24 October 2012

Abby Abadi Kembali Dalam Gerak Khas


Masih ingat tentang siri yang pernah sangat popular Gerak Khas? Dan Abby Abadi sebagai Inspektor Aliza?

Anak-anak lelaki JR masa belum bersunat dan kecik-kecik dulu sangat teruja dengan drama Gerak Khas tu sampai nak tukar TV pi channel lain pun tak boleh. Nak Gerak Khas juga! 

Tadi ada Gerak Khas secara live pula:


Nampak wanita paling kiri yang membawa sepanduk "Soi Lek Wajib Minta Maaf"?


NONE
Zoooommm...Ini lagi foto wanita itu (kanan)



Zooommm...Fotonya lagi (dua dari kiri)

Siapa dia?

Dialah Inspektor Aliza aka Abby Abadi. 

Inspektor Aliza menyertai 1,000 orang berhimpun di depan pejabat MCA tengahari tadi bagi membantah kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam:

-Jika ikut hukum Islam 1.2 juta rakyat Malaysia hilang kerja
-Jika ikut hukum Islam lelaki Islam boleh rogol wanita  bukan Islam
-Jika ikut hukum Islam Malaysia akan jadi negara korup dan huru hara.

Tadi JR baca kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang turut mengecam Soi Lek. Ramai yang dah berani bersuara sekarang. Yang masih tak berani bersuara cuma mungkin rakan-rakan Melayu yang bersekutu dengan apek tua tu saja....

(Foto-foto Abby Abady di atas JR curi ambil dari MK)

Nota Kaki: Salam Aidul Adha untuk semua umat Islam. Yang nak memulakan perjalanan berhati-hati di jalanraya..
Sambil makan daging korban nanti, tepuk dada tanyalah diri sendiri sebanyak manakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk agama? 

7 comments:

  1. Apabila agama di politikan inilah jadinya. Bangsa asing tidak sepatutnya menyentuh tentang hukum hakam agama Islam yang bukan di anutinya.

    Lepas satu, satu masaalah timbul. Hala tuju perjuangan sudah kucar kacir.. Sebabnya satu saja.. Untuk mendapatkan kuasa. Mahu menang.

    Orang dulu2... Menang dalam menang (dalam maksudnya.. Fikirlah sendiri)

    Kita harap pemimpin kita masih berfikiran waras untuk mengatasi perkara ini.

    ReplyDelete
  2. pm kena celik pasai ni,..dh dekat nk mengundi nih...kang tak pangkah kang...hihihi..oppst...komen lari tajuk lak yer....abby xyah belakon lah..tak sesuai ...

    ReplyDelete
  3. Soi Lek Wajib Minta Maaf
    sudah menimbulkan kemarahan org islam ni..

    ReplyDelete
  4. berjuang demi agama ALLAH :)

    ReplyDelete
  5. deno suka tengok gerak khas dari dulu lagi :)

    ReplyDelete
  6. Tak best la abby abadi dh tk blakon gerak khas lg..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....