tpi ade je rase
ok...esok kita join menyorok sekali bole?... ;)
ReplyDeleteoooo.....kalau kat tganu..'menyorok' ni gi sembunyi..
ReplyDeleteeh, ingatkan awak nak citer menyorok celah ketiak isteri tadi! hehe
ReplyDeletewaktu menyorok yg paling best bagi ssya ialah jam 5.30am, menyorok ngan biskut krim krakers cicah teh O panas...beeeestttt.......
apapun, first time dengar perkataan ni wlp dua dari adik beradik saya berkahwin ngan org kedah...
ingat masa belajar kat kedah dulu,...mmg dok gelak..pasai apa depa dok nak menyorok saja pagi2....hihihhi..rupa2..sarapan...er JR kalau nak tau..kat kg saya sarapan disebut "berserak"...pernah tau dok??
ReplyDeletepehaman cr kalau menyorok tue sembunyi kikiki
ReplyDeleteoooo..heheheh.ingatkan main sorok2..heheh.
ReplyDelete