26 September 2012

Rita..Pakai Macam Tu Hari-Hari Kan Lebih Ayu??


Hari ini hari Rabu ke?? Ye la hari Rabu!! Terlupa pula bukankah hari Rabu hari pantang bercakap (wordless  wednesday)?

Pedulikan hari pantang bercakap tu. JR nak bercakap juga....

Pagi tadi seorang rakan menunjukkan gambar 'seseorang' kepada JR. 

"Kenal tak?" tanyanya sambil menunjukkan gambar seorang wanita cantik bertudung dan berbaju kurung berwarna biru. 

"Girl friend hang kot..." teka JR. Kawan ni dah beristeri, kalau bukan girl friend dia, siapa lagi? Atau bini nombor dua??

"Takkk, mana pula girl friend...Artislah..." jawabnya.

Hmmmm..artis yang baru berhijrahlah ni agaknya. Kan sekarang ramai artis dah berhijrah dari zaman jahiliyah memakai skirt singkat, baju belah dada  dan rambut bertelanjang kepada pakaian muslimah?

Rita Rudaini

Rupanya ia gambar Rita Rudaini ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah semalam. Memang JR tak cam langsung, nampak Rita sangat manis dan ayu bila berhijab begitu. Malah lebih manis dan ayu dari wajahnya ketika tidak berhijab. Umur Rita dah 36 tahun, tapi bila berhijab nampak seperti berusia 23 tahun. Ye kan??

Sayangnya sebahagian artis kita berhijab cuma ketika menghadiri perbicaraan mahkamah syariah atau ketika mengerjakan umrah. Lepas itu berpakaian macam biasa balik, kembali ke zaman jahiliyah...alahai...

Rita...pakai macam kat Mahkamah Syariah tu hari-hari kan lebih manis dan ayu??

3 comments:

  1. doakan muga ujian yang menimpa dirinya berupa hidayah untuk dia berhijrah...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Semoga Allah Permudahkan segala Urusan beliau dan Semoga Allah Melimpahkan Cahaya Nur Hidayah ke dalam hati artis ini, agar terbuka hatinya untuk terus menjadi muslimah sejati ...Ameen.

    Memang nampak semakin manis dan muda apabila bertudung begitu, tetapi janganlah sebab itu pula yang menjadi alasan beliau untuk bertudung ...Semoga apa yang dilakukan hanya kerana Allah dan Untuk Allah SWT sahaja ...

    ReplyDelete
  3. setuju,..dia mmg nampak sgt cantik bertudung

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....